Ramai yang tidak tahu Samarahan juga banyak tempat makan western yang menarik
6 Cafe Western Menarik Anda Perlu Kunjungi Di Samarahan. Tahukah anda? Samarahan juga ada banyak tempat makan yang best-best! Bagi anda yang craving atau tengah food hunting sekarang, kali ni tak perlu lagi jauh-jauh ke Kuching. Ini adalah senarai tempat makan yang best yang anda boleh masukkan dalam wishlist anda!
1. Unplugged Coffee
Unplugged Coffee ialah salah satu tempat yang menarik juga sesuai untuk dijadikan tempat untuk meluangkan masa dengan kawan-kawan dan keluarga tersayang. Mereka menyediakan pelbagau jenis makanan, dari makanan western ke makanan melayu yang sedap juga pelbagai ice blended dan kopi.
Harganya juga sangat berpatutan. Antara makanan yang direcommend ialah meatballs dan spaghetti bolognese.
Kafe ini juga menyediakan pelbagai indoor games seperti congkak, Jenga, dan juga pelbagai board games boleh didapati di kafe ini!
Lokasi: Survey Lot 5314, Ground Floor, SL6 Jalan Datuk Mohamad Musa Phase 25(A, Taman Desa Ilmu, 94300 Kota Samarahan, Sarawak.
2. Unihaus
Bagi penggemar lamb chop, ini adalah salah satu tempat yang sesuai untuk anda. Mereka terkenal dengan makanan western di dalam talam saiz sederhana dengan harga yang sangat berpatutan. Satu set talam family boleh makan 5-6 orang. Sangatlah berbaloi!
Menu-menu ini juga anda boleh dapatkan melalui pesanan dalam talian seperti foodpanda dan grabfood. Tempat ini juga sangat sesuai untuk anda ingin melakukan birthday party ataupun surprise event kerana staff mereka semuanya sporting!
Masa Operasi: 2pm – 10 pm (Ahad hingga Jumaat)
Lokasi: Lorong Desa Ilmu 22M1B2, 94300 Kota Samarahan, Sarawak
3. Kitea
Untuk pencinta boba, anda boleh kunjung Kitea cafe terletak bersebelahan dengan Everwin Supermarket. Selain boba, mereka juga menyediakan minuman berasaskan susu segar dan halal dari Australia. Antara menu yang disediakan ialah susu segar, siri yogurt, smoothie, milk tea dan juga jus buah!
Baru-baru ini, kafe ini menyediakan servis membuat custom sendiri atau imej yang anda mahukan untuk hiasan topping minuman anda dengan menggunakan mesin percetakan seni Kitea.
Lokasi: Grd Floor, Lot 10534, SL 7 & 8 Central View, KCH / Samarahan Expressway, 94300 Kota Samarahan, Sarawak.
4. IndoSHIOK Library Cafe, Aiman Mall
Tahukah anda? kafe ini merupakan kafe yang direka khas seperti sebuah perpustakaan bagi memberi keselesaan kepada para pelajar institusi pengajian tinggi awam dan orang ramai penduduk kawasan. Kafe ini telah dibuka secara rasmi di tingkat atas pusat beli-belah Aiman Mall pada tahun 2019.
Antara menu yang menarik di kafe ini ialah Jumbo Sausage bersama Sambal dan Telur Goreng, Bakso Beranak, Sup Daging, Chicken Rice Bowl (Rendang) etc. Harganya juga sangat berbaloi dengan kuantitinya.
Lokasi: G9, G10, first floor Aiman Mall, 94300 Kota Samarahan, Sarawak.
5. Eek! Eat & Drink
Kafe ini juga menghidangkan makanan dari set nasi hingga ke set western yang sedap dan digemari student tempatan. Antara menu yang direcommend kepada pelanggan ialah Duck Cranberry Alfredo dan Salted Egg Chicken Burger.
Kini, anda boleh dapatkan menu-menu ini melalui pesanan dalam talian seperti Lyfe, Foodpanda dan Grabfood.
Lokasi: Kuching- Samarahan Highway, 94300 Kota Samarahan. (Bersebelahan dengan Asma Cake House)
6. The Food by Kuali Emak
Bagi anda yang teringin makan shellout seperti di Kuching, anda tidak perlu memandu jauh ke Kuching lagi! The Food ialah satu-satunya tempat makan ‘Shellout’ di Samarahan. Asalnya ia dikenali sebagai Kuali Emak di Saradise dan kini berpindah ke Samarahan.
Lokasi: Jalan I-MAS Village, 94300 Kota Samarahan, Sarawak