• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Imbas Suhu Sebelum Masuk Institusi Pendidikan Tidak Diwajibkan Mulai 11 Februari Ini

Oleh
Husna Hazmi
10 Februari 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Buku rekod daftar masuk juga turut dimansuhkan berkuatkuasa 11 Februari ini.

Imbas Suhu Sebelum Masuk Institusi Pendidikan Tidak Diwajibkan Mulai 11 Februari Ini. Dilaporkan bahawa, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan, mulai 11 Februari 2022, pemeriksaan suhu badan sebelum masuk ke mana-mana institusi pendidikan di bawah kementerian adalah tidak wajib.

Imbas Suhu Sebelum Masuk Institusi Pendidikan Tidak Diwajibkan Mulai 11 Februari Ini
Imbas Suhu Sebelum Masuk Institusi Pendidikan Tidak Diwajibkan Mulai 11 Februari Ini

Pemansuhan SOP pemeriksaan suhu badan

KPM menerusi satu kenyataan pada hari ini berkata bahawa hal ini susulan pengumuman Menteri Kanan Pertahanan pada 8 Februari lepas berkaitan pemansuhan prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan suhu badan dan buku rekod mendaftar masuk ke mana-mana premis yang bakal berkuat kuasa mulai 11 Februari ini. 

“Namun semua guru, anggota kumpulan pelaksana (AKP), pekerja perkhidmatan sokongan dan pelawat masih diwajibkan untuk mengimbas kod QR melalui aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis institusi pendidikan dibawah KPM.  

Oleh itu KPM berpesan, sebagai langkah keselamatan, ibu bapa atau penjaga dimohon agar memastikan anak atau anak jagaan berada dalam keadaan yang sihat dan tidak bergejala sebelum hadir ke sekolah. Murid yang bergejala atau mempunyai ahli keluarga yang positif Covid-19 serta yang tingal serumah adalah tidak dibenarkan untuk hadir ke sekolah.

Imbas Suhu Sebelum Masuk Institusi Pendidikan Tidak Diwajibkan Mulai 11 Februari Ini

Murid yang bergejala diasingkan di bilik isolasi

KPM juga turut menjelaskan, tahap kesihatan murid semasa berada di sekolah akan dipantau secara berterusan bagi memastikan murid yang bergejala diasingkan di bilik isolasi untuk tindakan selanjutnya.

Dalam masa yang sama, KPM juga menyarankan agar ketetapan ini turut terpakai di semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rangka Manusia Ditemui Di Dalam Sebuah Bilik Di Taman Malihah, Dipercayai Telah Meninggal Dunia Dua Minggu Lalu Rangka Manusia Ditemui Di Dalam Sebuah Bilik Di Taman Malihah, Dipercayai Telah Meninggal Dunia Dua Minggu Lalu
Next Article "Nang Kuat Kaki Ya" - Netizen Tabik Abang Motosikal Ini Bantu 'Tolak' Kereta Di Bulatan Gersik ‘Nang Kuat Kaki Ya’ – Netizen Tabik Abang Motosikal Ini Bantu ‘Tolak’ Kereta Di Bulatan Gersik

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?