• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ingin Dapat Kelonggaran 2 Dos Vaksin Untuk Rentas Daerah Dan Negeri, PPV Sandakan Dan Lahad Datu Sesak

Oleh
Husna Hazmi
12 Ogos 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

PPV di Sandakan dan Lahad Datu dibanjiri orang ramai.

Ingin Dapat Kelonggaran 2 Dos Vaksin Untuk Rentas Daerah Dan Negeri, PPV Sandakan Dan Lahad Datu Sesak. Dilaporkan bahawa dua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Sandakan dan Lahad Datu yang dibuka secara ‘walk-in’ tanpa perlu janji temu dibanjiri ratusan orang awam seawal jam 7 pagi hari ini adalah disebabkan pengumuman kerajaan yang menetapkan dua dos suntikan diperlukan bagi kebenaran rentas sempadan.

Isi Isi Penting
  • PPV di Sandakan dan Lahad Datu dibanjiri orang ramai.
  • Dua pusat berkenaan adalah
  • Kekecohan tersebut tercetus selepas orang ramai
  • Langsung tidak menjaga SOP walaupun jumlah kes positif COVID-19 di Sabah semakin meningkat
Ingin Dapat Kelonggaran 2 Dos Vaksin Untuk Rentas Daerah Dan Negeri, PPV Sandakan Dan Lahad Datu Sesak
Ingin Dapat Kelonggaran 2 Dos Vaksin Untuk Rentas Daerah Dan Negeri, PPV Sandakan Dan Lahad Datu Sesak

Dua pusat berkenaan adalah

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Mazli Mazlan, dua pusat berkenaan adalah PPV Taman Harmoni, Batu 3, Sandakan dan PPV Dewan Perdana, Jalan Silam, Lahad Datu.

“Polis percaya kehadiran orang ramai ke PPV ini bukan hanya disebabkan boleh diperolehi secara ‘walk in’ malah kemungkinan besar adalah disebabkan untuk memperoleh kelonggaran kelebihan dus dos sepertimana yang diumumkan baru-baru ini.

“Pada awalnya, kedua-dua pusat ini hanya dikawal oleh dua anggota polis dan dibantu anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

“Selepas orang ramai bertindak menyerbu PPV di kawasan masing-masing bagi mendapatkan giliran terawal suntikan vaksin, pasukan polis terus melakukan penambahan keanggotaan untuk mengawal keadaan,” kata beliau semasa dihubungi semalam oleh Utusan Borneo.

Ingin Dapat Kelonggaran 2 Dos Vaksin Untuk Rentas Daerah Dan Negeri, PPV Sandakan Dan Lahad Datu Sesak

Kekecohan tersebut tercetus selepas orang ramai

Beliau berkata kekecohan tersebut tercetus selepas orang ramai yang berada di lokasi tersebut tidak mengendahkan Prosedur Operasi Standard (SOP) kerana bimbang barisan mereka akan dipotong oleh individu yang datang lewat. Oleh itu, mereka berbaris rapat-rapat sesama sendiri.

Keadaan itu terus menjadi luar kawalan selepas ada pihak yang berang kerana ramai yang berdiri terlalu hampir antara satu sama yang lain.

“Bertindak dengan keadaan, seramai 20 anggota dan pegawai pasukan pemantau ditempatkan ke lokasi bagi membantu mengawal keadaan di kawasan PPV daerah masing-masing,” kata beliau.

Ingin Dapat Kelonggaran 2 Dos Vaksin Untuk Rentas Daerah Dan Negeri, PPV Sandakan Dan Lahad Datu Sesak

Di samping itu beliau juga menasihatkan orang ramai agar menjaga jarak serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

“Kita faham semua orang memerlukan vaksin namun ia tidak bermaksud anda boleh mengabaikan peraturan ditetapkan.

“Setakat ini, tiada sebarang tangkapan atau kompaun dikeluarkan kerana kebanyakan mereka yang hadir adalah dari luar bandar dan berkemungkinan kurang faham dengan SOP ditetapkan,” ujar beliau.

Di katakan di PPV Taman Harmoni, Batu 3, Sandakan pagi ini.Mohon pihak berkenaan siasat dan perbetulkan serta-merta.Kes baharu di Sabah sangat tinggi ketika ini.

Posted by Najib Razak on Wednesday, August 11, 2021

Langsung tidak menjaga SOP walaupun jumlah kes positif COVID-19 di Sabah semakin meningkat

Kejadian berikut ditularkan di media sosial dengan sebahagian besar netizen menyuarakan kebimbangan berkenaan sikap orang awam dalam rakaman berkenaan yang langsung tidak menjaga SOP walaupun jumlah kes positif COVID-19 di Sabah semakin meningkat.

Di dalam rakaman, boleh dilihat dengan jelas betapa ramainya orang di PPV tersebut di mana tiada penjarakan sosial dipraktikkan. Ada juga yang telah menurunkan pelitup muka di dalam rakaman tersebut.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga telah memuatnaik rakaman berkenaan dan kini telah dilihat oleh ramai.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tertinggi Setakat Ini, Sabah Dan Sarawak Catat 1216 & 2052 Kes Positif Harian COVID19 Tertinggi Setakat Ini, Sabah Dan Sarawak Catat 1216 & 2052 Kes Positif Harian COVID19
Next Article Susulan Kes Harian Pecah Angka 1 Ribu, Sarawak Sekali Lagi Jadi Bualan Hangat Di Twitter Susulan Kes Harian Pecah Angka 1 Ribu, Sarawak Sekali Lagi Jadi Bualan Hangat Di Twitter

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?