• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Individu Tampil Beri Penjelasan Bawa Pelajar Tahfiz Ke Konsert

Oleh
ILB - AI
30 Ogos 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Individu jelaskan mengenai video tular sebelum ini, anak-anak tahfiz pergi konsert

Individu Tampil Beri Penjelasan, Bawa Pelajar Tahfiz Ke Konsert. Seorang individu tampil menjelaskan perkara yang tular baru-baru ini mengenai kumpulan pelajar tahfiz menonton konsert KEPCI Music Fest di Stadium Malawati, Shah Alam.

Menurut sumber, individu tersebut yang dikenali sebagai Andrie mengatakan bahawa pihaknya yang bertanggungjawab membawa pelajar tahfiz ke konsert itu dan tindakannya itu tidak melibatkan pihak penganjur, mahupun kerajaan.

Individu Tampil Beri Penjelasan, Bawa Pelajar Tahfiz Ke Konsert
Sumber: cari

Beri peluang kepada anak tahfiz untuk menghadiri festival

Dia turut berkata, dia dan rakannya berjaya mengumpulkan sumbangan bagi membawa 700 anak yatim dari 22 rumah kebajikan seluruh negara ke konsert atau festival tersebut.

“Inisiatif ini adalah sepenuhnya daripada kami yang ikhlas untuk memberi peluang kepada anak yatim yang kurang berkemampuan merasai pengalaman menghadiri festival itu,” ujarnya menerusi laporan.

“Tujuan kami ikhlas menjemput mereka bersama memeriahkan festival yang turut menyediakan permainan kanak-kanak dan aktiviti lain serta persembahan daripada penyanyi tempatan yang boleh dihadiri semua masyarakat.

Individu Tampil Beri Penjelasan, Bawa Pelajar Tahfiz Ke Konsert
Sumber: kosmo

Video viral itu adalah anak pelarian Rohigya, dari pusat tahfiz TTDI

Dalam pada itu, Andrie turut memberitahu bahawa pelajar memakai jubah hijau dan berserban putih yang dilihat berada di tempat duduk penonton itu adalah dari sebuah pusat tahfiz TTDI Jaya, Selangor.

Difahamkan, mereka adalah anak pelarian Rohingya yang tidak tahu berbahasa atau berkomunikasi dalam Bahasa Melayu.

Sementara itu, Andrie dan rakannya berdukacita dan meminta maaf sekiranya menyinggung perasaan pihak tertentu yang terkesan dengan isu tersebut.

Sebelum ini, satu rakaman video tular di media sosial memaparkan kahadiran pelajar tahfiz menonton konsert hiburan itu, yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Konsert Artis Jemputan K-pop Pertama Di Sarawak, Borneo Sonic Kini Tawarkan Tiket ‘1-Day Pass’
Asalkan Berpakaian Dan Hormat Kerajaan, Sarawak Sedia Jadi Hos Konsert Antarabangsa
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dirogol 3 Lelaki Berbeza, Kanak-Kanak 7 Tahun Disahkan Hidap Penyakit Kelamin Dirogol 3 Lelaki Berbeza, Kanak-Kanak 7 Tahun Disahkan Hidap Penyakit Kelamin
Next Article 'Hanya Orang Tertentu Je Yang Nampak', Projek Pembangunan Sibu Sentral Jadi Persoalan Netizen ‘Hanya Orang Tertentu Je Yang Nampak’, Projek Pembangunan Sibu Sentral Jadi Persoalan Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?