• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Imbas Dan Kenali PM Ke-10, Ketahui Legasi Anwar Ibrahim Untuk Malaysia

Oleh
Nazihah AN
25 November 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Imbas Dan Kenali PM Ke-10, Ketahui Legasi Anwar Ibrahim Pernah Buat Untuk Malaysia

Tahniah diucapkan kepada beliau kerana menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10!

Imbas Dan Kenali PM Ke-10, Ketahui Legasi Anwar Ibrahim Untuk Malaysia. Setelah lima hari selesai pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan teka teki siapa yang bakal mengemudi Malaysia untuk penggal seterusnya, akhirnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.

Isi Isi Penting
  • Tetapi sebelum itu, mari kita lihat profil PM kita ini.
  • 1. Menubuhkan Yayasan Anda Akademik (1971)
  • 2. Menjayakan penubuhan Bank Islam (1983)
  • 3. Memperkenalkan budaya pemakaian tudung sebagai uniform sekolah (1984)
  • 4. Menggubal Dasar Menghantar Pelajar ke Timur Tengah untuk menguasai Bahasa Arab

Mari kita mengambil tahu tentang legasi yang telah diperkenalkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk Malaysia sejak tahun 1968 – 1989. Jom sambung baca di bawah:

Imbas Dan Kenali PM Ke-10, Ketahui Legasi Anwar Ibrahim Untuk Malaysia
Imbas Dan Kenali PM Ke-10, Ketahui Legasi Anwar Ibrahim Untuk Malaysia. Sumber gambar: CNA

Tetapi sebelum itu, mari kita lihat profil PM kita ini.

  • Datuk Seri Anwar Ibrahim berumur 75 tahun, merupakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH).
  • Memulakan kerjaya politik sebagai salah seorang pengasas organisasi Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)
  • Mula berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh pada 1982 hingga 1999 dan sekali lagi pada Ogos 2008 hingga Mac 2015
  • Antara jawatan yang pernah disandang adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1982-1983), Menteri Belia dan Sukan (1983-1985), Menteri Pertanian (1985-1986), Menteri Pendidikan (1986-1990), Menteri Kewangan (1990-1998), Timbalan Perdana Menteri (1993-1998)
Imbas Dan Kenali PM Ke-10, Ketahui Legasi Anwar Ibrahim Untuk Malaysia
Sumber: Twitter

1. Menubuhkan Yayasan Anda Akademik (1971)

Salah satu sumbangan besar Anwar Ibrahim melalui usaha pendidikan adalah penubuhan Yayasan Anda Akademik.

YAA telah dipelopori oleh saudara Anwar Ibrahim pada bulan Mac 1971 merupakan sebuah institusi pendidikan swasta Islam-Melayu yang menawarkan ruang bagi pelajar-pelajar Melayu menyambung pelajaran, kebanyakannya yang telah gagal mencapai gred sewaktu berada dalam sistem sekolah kerajaan biasa (memberikan peluang kedua kepada pelajar tercicir).

Imbas Dan Kenali PM Ke-10, Ketahui Legasi Anwar Ibrahim Untuk Malaysia

2. Menjayakan penubuhan Bank Islam (1983)

Untuk mukadimah, bank Islam ialah institusi kemudahan dan perkhidmatan bank yang berlandaskan hukum Syari’ah dan ia dikhususkan kepada umat Islam sebagai cara untuk menghapuskan riba

Kalau sistem perbankan Islam pula bermaksud satu rangka kerja institusi perbankan dan kewangan di mana prinsip perjalanan dan amalannya berlandaskan kepada Syari’ah untuk mewujudkan keadilan pengagihan kekayaan dan pendapatan.

Imbas Dan Kenali PM Ke-10, Ketahui Legasi Anwar Ibrahim Untuk Malaysia
Imbas Dan Kenali PM Ke-10, Ketahui Legasi Anwar Ibrahim Untuk Malaysia

Penubuhan bank Islam sebenarnya idea dari Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa beliau menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Menurut beliau, bank Islam ni penting kerana ia akan menjadi asas utama ke arah perlaksanaan sistem ekonomi Islam di Malaysia. Ia juga salah satu cara untuk menghapuskan riba.

Pada tahun 1993, kementerian Kewangan ketika itu, Anwar Ibrahim, mengeluarkan peraturan yang memudahkan penubuhan ‘Islamic banking’ ke bank-bank Barat konvensional yang beroperasi di Malaysia, pada tahun 1993. Langkah ini mengesahkan perbankan Islam dan membantu pembangunan bank Islam bebas di Malaysia dan di tempat lain.

Imbas Dan Kenali PM Ke-10, Ketahui Legasi Anwar Ibrahim Untuk Malaysia
Gambar sekadar hiasan.

3. Memperkenalkan budaya pemakaian tudung sebagai uniform sekolah (1984)

Kalau kita imbas kembali ke zaman mak bapak kita dulu (atau mungkin zaman 80-an ke bawah), pemakaian uniform sekolah agak berbeza. Dulu kita memakai skirt sebagai uniform sekolah manakala pelajar lelaki memakai baju sekolah dan seluar pendek.

Bagi mengukuhkan kenyataan di atas, kami sertakan satu video mengenai bagaimana Yayasan Anda Akademik menjadi pelopor utama dalam pemakaian tudung (oh ya, kalau video ni tak muncul, korang boleh tekan di sini).

Imbas Dan Kenali PM Ke-10, Ketahui Legasi Anwar Ibrahim Untuk Malaysia
Gambar sekadar hiasan

4. Menggubal Dasar Menghantar Pelajar ke Timur Tengah untuk menguasai Bahasa Arab

Anwar Ibrahim memasukan subjek Tasawwur Islam ke dalam sukatan pelajar di Malaysia. Pada waktu beliau menjadi Menteri Pendidikan, beliau telah mengubal dasar untuk menghantar pelajar-pelajar Malaysia ke Timur Tengah untuk belajar bahasa Arab secara besar-besaran.

Imbas Dan Kenali PM Ke-10, Ketahui Legasi Anwar Ibrahim Untuk Malaysia

Lagi info selebihnya bakal di muat naik…

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lapan Inti Pati Sidang Media Pertama Anwar Ibrahim Sebagai Perdana Menteri Ke-10
Next Article Dakwa Iklan Arak Muncul Di FB Selepas Pelantikan DSAI, Lelaki Ini Disekolahkan Netizen Dakwa Iklan Arak Muncul Di FB Selepas Pelantikan DSAI, Lelaki Ini Disekolahkan Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?