Ini Adalah 5 Gerai Laksa Yang Anda Boleh Cuba Di Kuching. Anda mungkin sudah berkunjung ke salah satu gerai-gerai ini ataupun pernah dengar dan belum sempat lagi cuba. Sitok kamekorang tolong senaraikan nama-nama gerai beserta dengan lokasi sida. Jum kita tengok gerai-gerai laksa di Kuching yang boleh dikunjung oleh anda!


Golden Arch Cafe
Yes, we know this cafe is almost always dalam senarai gerai-gerai laksa di Kuching tapi tak salah kalau letak reminder kan? Hehe!




Golden Arch Cafe terletak di Lot 8540, Blok, 16, Jalan Datuk Tawi Sli, 93250 Kuching dan memulakan operasi seawal pukul 5 pagi sehingga pukul 1 petang. Mereka beroperasi setiap hari! Fuuuhhh… Hari-hari boleh agak sitok mun ngidam laksa.
Teresa Laksa
Teresa Laksa merupakan antara OG gerai laksa Kuching dan terletak di Kingtop.




Bagi mereka yang nak makan laksa pada waktu senja, Teresa Laksa memulakan operasi pada pukul 6PM.
Pak Amit Cafe
Antara makanan yang dihidang di Pak Amit adalah laksa mereka yang superb!


Pak Amit Cafe telah membuka pelbagai cawangan di seluruh Kuching jadi pilih lah mana-mana diantara cawangan Pak Amit yang anda nak cuba. Udang yang digunakan untuk hidangan pun sentiasa fresh!
Pak Amit Cafe bermulakan operasi hari-hari mulai pukul 8AM sehingga pukul 8PM.
126 Laksa
126 Laksa telah berpindah ke lokasi baharu semenjak beberapa bulan lepas. Lokasi baru kini terletak di Jalan Chan Chin Ann.




Aroma Cafe
Aroma Cafe merupakan sebuah kedai makan yang juga menyediakan perkhidmatan catering. Selain dari menyediakan makanan yang berpelbagaian, Aroma Cafe juga menghidangkan laksa Sarawak yang sedap!


Aroma Cafe terletak di 126, 122, Jalan Tabuan, Taman Budaya, 93100 Kuching dan juga merupakan hotspot orang untuk pergi bermakan tengah hari.
Laksa, The Food That Never Fails To Bring A Smile To Your Face
Hate it or love it, laksa Sarawak memang tidak dinafikan salah satu makanan kegemaran orang Sarawak. Sekiranya anda menetap di Kuching, di mana lagi kedai makan yang menghidangkan laksa Sarawak yang sedap? Bagi mereka yang menetap di luar Kuching, cadangkan kepada kami di mana gerai laksa yang bagus setakat ini? Komen cadangan anda dan jangan lupa untuk share!

