I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Ini 12 Idea Mojito & Soju Cocktail Untuk Memeriahkan Aramaiti Dan Gawai Anda
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini 12 Idea Mojito & Soju Cocktail Untuk Memeriahkan Aramaiti Dan Gawai Anda

Oleh Kedung BK
Dikirim pada 30/05/22 9:11 PM
Kongsi
6 Min Bacaan
Kongsi

Aram kitai aramaiti!

Ini 12 Idea Mojito & Soju Cocktail Untuk Memeriahkan Aramaiti Dan Gawai Anda. Musim perayaan di Borneo terutamanya di Sabah dan Sarawak pastinya tidak lengkap tanpa minuman alkohol.

Isi-Isi Penting
1. Mojito Langkau Berangin2. Langkau Calamansi3. Beer Bomb4. Soju Sangria5. Mango Soju6. Soju Latte7. Energizer8. Cojinganmek9. Yogurt Soju Blast10. Subak Soju11. Soju Ale12. Hwasa’s Soju Mudshake

Budaya yang sudah menjadi turun temurun kaum Dayak dan kaum peribumi Sabah yang menyambut Kaamatan ini bukan sekadar budaya untuk memeriahkan perayaan, tetapi juga sebagai persembahan kepada semangat atau ‘petara’.

Minuman beralkohol seperti tuak secara tradisinya dipersembahkan semasa upacara Miring pada hari Gawai Dayak.

Dalam artikel kali ini, kami ingin memperkenalkan kepada anda 12 idea minuman beralkohol seperti tuak dan langkau yang boleh dijadikan mojito dan cocktail bagi memeriahkan perayaan Gawai dan Kaamatan anda. Bonus: berserta idea Soju Cocktail dari Korea!

1. Mojito Langkau Berangin

Ini 12 Idea Mojito & Soju Cocktail Untuk Memeriahkan Aramaiti Dan Gawai Anda
Ini 12 Idea Mojito & Soju Cocktail Untuk Memeriahkan Aramaiti Dan Gawai Anda. Kredit: FB Jesmine Jabu Melkisedek

Resepi: Langkau + Sprite + Perasa Peppermint + Hirisan Lemon + Sirap Ros Biru.

Resepi ini dikongsikan oleh seorang pengguna FB, Jesmine Jabu Melkisedek sempena Gawai Dayak pada tahun 2021.

2. Langkau Calamansi

Ini 12 Idea Mojito & Soju Cocktail Untuk Memeriahkan Aramaiti Dan Gawai Anda
Kredit: FB Smoke Of Borneo Sdn. Bhd.

Resepi: 700 ml langkau + 600 ml Sprite + 200 ml Jus Calamansi + 4 biji asam boi

Resepi ini sempat tular pada edisi Gawai Dayak kebelakangan tahun ini dan menjadi minuman yang sering mendapat permintaan ramai di kala ‘ngabang’ ke rumah. Kalau ada minuman ni kat rumah tuan rumah tu, memang meriah dia lain macam weh!

3. Beer Bomb

Ini 12 Idea Mojito & Soju Cocktail Untuk Memeriahkan Aramaiti Dan Gawai Anda
Kredit: Tripadvisor.co.uk

Resepi: 2 shot soju + setengah gelas bir

Soju pula adalah minuman keras yang berasal dari Korea Selatan. Disebabkan budaya alkohol di Korea yang kuat, maka mereka mencipta pelbagai variasi campuran minuman yang pasti membuatkan peminum yang meminumnya buat pertama kali rasa ‘mindblown’.

4. Soju Sangria

Ini 12 Idea Mojito & Soju Cocktail Untuk Memeriahkan Aramaiti Dan Gawai Anda

Resepi: 2 shot soju + setengah gelas jus oren

Minuman soju ini boleh dicampurkan dengan pati perahan asli daripada buah oren ataupun menggunakan minuman jus oren yang telah diproses dan dikomersialkan. Yang mana anda rasa lebih ‘kick’ lah.

5. Mango Soju

Ini 12 Idea Mojito & Soju Cocktail Untuk Memeriahkan Aramaiti Dan Gawai Anda

Resepi: 2 shot soju + 2/3 gelas jus mangga

Kalau anda sukakan jus mangga yang masih ada rasa pulpa, baik anda beli mangga masak ranum di kedai dan kisar sendiri. Lagi ‘ummph’.

6. Soju Latte

Kredit: Primeliquor.sg

Resepi: 2 shot soju + setengah gelas minuman kopi (Latte/Mocha)

Yang ini mungkin kedengaran agak menakutkan, tetapi tak salah untuk anda mencuba, kan? Anda boleh cuba untuk mencampurkannya dengan kopi susu (latte), kopi susu coklat (mocha) atau kopi o biasa (Americano).

7. Energizer

Ini 12 Idea Mojito & Soju Cocktail Untuk Memeriahkan Aramaiti Dan Gawai Anda

Resepi: 2 shot soju + 1/3 gelas Red Bull + 1/3 gelas Gatorade

Dari segi rupanya, memang minuman Energizer ini yang paling win sekali. Campuran warna kuning dan biru nya pasti mencabar keimanan sesiapa sahaja yang melihat. Yang pasti, minuman ini tidak digalakkan untuk mereka yang menghidap diabetes!

8. Cojinganmek

Kredit: sethlui.com

Resepi: 1 shot soju + 1/2 gelas bir + 1/3 gelas air Coca Cola

Coca-cola dan bir? Why not, kan? Siapa-siapa yang minat sangat dengan Cola (kalau boleh, tiap hari nak minum Cola), boleh lah level up pengalaman ‘sadung’ korang dengan kombinasi ini.

9. Yogurt Soju Blast

Ini 12 Idea Mojito & Soju Cocktail Untuk Memeriahkan Aramaiti Dan Gawai Anda
Kredit: FB Skewers Dumaguete

Resepi: 1 botol soju + 2 botol Yakult/Vitagen + 50 ml Sprite

Kalau nak feeling Korea macam dalam K-drama yang anda selalu tonton, inilah salah satu yang patut anda cuba. Tapi sebelum anda nak campurkan Yakult atau Vitagen dalam minuman alkohol anda, mintalah izin dulu daripada anak-anak yang punya Yakult/Vitagen yang anda ambil tu. Hehe.

10. Subak Soju

Ini 12 Idea Mojito & Soju Cocktail Untuk Memeriahkan Aramaiti Dan Gawai Anda

Resepi: 1 botol soju + 1 biji tembikai (dibelah dan dikorek isi) + 1 gelas ais

Resepi ini juga adalah resepi yang agak ringkas. Anda hanya perlukan satu biji tembikai yang dikorek isinya dan sebotol soju/tuak/langkau. Setelah anda menuangkannya ke dalam tembikai yang dikorek isinya, jangan lupa untuk masukkan kembali isi tembikai yang telah anda gumpal bagi menambahkan rasa kesegaran minuman anda.

11. Soju Ale

Ini 12 Idea Mojito & Soju Cocktail Untuk Memeriahkan Aramaiti Dan Gawai Anda

Resepi: 2 shot soju + 1/2 gelas ale halia (ginger ale) + hirisan epal

Orang kata kalau badan masuk angin, minum air halia. Tapi macam mana kalau badan masuk angin tapi nak juga ‘ngirup’? Tak susah. Campurkan saja minuman alkohol anda dengan minuman ale halia dan masukkan sedikit hirisan epal untuk sentuhan rasa kepuasan.

12. Hwasa’s Soju Mudshake

Kredit: The Smart Local

Resepi: 200 ml air minuman coklat + 2 shot soju + serbuk koko (untuk ditabur jika mahu)

Resepi ini diinspirasikan daripada penyanyi kumpulan K-Pop Korea, Hwasa Mamamoo. Resepi ini dicipta olehnya semasa rancangan TV MBC My Little Television dan digelar sebagai Mudshake. Berbeza dengan cocktail yang lain, air minuman coklat dimasukkan terlebih dahulu ke dalam gelas sebelum anda memasukkan soju atau minuman alkohol kesukaan anda.

Dah ada idea nak minum apa nanti masa Gawai dan Kaamatan? Dalam masa anda bergembira bersama teman dan keluarga, jangan lupa juga untuk minum secara berhemah dan elakkan memandu, okay?

Tonton juga video Tribe Series: Booze kami di laman Youtube berikut:

Kedung BK 30 Mei 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Anak Menangis Minta Tolong, Wanita Warga Indonesia Ditikam Penyamun Ditemui Mati Di MJC Anak Menangis Minta Tolong, Wanita Warga Indonesia Ditikam Penyamun Ditemui Mati Di MJC
Next Article "Pelajar Borneo Menangis," Pelajar Universiti Bengang Perlu Balik Saat Akhir Hanya Untuk Peperiksaan “Pelajar Borneo Menangis,” Pelajar Universiti Bengang Perlu Balik Saat Akhir Hanya Untuk Peperiksaan

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Curi Kasut Sekolah, Lelaki Didakwa Ceroboh Rumah Di Kuching Didenda 3.5K
Cerita Borneo

Curi Kasut Sekolah, Lelaki Didakwa Ceroboh Rumah Di Kuching Didenda 3.5K

4 Julai 2022
Mencuri Di Siang Hari, Dua Lelaki Berjaya Dirakam Larikan Kereta Toyota Prado Di Kuching
Cerita Borneo

Mencuri Di Siang Hari, Dua Lelaki Berjaya Dirakam Larikan Kereta Toyota Prado Di Kuching

4 Julai 2022
DJ Ini Tampil Kreatif Hasilkan Remix Terma 'Sik Berasa' Dan 'Ketek Ajak' Abang Jo
Cerita Borneo

DJ Ini Tampil Kreatif Hasilkan Remix Terma ‘Sik Berasa’ Dan ‘Ketek Ajak’ Abang Jo

4 Julai 2022
Cerita Borneo

‘The Power Of Emak’ – Netizen Kagum Lihat Ibu Di Belaga Ini Selamba Tebang Pokok Tinggi Guna Chainsaw

4 Julai 2022

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?