• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini 3 Jenis Badan Dan Bagaimana Masing-Masing Mempengaruhi Badan Anda Semasa Bersenam

Oleh
ILB - AI
11 Mac 2021
Kongsi
10 Min Bacaan
Ini 3 Jenis Badan Dan Bagaimana Masing-Masing Mempengaruhi Badan Anda Semasa Bersenam

Apa jenis badan anda?

Ini 3 Jenis Badan Dan Bagaimana Masing-Masing Mempengaruhi Badan Anda Semasa Bersenam. Adakah anda cuba menurunkan berat badan? Atau sebaliknya cuba menambah berat badan? Namun, anda tertanya-tanya kenapa ia agak sukar untuk dilakukan sedangkan orang lain pula semudah-mudah begitu sahaja membuatnya?

Isi Isi Penting
  • Apa jenis badan anda?
  • Mengetahui Somatotype anda adalah kunci hasil yang inginkan dari diet dan senaman anda
  • Badan Ectomorph
  • Badan Endomorph
  • Badan Mesomorph
  • Kombinasi 2 jenis badan

Tahukah anda terdapat tiga jenis badan dan bahawa jenis badan yang anda miliki menentukan bagaimana tubuh anda ‘menjadi’ hasil dari senaman dan pemakanan?

Ini 3 Jenis Badan Dan Bagaimana Masing-Masing Mempengaruhi Badan Anda Semasa Bersenam

Mengetahui Somatotype anda adalah kunci hasil yang inginkan dari diet dan senaman anda

Semua manusia dilahirkan dengan jenis badan yang diwarisi berdasarkan kerangka rangka dan komposisi badan.

Kebanyakan orang adalah kombinasi unik dari tiga jenis badan iaitu ectomorph, mesomorph dan endomorph.

3 jenis badan. Kredit: HCG

Setiap jenis badan ini memerlukan senaman dan diet yang berbeza. Contohnya, anda mungkin perasan anda mudah naik berat badan dan rakan anda pula tiada perubahan berat badan walaupun makan jumlah makanan yang sama. Manakala ada orang lain yang ingin naik berat badan tetapi menghadapi kesukaran untuk melakukannya meskipun memakan jumlah makanan yang besar.

Badan Ectomorph

Mereka yang mempunyai jenis badan ectomorph mempunyai metabolisme yang tinggi – iaitu mampu membakar kalori lebih cepat daripada jenis badan yang lain.

Kebanyakan orang iri dengan orang yang mempunyai jenis badan ini, kerana orang dengan jenis badan ini tidak dapat menambah berat badan dengan mudah walaupun makan dalam jumlah besar. Secara genetiknya, mereka lebih sukar daripada jenis badan lain untuk menambahkan berat badan atau membina jisim otot (muscle mass).

Jenis badan ectomorph kurus semula jadi.

Akibat kalori dalam badan mereka dibakar dengan cepat, ini menjadikan mereka sering merasa lapar sepanjang hari tetapi tidak dapat menambah berat badan atau otot dengan mudah tak kira berapa banyak mereka makan.

Jenis badan ini digelar ‘a blessing and a curse’ (berkat dan sumpahan pada masa yang sama) kerana walaupun mengalami kesukaran untuk naik berat badan no matter how much mereka makan, kebanyakan orang yang mempunyai jenis badan ini iri kepada orang lain yang dapat membina badan ‘impian’ mereka dengan mudah tanpa perlu menambah berat badan akibat badan jenis ectomorph adalah kurus secara semula jadi.

Orang dengan jenis badan ini perlu memberi tumpuan kepada jenis makanan yang sesuai untuk kenaikan berat badan seperti makanan yang berat dengan protein, karbohidrat dan kalori.

Mereka juga mungkin memerlukan pengambilan supplement tambahan untuk membantu mereka menambah berat badan dan jisim otot.

Antara ciri-ciri biasa dapat dilihat di jenis badan ini adalah:

  • Rangka dan struktur tulang yang kecil
  • Pinggang yang langsing
  • Kaki dan lengan yang panjang
  • Bahu kecil
  • Kurus secara semula jadi
  • Dada rata
  • Metabolisme yang cepat
  • Mengalami kesukaran untuk menambah berat badan
  • Peningkatan jisim otot dianggap mencabarkan

Dari segi sukan, sukan yang lebih memanfaatkan jenis badan ini adalah larian jarak jauh dan sukan atletik tertentu seperti larian berhalangan. Jenis badan ini sangat sesuai untuk sukan yang memerlukan kepantasan, namun perhatian tambahan diperlukan kepada latihan mengenai dengan kekuatan untuk sukan yang kompetitif dan bersentuhan.

Atlet yang mempunyai jenis badan ini ialah atlet Olimpik Michael Phelps dan Usain Bolt serta Bruce Lee.

Badan Endomorph

Mereka yang mempunyai jenis badan endomorph secara semula jadi mempunyai lemak badan dan otot yang lebih serta mudah naik berat badan.

Dengan metabolisme yang lebih perlahan daripada jenis badan yang lain, mereka mempunyai nisbah lemak badan yang lebih tinggi. Tidak seperti jenis badan ectomorph, jenis badan endomorph dominan insulin – badan mereka lebih mudah menyimpan tenaga sebagai lemak badan dan mudah membina otot.

Jenis badan endomorph lebih mudah naik berat badan dibandingkan dengan jenis badan lain.

Bagi mereka yang ada jenis badan ini, karbohidrat halus harus dielakkan (contohnya, kuih, gula-gula, roti tanpa biji-bijian) dan karbohidrat kompleks (seperti oatmeal, pisang dan ubi jalar). Pengambilan kalori perlu dikawal rapi untuk memberikan hasil kehilangan lemak yang berkesan atau untuk mengelakkan kenaikan lemak.

Jika menggunakan pendekatan senaman dan pemakanan yang betul, atlet jenis badan endomorph boleh mengoptimumkan prestasi fizikal dan atletik mereka dengan memanfaatkan kekuatan semula jadi mereka.

Jenis badan endomorph sesuai untuk sukan yang memerlukan kekuatan.

Antara ciri-ciri biasa dapat dilihat di jenis badan ini adalah:

  • Badan ‘lembut’ dengan definisi otot semula jadi yang minimum
  • Lebih ke arah bentuk badan yang bulat
  • Mudah naik berat badan
  • Biasanya, mempunyai struktur tulang yang lebih besar
  • Metabolisme yang lebih perlahan
  • Lebih sukar menurunkan berat badan jika dibandingkan dengan jenis badan lain

Oleh kerana mereka mempunyai nisbah lemak badan yang lebih tinggi, jenis senaman yang lebih sesuai untuk badan jenis ini adalah kardio bagi mengurangkan kenaikan berat badan. Selain itu, mereka akan memerlukan senaman berat untuk membina jisim otot agar meningkatkan kadar metabolisme.

Jenis badan ini biasanya tidak sesuai untuk sukan yang memerlukan kepantasan, tetapi aktiviti kekuatan adalah lebih sesuai. Sukan yang lebih memanfaatkan jenis badan ini adalah rugby, gusti, lumba dayung, angkat berat, serta acara padang seperti melempar cakera, lontar peluru dan baling tukul besi.

Batista dari WWE, pemain rugby Matt Dunning dan Lawrence Okoye antara atlet yang mempunyai badan endomorph.

Badan Mesomorph

Jenis badan mesomorph ibarat campuran ecto dan endomorph, di mana mereka yang mempunyai jenis badan ini dapat menambahkan dan menurunkan berat badan tanpa terlalu banyak usaha.

Mereka yang mempunyai jenis badan ini selalunya mempunyai kerangka dan struktur tulang sederhana. Atletik, padu, dan kuat, badan mereka secara genetik cenderung kepada badan atletik.

Contoh jenis badan mesomorph untuk wanita.

Akibat ini, mereka mudah membina otot serta mengekalkan lemak badan yang lebih rendah secara semula jadi. Jadi, mereka dapat makan apa yang mereka inginkan tanpa risau. Malah, semasa bersenam, mereka dapat membina otot dengan mudah kerana mereka bertindak balas dengan cepat terhadap senaman, dengan hasil fizikal muncul dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan jenis badan lain.

Dengan kelebihan ini, jenis badan mesomorph adalah jenis badan semula jadi yang terbaik untuk sukan bina badan dan sukan yang berasaskan kekuatan. Namun, jenis badan ini boleh meningkatkan berat badan melalui otot jadi mereka perlu mengikut diet yang sesuai untuk sukan atau senaman yang mereka pilih untuk melengkapkan pilihan mereka.

Antara ciri-ciri biasa dapat dilihat di jenis badan ini adalah:

  • Kerangka sederhana
  • Badan atletik dan toned
  • Otot yang lebih terbentuk
  • Secara umumnya badan berbentuk segi empat
  • Kuat
  • Memperoleh otot dengan mudah

Mereka yang mempunyai jenis badan ini unggul dalam sukan angkat berat, bina badan dan sukan yang menggabungkan daya tahan dan kekuatan. Pemain bola sepak, hoki dan rugby secara umum mempunyai jenis badan mesomorph.

Christiano Ronaldo, Venus Williams, dan Arnold Schwarzenegger antara atlet yang mempunyai jenis badan mesomorph.

Kombinasi 2 jenis badan

Terdapat juga manusia yang mempunyai kombinasi 2 jenis badan seperti ecto-mesomorph, meso-endomorph, dan ecto-endomorph.

Ecto-mesomorph merupakan kombinasi paling common terutamanya dalam dunia olahraga. Jenis badan ini mempunyai penampilan ‘fitness model’. Mereka yang mempunyai kombinasi ini akan mempunyai batang badan berbentuk V – punggung atas yang lebar, dada dan bahu yang terbentuk, pinggang langsing. Selain itu, tubuh mereka lebih agile dan lean, dengan lengan dan kaki yang kelihatan kuat tetapi tidak terlalu berotot.

Contoh badan ecto-mesomorph untuk wanita.

Meso-endomorph termasuk variasi di mana mereka mempunyai ciri-ciri mesomorph atau endormorph yang tidak sama rata. Ramai atlet sukan bina badan dan sukan kontak (seperti pemain bola sepak) mempunyai jenis badan ini. Dicirikan oleh lengan dan kaki yang besar serta dada ‘kotak’, jenis badan ini kelihatan kuat tetapi tidak kelihatan defined.

Contoh jenis badan meso-endomorph untuk lelaki.

Ecto-endomorph adalah jenis badan yang diperoleh secara tingkah laku. Pada dasarnya, seseorang yang benar-bena ectomorph telah menambahkan lemak badan yang ketara, sama ada dari tabiat makan yang tidak sihat, cara tidak aktif, atau gabungan dari kebiasaan yang kurang sihat ini. Dengan anggota badan yang panjang dan struktur tulang yang lebih kecil, jenis badan ini sering mempunyai bahagian tengah yang lembut, serta lengan dan kaki atas yang flabby akibat pengabaian semata-mata.

Adakah anda tahu apa jenis badan anda? Komen di bawah dan jangan lupa kongsikan artikel ini!

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Denda Sehingga RM10,000 Akan Dikenakan Kepada Individu Langgar SOP Mulai Hari Ini
Next Article Remaja Lelaki 17 Tahun Langgar Perintah Kuarantin Rumah Di Kapit Didenda RM1000

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?