• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ibu Negara Baru Indonesia Di Pulau Borneo Dinamakan Sebagai ‘Nusantara’

Oleh
Husna Hazmi
18 Januari 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

‘Wilayah Pentadbiran Khas Nusantara’.

Ibu Negara Baru Indonesia Di Pulau Borneo Dinamakan Sebagai ‘Nusantara’. Dipetik daripada Astro Awani ibu negara baharu Indonesia yang kini dalam fasa pembangunan rancak di Kalimantan Timur bakal diberi nama Nusantara.

Ibu Negara Baru Indonesia Di Pulau Borneo Dinamakan Sebagai 'Nusantara'
Ibu Negara Baru Indonesia Di Pulau Borneo Dinamakan Sebagai ‘Nusantara’. Kredit gambar: Vol.id

Diumumkan oleh Menteri Perancangan Pembangunan Indonesia

Pemilihan nama tersebut telah diumumkan oleh Menteri Perancangan Pembangunan Indonesia, Suharso Monoarfa, yang menurut beliau telah disahkan oleh Presiden Joko Widodo (Jokowi).

“Saya baru menerima pengesahan dan arahan daripada Presiden Jokowi untuk menamakan ibu negara baharu Indonesia sebagai Nusantara,” ujar beliau.

Suharso menjelaskan bahawa, nama Nusantara dipilih kerana sejak dulu lagi istilah itu sudah dikenali, serta menjadi ikon antarabangsa dan menggambarkan gugusan kepulauan Indonesia.

Nama ibu kota tersebut pada awalnya ingin dimasukkan ke dalam Rang Undang-Undang Ibu Kota Negara, tetapi ditahan sebelum akhirnya diberikan pengesahan oleh Jokowi.

“Saya yakin kita semua bakal bersetuju dengan nama Nusantara,” ujar beliau lagi.

Ibu Negara Baru Indonesia Di Pulau Borneo Dinamakan Sebagai 'Nusantara'
Kredit gambar: The Star

Namun nama Nusantara boleh menimbulkan kekeliruan

Namun, beberapa anggota mesyuarat berkata, nama Nusantara boleh menimbulkan kekeliruan kerana perkataan tersebut digunakan untuk merujuk kepada ‘sifat geografi’ keseluruhan negara.

Oleh itu, terdapat beberapa pihak pula telah mencadangkan agar ibu negara baharu itu diisytihar sebagai Wilayah Pentadbiran Khas Nusantara bagi mengelakkan kekeliruan tersebut.

“Ini tidak mudah, kita tidak boleh sembarangan menggunakan nama itu,” kata perwakilan Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan yang juga merupakan Gabenor Kalimantan Tengah, Agustin Teras Narang.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Nafsu Binatang! Bapa Durjana Rogol Anak 12 Tahun Di Bintawa
Next Article Nak Cuba Makanan Thailand Yang Autentik Dan Dijamin Halal? Jom Ke Little Thai Di Kuching Nak Cuba Makanan Thailand Yang Autentik Dan Dijamin Halal? Jom Ke Little Thai Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?