• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Ibu Tunggal, Rakan ‘Tomboi’ Mengaku Bersalah Dera Anak Usia 7 Tahun

Oleh
Aina Musa
27 September 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Ibu Tunggal, Rakan 'Tomboi' Mengaku Bersalah Dera Anak Usia 7 Tahun

Tukar pengakuan abai dan dera kanak-kanak lelaki 7 tahun

Ibu Tunggal, Rakan ‘Tomboi’ Mengaku Bersalah Dera Anak Usia 7 Tahun. Seorang ibu tunggal dan rakan serumahnya,wanita tomboi menukar pengakuan bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap dua pertuduhan menganiaya dan mengabai anak kandungnya, sejak Julai bulan lalu.

Tertuduh, Nurul Asyiqin Mohamad Zahir, 27, dan Awiin Chua, 30, menukar pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan semula di hadapan Hakim VM Mabel Sheela.

Ibu Tunggal, Rakan 'Tomboi' Mengaku Bersalah Dera Anak Usia 7 Tahun
Ibu Tunggal, Rakan ‘Tomboi’ Mengaku Bersalah Dera Anak Usia 7 Tahun. Kredit: Google

Terdahulu, Nurul Asyiqin yang tiba di mahkamah kira-kira pukul 9.30 pagi disambut oleh ayah kandung dan bapa saudaranya yang hadir untuk mengikuti perjalanan kes tersebut.

Suasana pilu menyelubungi mahkamah itu setelah Nurul Asyiqin dan bapanya, Mohamad Zahir Ahmad, 62, berpelukan dan menitiskan air mata setelah beberapa tahun tidak bertemu.

Bagi pertuduhan pertama, kedua-duanya didakwa dengan niat menganiaya seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang berada dalam pemeliharaan mereka sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal.

Bagi pertuduhan kedua, Nurul Asyiqin dan Awiin didakwa dengan niat mengabaikan kanak-kanak yang juga anak kandung Nurul Asyiqin ketika mangsa berada dalam pemeliharaan mereka.

Ibu Tunggal, Rakan 'Tomboi' Mengaku Bersalah Dera Anak Usia 7 Tahun

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Wau Kikik 7, Bandar Layangkasa, Pasir Gudang antara 1 Julai hingga 9 Ogos lalu.

Pendakwaan kedua-dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Diana Zubir manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam bela, Abd. Rahim Ali.

Mahkamah kemudian menetapkan 10 Oktober depan untuk fakta dan hukuman.

Baca lagi artikel menarik:

Sengaja Tangkap Dan Lepas Haiwan Dari Taman Negara Bako, Dua Pelajar China Didenda RM9K
‘Dah Jadi Buah Tangan Kayangan’, Warga Borneo Kecewa Harga Gardenia Naik Lagi
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sebahagian Golongan M40 Dijangka Henti Peroleh Subsidi Bahan Api Menjelang Tahun 2024 Sebahagian Golongan M40 Dijangka Henti Peroleh Subsidi Bahan Api Menjelang Tahun 2024
Next Article 40 Remaja Dicabul, Dipaksa Buat Seks Oral Jika Nak Masuk Geng Motor

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?