Mari kita kenali secara ringkas 12 bahagian negeri paling besar di Malaysia ini.
Ini 12 Bahagian Sarawak Yang Anda Patut Ketahui. Sarawak, salah satu daripada dua negeri di Malaysia yang terletak di Pulau Borneo, dikenali dengan kekayaan budaya, kepelbagaian etnik, dan keindahan alam semula jadinya. Negeri ini, dengan keluasan lebih dari 120,000 kilometer persegi, merupakan negeri yang terbesar di Malaysia, dan membentuk 34.5 % daripada jumlah keluasan 329,750 kilometer persegi di negara ini.
Memetik sumber, Sarawak terletak di utara Khatulistiwa antara latitud 0 50 dan 5 utara dan longtitud 109 36 dan 115 40 timur, negeri Sarawak terbentang kira-kira 800 km sepanjang pantai barat laut pulau Borneo. Negeri Sarawak dipisahkan dari Semananjung Malaysia oleh jarak 600 km Laut Cina Selatan. Di pulau Borneo, negeri Sarawak bersempadan dengan negeri Sabah di timur laut dan Negara Brunei Darussalam yang membentuk enklaf berganda. Di sebelah pedalaman pula, negeri Sarawak bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia.
Demi memudahkan pentadbiran dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyatnya yang berbilang etnik dan budaya, Sarawak telah dibahagikan kepada 12 bahagian. Ini adalah senarainya:
1. Kuching
Kuching merupakan ibu negeri dan juga merupakan pusat bandar raya Sarawak. Bandar Kuching juga merupakan tarikan utama bagi pelancong dan ianya adalah pintu gerbang utama bagi pelancong mengunjungi Sarawak.
2. Miri
Miri juga merupakan bandaraya di Sarawak dan bahagian ini wujud kerana kemunculan industri minyak dan gas asli. Kini, Miri merupakan bandar yang semakin pesat dan juga terkenal dengan keindahan alamnya.
3. Bintulu
Bintulu merupakan bahagian ketiga terbesar di Sarawak, dan setelah diisytiharkan bandaraya Sarrawak ianya membangun dengan pesat. Bintulu juga merupakan bahagian yang kaya dengan hasil gas asli di luar pantai Sarawak.
Daripada asal hanya sebuah kampung nelayan yang dikenali dengan hasil lautnya seperti udang, cencaluk dan belacan, Bintulu kini muncul sebagai bandar antarabangsa.
4. Sibu
Sibu merupakan sebuah perbandaran di Sarawak. Ianya terletak di pertemuan Sungai Rajang dengan Sungai Igan kira-kira 60 kilometer (37 batu) dari laut. Daya tarikan Sibu ialah keramahan penduduk di sini. Terdapat juga sebuah bangunan yang tinggi iaitu To Pek Kong yang terletak di perairan Sibu yang jelas kelihatan dari jauh.
5. Mukah
Mukah merupakan bahagian di negeri Sarawak dengan keluasan 2,536 km2. Kawasan pentadbiran bahagian Mukah meliputi bandar Mukah, pekan Balingan dan Selangau mengikut pembahagian kawasan terbaru, Dalat turut dimasukkan dalam bahagian Mukah. Bandar Mukah yang didirikan di tepi Sungai Batang Mukah berada sejauh kira-kira 3.5 jam perjalanan dari Sibu. Di sini, kebanyakan penduduknya adalah berbangsa Melanau.
6. Sri Aman
Nama asalnya dahulu merupakan Simanggang dan kini ianya digelar Sri Aman. Sri Aman inilah yang terkenal dengan kisah buaya lagenda Bujang Senang dan fenomena unik ombak gadang di Sungai Batang Lupar yang digelar benak.
Sungai Batang Lupar merupakan salah satu daripada kira-kira 400 sungai dan muara di dunia yang mengalami fenomena ini. Benak akan muncul dari kuala dan memenuhi sungai dengan cepat dalam jangka masa kira-kira 10 minit. Puncak ombak benak ini boleh mencapai ketinggian 2-3 meter.
7. Limbang
Limbang merupakan sebuah bahagian di Sarawak dan bahagian inilah merupakan pemisah antara tanah besar Brunei dengan Daerah Temburong. Limbang mempunyai satu-satunya pekan yang juga merupakan penempatan penduduk di sana.
8. Betong
Dahulunya Betong merupakan daerah sahaja dan kini ianya dinaiktaraf sebagai salah satu bahagian di Sarawak. Turut merangkumi kawasan bandar Betong sendiri adalah termasuk pekan Debak, Pusa, Sapoh dan kawasan-kawasan sekitarnya.
9. Samarahan
Smarahan juga merupakan bahagian di Sarawak dan ianyamempunyai ibu daerah yang bernama Kota Samarahan. Samarahan ini dikenali sebagai Pusat Pendidikan Tinggi di Sarawak kerana kewujudan UNIMAS (Universiti Malaysia Sarawak), UiTM (Universiti Teknologi Mara), Institut Perguruan Tun Abdul Razak, Institut Latihan Perindustrian, Pusat Sumber Sarawak, INTAN dan Giat Mara.
10. Serian
Serian juga merupakan salah satu bahagian Sarawak dan ianya mempunyai pekan yang digelah Bandar Serian. Bandar Serian juga merupakan kawasan yang strategik dimana ianya terletak dilaluan menuju atau balik daripada bahagian-bahagian lain seperti Betong, Sarikei, Sibu, Bintulu dan Miri. Serian juga merupakan pilihan utama untuk persinggahan bagi mereka yang berurusan ke Bandar-bandar lain di negeri Sarawak.
11. Sarikei
Sarikei ini juga merupakan antara Bahagian di Sarawak. Bandar Sarikei terletak di tepi Sungai Rajang yang merupakan sungai terpanjang di Malaysia. Sarikei didiami oleh pelbagai etnik yang terdiri daripada kaum Cina, Iban, Melayu, Melanau dan lain-lain.
12. Kapit
Akhir sekali bahagian Kapit, ianya mempunyai Bandar Kapit yang terletaknya di tepi sungai Rajang. Ianya boleh dihubungi melalui sungai menggunakan perkhidmatan bot ekspres dan jalan darat dari Bandar Sibu. Bandar Kapit terletak di tengah-tengah antara pekan Song dan Belaga. Kapit ini amat terkenal dengan hasil buah dabai dan juga durian.
Kesimpulannya, pembahagian Sarawak kepada 12 bahagian bukan sahaja memudahkan pengurusan administratif, tetapi juga menggambarkan keunikan dan kepelbagaian budaya serta keindahan alam yang ada di negeri ini.
Setiap bahagian membawa ciri-ciri tersendiri yang menambah kekayaan kepada mozaik budaya dan tradisi Sarawak. Ini menunjukkan komitmen Malaysia dalam memelihara identiti pelbagai etnik dan budaya di Sarawak sambil memajukan negeri ini dalam pelbagai aspek kehidupan.