Tular influencer makan keropok babi bersama bakso di sebuah kedai makan yang halal
Influencer Dikecam Campurkan Keropok Babi Dengan Bakso, Di Kedai Halal. Seorang pempengaruh dari Indonesia, Jovi Adhiguna baru-baru ini dikecam kerana meletakkan keropok babi dalam hidangan bakso di sebuah restoran halal berhampiran Lapangan Terbang Ngurah Rai di Bali.
Menurut laporan, menerusi satu hantaran video yang dimuat naik oleh seorang individu di laman Twitter, segelintir netizen bimbang tentang kesucian pinggan mangkuk dan peralatan yang digunakan untuk menikmati bakso selepas dicampur dengan keropok babi.
“Betul la, jangan campur halal dan tak halal, perlu hormat kedai makanan atau minuman yang disahkan halal,” tulis akaun Twitter berkenaan.
Dalam pada itu, difahamkan Jovi sedar akan kesilapannya lalu telah tampil membuat permohonan maaf dan mengakui kecuaiannya.
Jovi memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi lagi kesilapan yang sama
Dia menyatakan bahawa apa yang dilakukannya adalah tidak disengajakan dan tidak berniat untuk memudaratkan atau menyakiti mana-mana pihak.
“Jadi semalam ketika di saya makan Bakso Afung yang berada di Lapangan Terbang Ngurah Rai, Bali dan saya makan dengan keropok babi yang saya beli di lapangan terbang Bali juga.
“Saya benar-benar tak terfikir Bakso Afung itu halal dan saya tak boleh gabungkan makanan halal dan tak halal.
“Jadi saya ingin memohon maaf dari lubuk hati saya, kepada mereka yang berasa terkilan atau terganggu, itu benar-benar kesilapan saya semata-mata, saya tidak berfikir panjang,” ujar Jovi sambil berjanji bahawa kejadian seperti itu tidak akan berlaku lagi.