I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Iftitah Restoran Dan Resort Di Sibu Ini Tawar Konsep Makan Sambil Nikmati ‘Sunset’ Tepi Pantai
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Iftitah Restoran Dan Resort Di Sibu Ini Tawar Konsep Makan Sambil Nikmati ‘Sunset’ Tepi Pantai

Oleh Aina Musa 20 April 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Nikmati makanan enak sambil melihat pemandangan indah sunset!

Iftitah Restoran & Resort Di Sibu Ini Tawar Konsep Makan Sambil Nikmati ‘Sunset’ Tepi Pantai. Sekiranya anda ke Sibu, jangan lupa untuk singgah ke Pantai Belawai. Pantai ini mengambil masa sekitar satu jam perjalanan dari bandar raya Sibu.

Menariknya, di pantai tersebut terdapat sebuah resort iaitu Iftitah Resort yang berkonsepkan resort dan restoran. Iftitah Restaurant and Resort ini merupakan sebuah perniagaan “food and beverages” dan salah sebuah pusat tarikan pelancongan di Pantai Belawai.

Iftitah Restoran Dan Resort Di Sibu Ini Tawar Konsep Makan Sambil Nikmati 'Sunset' Tepi Pantai
Iftitah Restoran Dan Resort Di Sibu Ini Tawar Konsep Makan Sambil Nikmati ‘Sunset’ Tepi Pantai. Kredit foto: Ibnee Ekni

Sunset Dining Beach jadi tarikan utama di Pantai Belawai

Antara tarikan utama di resort ini adalah pakej “Sunset Dining Beach”. Pakej ini memberi pengunjung merasai pengalaman melihat pemandangan matahari terbenam sambil menikmati makanan di tepi pantai tersebut.

Resort ini dibuka setiap hari dan beroperasi pada jam 4:00 petang sehingga 10:00 malam pada hari isnin.

Manakala, pada hari selasa hingga ahad, resort ini akan beroperasi sekitar jam 8:00 pagi sehingga 10:00 malam.

Iftitah Restoran & Resort Di Sibu Ini Tawar Konsep Makan Sambil Nikmati 'Sunset' Tepi Pantai
Iftitah Restoran Dan Resort Di Sibu Ini Tawar Konsep Makan Sambil Nikmati ‘Sunset’ Tepi Pantai. Penginapan Chalet yang ditawarkan. Kredit foto : Ibnee Ekni

Tiada sebarang bayaran masuk dikenakan

Tiada sebarang bayaran masuk dikenakan kepada pengunjung yang datang. Namun, pihak resort hanya mengenakan caj penggunaan meja makan sebanyak RM 2 untuk satu meja.

Selain aktiviti “Sunset Dining Beach”, pelbagai aktiviti menarik juga boleh didapati di resort ini. Antaranya ialah karaoke, banana boat, barbeku dan sebagainya.

Iftitah Restoran & Resort Di Sibu Ini Tawar Konsep Makan Sambil Nikmati 'Sunset' Tepi Pantai
Harga sebuah chalet semalam. Kredit Foto: Ibnee Ekni

Menyediakan penginapan dengan pelbagai pakej.

Sekiranya anda ingin bermalam di resort ini pula, pihak resort turut menyediakan penginapan dengan pelbagai pakej.

Antara pakej Chalet yang ditawarkan adalah dengan harga sekitar RM 90.00 semalam dan sewa khemah pula sekitar RM 30.00 semalam.

Sekiranya anda berminat untuk merasai pengalaman menikmati makanan enak sambil melihat keindahan sunset atau aktiviti lain yang ditawarkan di resort ini, anda boleh hubungi talian 014-3245233 untuk membuat tempahan.

Baca artikel lain mengenai tempat menarik:

SUMBER : FB Ibnee Ekni
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Cabar Diri Anda! Sibu International Base Jump Kembali Lagi Tahun Ini Cabar Diri Anda! Sibu International Base Jump Kembali Lagi Tahun Ini
Next Article Ditipu Skim Pinjaman Tidak Wujud Dalam Talian, Penjual Ikan Di Sibu Rugi RM 69,700

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?