• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ingin Cipta Rekod Malaysia Terbaru, Ribuan Peserta Pamer Pakaian Tradisional Di Jambatan Darul Hana

Oleh
Husna Hazmi
21 Mei 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Peserta tidak mengira kaum dan agama mengenakan pakaian tradisonal di Kuching.

Ingin Cipta Rekod Malaysia Terbaru, Ribuan Peserta Pamer Pakaian Tradisional Di Jambatan Darul Hana. Sempena sambutan Minggu Perpaduan 2023 Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Kuching, Sarawak tahun ini, dilaporkan peserta tidak mengira kaum dan agama bersama-sama memulakan percubaan untuk memasuki Malaysian Book of Record (MBOR).

Seawal jam 6.30 pagi lagi, orang ramai mula membanjiri Jambatan Darul Hana di Waterfront Kuching, dan setakat jam 11 pagi hari ini, seramai 2,175 peserta telah mendaftar untuk menyahut cabaran ini.

Ingin Cipta Rekod Malaysia Terbaru, Ribuan Peserta Pamer Pakaian Tradisional Di Jambatan Darul Hana

Ingin mencipta satu lagi Malaysian Book of Records

Perkara ini bertujuan untuk mencipta satu lagi Malaysian Book of Records bagi budaya dan etnik paling banyak yang dipamerkan dalam sesebuah acara.

Antara pakaian yang dipamerkan dalam acara ini adalah Pakaian Tradisonal Melayu dari setiap negeri di Semenanjung Malaysia, Pakaian Tradisional Cina termasuk Ceongsam, Samfoo, Baba-Nyonya, Pakaian Tradisonal India termasuk Sari, Lehenga Choli, Salwar Kameez (Sut Punjabi), Anarkali, Kurta, Dhoti dan Sherwani; Pakaian Eurasia (Serani); pakaian tradisional Mah Meri (Orang Asli semenanjung); serta pakaian tradisional yang dipakai oleh pelbagai etnik Sabah dan Sarawak.

Sungguh meriah dan berwarna-warni Jambatan Darul Hana di Waterfront dihiasi dengan peserta yang mengenakan pakaian tradisonal ini.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Sempena Minggu Perpaduan, Everrise Adakan Jualan Rahmah Di Waterfront Kuching Hingga 22 Mei
Tempat Dating Santai, Bersama Pasangan Di Kuching
SUMBER :DayakDaily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tempat Dating Santai, Bersama Pasangan Di Kuching
Next Article Menyegarkan Dan Lazat, Ketahui Kedai Aiskrim Vanilla Crush Di Satok Kuching Menyegarkan Dan Lazat, Ketahui Kedai Aiskrim Vanilla Crush Di Satok Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?