• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ilham Dari Jepun, Longkang Jernih Sekolah Di Miri Ini Siap Ada Ikan Koi

Oleh
ILB - AI
11 Mac 2020
Kongsi
3 Min Bacaan
Punya Bersihnya Longkang SMK Agama Miri, Inisiatif Longkang Bersih Diilhamkan Oleh Longkang Ikan Koi Di Jepun

Longkang jernih dan bersih sampai ada ikan koi dalamnya…

Ilham Dari Jepun, Longkang Jernih Sekolah Di Miri Ini Siap Ada Ikan Koi. Pada tahun 2018, SMK Agama Miri (SMKAMi) telah mengambilkan inisiatif untuk melakukan projek ‘Longkang Bersih SMKAMi’. Ini adalah antara inisiatif yang dilaksanakan oleh SMKAMi dimana amalan kerja rakyat Jepun dipraktikan di sekolah ini, dimana budaya mengamalkan kebersihan ditekankan. Contohnya, mengamalkan budaya sifar tong sampah dalam kelas, budaya menukar memakai selipar apabila masuk tandas dan budaya ibu bapa membawa balik sampah sisa makanan apabila berjumpa dengan anak dihujung minggu.

Dikatakan amalan ini sudah berlaku beberapa tahun tanpa gagal dan mereka went up to the next level dengan melepaskan ikan karb jepun ke dalam longkang persekitaran sekolah!

Ilham Dari Jepun, Longkang Jernih Sekolah Di Miri Ini Siap Ada Ikan Koi
Ilham Dari Jepun, Longkang Jernih Sekolah Di Miri Ini Siap Ada Ikan Koi. Kredit: Facebook SMKAMi

Longkang Bersih SMKAMi

Melalui projek ini, pihak sekolah telah melepaskan beberapa ikan koi di dalam longkang sebagai bukti persekitaran sekolah adalah bersih dan dijaga rapi. Projek ini diilhamkan oleh budaya orang Jepun yang sangat menjaga kebersihan sehinggakan longkang di tepi jalan sangat bersih dan boleh dilihat ikan koi hidup dalamnya!

Ilham Dari Jepun, Longkang Jernih Sekolah Di Miri Ini Siap Ada Ikan Koi

Amalan ini yang turut mendapatkan pujian masyarakat seluruh dunia telah dipraktikan oleh SMKAMi selama beberapa tahun, dan tiadanya kes vandalisme berlaku di sekolah ini dimana pelajar telah dididik dengan adab dan budi pekerti yang tinggi.

Ilham Dari Jepun, Longkang Jernih Sekolah Di Miri Ini Siap Ada Ikan Koi
Ketika pelepasan ikan koi ke dalam longkang SMKAMi. Kredit: Facebook SMKAMi

Keunikan SMKAMi

Tidak seperti sekolah lain, sekolah ini mempunyai persekitaran yang bersih sehingga YBHg Dato’ Dr. Mohd Gazali Abas, iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengatakan sekolah ini kelihatan lebih baik daripada persekitaran hotel, ketika lawatan beliau ke sekolah tersebut pada 2019.

Beliau terkagum dengan kebersihan sekolah sehingga membanding persekitaran sekolah dengan persekitaran hotel. Kredit: Facebook SMKAMi

Selain itu, pelajar-pelajar sekolah diajar menjaga kebersihan tandas bersama dan berkongsi tandas dengan guru maka tiada istilah tandas pelajar mahupun tandas guru sepertimana diamalkan oleh kebanyakan sekolah. Sehubungan dengan itu, mereka dikehendaki untuk menanggalkan kasut sekolah dan guna selipar yang disediakan ketika masuk ke dalam tandas!

Salah satu sudut tandas di SMKAMi, umpama dalam hotel! Kredit: Twitter

Syabas atas usaha ini!

Dengan pelaksanaan projek ini dan amalan penjagaan kebersihan yang sudah dipraktikan oleh SMKAMi, semoga sekolah ini dijadikan contoh terbaik kepada sekolah lain dan kekal membudayakan kanak-kanak agar sentiasa menjaga kebersihan serta keperibadian yang tinggi dan beradab.

Kredit: Giphy
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 5 lagi POSITIF COVID-19 Di Brunei, 11 Kes Keseluruhan Dalam 3 Hari
Next Article WHO Umum COVID-19 Sebagai Pandemik, Kes Meningkat Naik Secara Sangat Mendadak WHO Umum COVID-19 Sebagai Pandemik, Kes Meningkat Naik Secara Sangat Mendadak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?