• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Individu Bersimpati Dengan Mat Salih Berkaki Ayam, Tolak Anak Guna Troli Di Kuching

Oleh
ILB - AI
17 Julai 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Indiividu berduka dengan kisah mat salih bersama tiga orang anak di Kuching

Individu Bersimpati Dengan Mat Salih Berkaki Ayam, Tolak Anak Guna Troli Di Kuching. Seorang individu memuat naik satu hantaran mengenai mat salih berkaki ayam membawa anak-anaknya menggunakan troli di sekitar Kuching.

Menerusi perkongsiannya di laman Facebook itu, individu tersebut menyatakan bahawa dia menemui mat salih, dikenali sebagai Mr. Shawn itu bersama tiga anaknya di kawasan Padungan, Kuching.

“Aku terjumpa Mr. Shawn malam tadi, jadi aku pun berhenti keluar dan sempat bersembang dengannya.

Individu itu berkata, Mr. Shawn mempunyai tiga orang anak, namun sudah dua tahun anaknya tidak bersekolah, mungkin disebabkan isterinya sudah meninggal dunia kerana kanser otak.

Individu Bersimpati Dengan Mat Salih Berkaki Ayam, Tolak Anak Guna Troli Di Kuching
Sumber: facebook

“Kereta proton Saga pemberian Ustaz Ebit Liew pada tahun lepas katanya dah beberapa bulan rosak dan tersadai di kawasan awam,” tulis individu itu sambil mengatakan kemungkinan Mr.Shawn tidak berkemampuan untuk membaiki.

Dalam pada itu, Mr. Shawn turut menyatakan kepada individu berkenaan bahawa anak-anaknya tidak mempunyai kad pengenalan disebabkan ‘tidak diberi’ oleh pihak tertentu. Malah, pihak tersebut juga mempunyai isu menyalahgunakan duit EPF mendiang isterinya.

Tidak bekerja, dan menunggu offer dari kawannya di Miri

Difahamkan, buat masa sekarang dia tidak mempunyai pekerjaan, dan masih menunggu tawaran kerja dari rakannya di Miri, Sarawak.

“Aku juga sempat bertanya macam mana dia menyara anak-anak sedangkan tidak bekerja, tetapi dia tidak terjawab dengan soalan aku tadi.

“Tidak sampai hati aku tengok dia bawa anaknya guna troli, bahaya juga untuk keselamatan,” ujar individu itu kerana risau tentang keselamatan anaknya.

Sementara itu, individu itu mengatakan bahawa dia ada menyimpan nombor telefon Mr. Shawn dan dipercayai Mr. Shawn bersama anak-anaknya tinggal di kawasan Sekama.

Individu Bersimpati Dengan Mat Salih Berkaki Ayam, Tolak Anak Guna Troli Di Kuching
Sumber: facebook

Dipercayai, Mr. Shawn berasal dari England, manakala arwah isterinya adalah orang tempatan, dari Kuching Sarawak.

Supaya pihak berwajib membantunya

Selain itu, individu itu turut meminta pertolongan pihak berkuasa untuk membantu Mr. Shawn sekeluarga.

Sebelum ini, Mr. Shawn pernah tular selepas kisahnya membawa anak-anaknya di dalam troli, dengan berjalan kaki tidak menggunakan selipar di Kuching.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Mat Salih Datang Malaysia ‘Cari Pasal’, Kupas Kelapa Guna Gigi Habis Semua Patah
Tular Di Twitter, Mat Salih Meroyan “Don’t Touch My Girlfriend”
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sempena Sambutan 60 Tahun Merdeka, Kerajaan Sarawak Sediakan Bas Shuttle Percuma Ke Padang Merdeka Sempena Sambutan 60 Tahun Merdeka, Kerajaan Sarawak Sediakan Bas Shuttle Percuma Ke Padang Merdeka
Next Article Netizen Berniat Boikot, Isu Nasi Campur Terlampau Mahal Buat Para Peniaga Medan Selera Lundu Berduka Netizen Berniat Boikot, Isu Nasi Campur Terlampau Mahal Buat Para Peniaga Medan Selera Lundu Berduka

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?