• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Ibu Tinggal Anak Sendirian Di Rumah, Budak 5 Tahun Maut Jatuh Tingkat 12

Oleh
Farisha
26 April 2024
Kongsi
1 Min Bacaan

Kes pengabaian atau kecuaian ibu menyebabkan kematian anak di kondominium

Satu kejadian tragis telah berlaku di Johor Bahru pada hari Selasa apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun kehilangan nyawa selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 12 sebuah kondominium.

Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, mereka menerima aduan mengenai kejadian itu pada jam 6.30 petang.

Ibu Tinggal Anak Sendirian Di Rumah, Budak 5 Tahun Maut Jatuh Tingkat 12
Ibu Tinggal Anak Sendirian Di Rumah, Budak 5 Tahun Maut Jatuh Tingkat 12

Difahamkan, kanak-kanak itu ditinggalkan sendirian oleh ibunya yang ketika itu membawa anak bongsu berusia 4 bulan untuk mengambil anak sulung berusia 11 tahun dari sekolah. Apabila pulang, ibu berusia 32 tahun itu mendapati anak lelakinya yang berumur 5 tahun tidak berada di rumah.

Mangsa kemudiannya dijumpai di aras 6 kondominium itu dalam keadaan tidak sedarkan diri. Beliau dipercayai telah membuka pintu koridor rumah yang tidak berkunci dan memanjat dinding koridor sehingga terjatuh ke bawah.

Pegawai perubatan dari Hospital Sultanah Aminah mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian badan dan kepala.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana cuai dan pengabaian terhadap kanak-kanak. Ibu mangsa telah ditahan dan dibebaskan dengan jaminan polis.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Suri Rumah Sibu Ditipu RM150,000 Dalam e-Amazon
Next Article Obses Dengan Teman Lelaki, Wanita Ini Disahkan Menghidap Penyakit ‘Otak Cinta’

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?