• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hutang Jiran Demi Teman Anak Ambil ‘Result’ STPM, Kisah Pelajar Cemerlang Dari Sabah Ini Sentuh Hati Netizen

Oleh
ILB - AI
14 Julai 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Hutang Jiran Demi Teman Anak Ambil 'Result' STPM, Kisah Pelajar Cemerlang Dari Sabah Ini Sentuh Hati Netizen

Jiran hero, anak cemerlang!

Hutang Jiran Demi Teman Anak Ambil ‘Result’ STPM, Kisah Pelajar Cemerlang Dari Sabah Ini Sentuh Hati Netizen. Seorang bapa sanggup menyewa kereta demi menghantar anak untuk mengambil keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Hal ini kerana, jarak rumah mereka di Kampung Sinansag, Kiulu, Tamparuli, Sabah, terletak agak jauh dengan lokasi penyerahan keputusan STPM.

Hutang Jiran Demi Teman Anak Ambil 'Result' STPM, Kisah Pelajar Cemerlang Dari Sabah Ini Sentuh Hati Netizen
Hutang Jiran Demi Teman Anak Ambil ‘Result’ STPM, Kisah Pelajar Cemerlang Dari Sabah Ini Sentuh Hati Netizen. Kredit: Sinar Harian

Tiada pilihan lain, bapa yang bekerja sebagai petani itu terpaksa meminjam wang RM120 daripada jiran untuk membayar sewa kereta tersebut.

Bapa terkejut anak rupanya pelajar cemerlang

Memetikl laporan daripada Sinar Harian, pengorbanannya tidak sia-sia apabila nama anaknya muncul sebagai pelajar cemerlang dalam Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM.

Bapa yang bernama Jaliusih Madakol itu berkata, mereka sekeluarga bergerak dari kampung seawal jam 6 pagi untuk menghadiri majlis itu.

“Memandangkan kami tiada kenderaan sendiri, saya sanggup menyewa kenderaan untuk membawa kami tiga beranak ke majlis ini,”

Hutang Jiran Demi Teman Anak Ambil 'Result' STPM, Kisah Pelajar Cemerlang Dari Sabah Ini Sentuh Hati Netizen

Kesusahan hidup tidak menjadi penghalang, anaknya, Arnie Jaliusih berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sebanyak 4.00.

Mempunyai semangat yang kuat, Arnie juga terpaksa tinggal di asrama semenjak Tingkatan Satu kerana lokasi sekolah yang jauh dari rumah.

Berniat untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, gadis yang berusia 20 tahun itu berhasrat untuk mengubah nasib keluarga.

Hutang Jiran Demi Teman Anak Ambil 'Result' STPM, Kisah Pelajar Cemerlang Dari Sabah Ini Sentuh Hati Netizen

“Ibu bapa saya hanya petani yang menanam sayuran dan padi bukit. Keputusan ini membolehkan saya menyambung belajar ke peringkat lebih tinggi.

“(Saya mahu) mengubah kehidupan keluarga pada masa hadapan,” kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Fuad Stephens Kiulu itu.

Arnie juga menerima satu sijil penghargaan di dalam majlis yang diadakan di Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu itu.

Baca lagi artikel menarik:

Rezeki Pelajar 11A SPM Jaga Ibu Sakit, Terima 10 Tawaran Termasuk Biasiswa
Terpaksa Berhenti Sekolah Selepas Tingkatan Satu, Pelajar Ini Berjaya Raih Keputusan SPM Cemerlang
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Menjadi Pusat Konvensyen Terbesar Di Sarawak, BCCK 2 Bakal Dibina Di Kuching Menjadi Pusat Konvensyen Terbesar Di Sarawak, BCCK 2 Bakal Dibina Di Kuching
Next Article 75% Remaja Malaysia Didapati Tonton Video Dan Gambar Lucah, Disebabkan Ibu Bapa Sibuk Berkerja

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?