• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Adalah 5 Produk Penjagaan Feminin Dan Bagaimana Membezakannya

Oleh
ILB - AI
8 Jun 2021
Kongsi
8 Min Bacaan
Ini Adalah 5 Produk Penjagaan Feminin Dan Bagaimana Membezakannya

Tahukah anda tak semua wanita tahu membezakan produk penjagaan feminin dan apakah fungsi masing-masing?

Ini Adalah 5 Produk Penjagaan Feminin Dan Bagaimana Membezakannya. Apabila seorang gadis mencapai usia baligh, dia akan mengalami beberapa perubahan badan. Salah satunya adalah mendapatkan haidnya.

Isi Isi Penting
  • Tahukah anda tak semua wanita tahu membezakan produk penjagaan feminin dan apakah fungsi masing-masing?
  • Tuala Wanita
  • Tampon
  • Cawan haid
  • Seluar dalam tuala wanita
  • Cakera haid
  • Buat pilihan yang sesuai untuk anda

Kebiasaannya, kebanyakan wanita akan diajar untuk menggunakan tuala wanita tetapi sebenarnya terdapat banyak pilihan yang boleh dipilih (dan bukan hanya tampon!)

Sekiranya anda seorang wanita yang ingin mencari pilihan alternatif atau seorang lelaki yang ingin memahami dengan lebih baik tentang produk penjagaan feminin ini demi memudahkan anda membeli produk berkenaan untuk teman wanita/isteri/kakak/adik perempuan anda sekiranya perlu, baca terus untuk mengetahui!

Ini Adalah 5 Produk Penjagaan Feminin Dan Bagaimana Membezakannya

Tuala Wanita

Produk penjagaan feminin yang biasa dipakai oleh wanita semasa haid adalah tuala wanita.

Contoh jenama tuala wanita. Kredit: Shopee

Tuala wanita terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz. Bagi para lelaki (yang membaca ini), anda mungkin akan melihat beberapa contoh pad di tempat produk tuala wanita di pasar raya. Untuk ringkaskan, tuala wanita mempunyai dua jenis iaitu bersayap atau tanpa sayap. Sayap tersebut digunakan untuk menahan pad berkenaan di seluar dalam. Sebilangan wanita memerlukannya, sementara yang lain tidak.

Tuala wanita bersayap.
Tuala wanita tidak bersayap (kiri) dan tuala wanita bersayap (kanan).

Dari segi saiz, tuala wanita biasanya terdapat dalam tiga saiz iaitu daytime, maxi, dan overnight. Tuala wanita daytime biasanya lebih nipis dan biasanya digunakan ketika seorang wanita hampir selesai dengan haidnya.

Maxi akan digunakan pada pertengahan haid ketika alirannya masih berat tetapi kurang cukup untuk tidak memerlukan pad overnight.

Tuala wanita overnight adalah pad yang sangat panjang hingga ke hujung bahagian belakang seluar dalam yang lebih tinggi. Seperti yang anda ketahui, haid adalah sejenis cairan sehingga mungkin tumpah ketika seorang wanita tidur jadi mengguna pad yang cukup panjang untuk mencegah kebocoran diperlukan. Sebilangan wanita lebih suka menggunakan tuala wanita overnight walaupun pada waktu siang terutama ketika beberapa hari pertama haid mereka.

Saiz tuala wanita. Dari kiri (overnight), maxi hingga ke kanan (daytime).

Pad biasanya diguna sekali dan dibuang kemudian tetapi kini terdapat pilihan yang boleh digunakan semula seperti pad yang diperbuat daripada kain berkualiti tinggi. Cuci dengan bersih dan gunakan sekali lagi.

Contoh tuala wanita kain yang dapat diguna semula. Kredit: The Sun

Tampon

Diperbuat dari kapas, rayon atau campuran keduanya, tampon adalah produk sekali pakai dalam bentuk silinder.

Produk ini dimasukkan ke dalam vagina dengan aplikator kadbod atau plastik. Terdapat juga wanita yang mahir memasukkannya menggunakan jari mereka untuk memudahkan kemasukan. Untuk mengeluarkannya, cuma tarik tali yang digantung luar vagina.

Contoh tampon. Kredit: Healthline

Seperti tuala wanita, tampon mempunyai pelbagaian termasuk untuk aliran ringan dan deras, bahkan pilihan wangi dan tanpa wangi! Bagi mereka yang sensitif, mereka boleh menggunakan tampon yang diperbuat daripada kapas organik.

Jika badan anda bertoleransi dengan baik, anda langsung tidak dapat merasakannya. Salah satu kebaikan menggunakan tampon adalah ia membolehkan seseorang wanita untuk mengambil bahagian dalam aktiviti lasak seperti berenang atau bersukan.

Kredit: Topical Talks

Saiz tampon adalah lebih kecil berbanding pad jadi ia lebih senang dibawa.

Namun, perlu diketahui kelemahan terbesar tampon adalah ia berpotensi membawa sindrom kejutan toksik (toxic shock syndrom) dan boleh mengancam nyawa. Malah, seorang atlet wanita dilaporkan kehilangan kedua-dua kakinya akibat penggunaan tampon yang kuat menyerap.

Lauren Wasser, seorang atlet dan model, kehilangan kedua-dua kakinya akibat menggunakan tampon yang kuat menyerap. Namun, beliau kini menjadi advocate untuk membantu dan mendidik wanita lain mengenai penggunaan tampon cara betul. Kredit: Hypebae

Namun, risiko ini dapat dielakkan jika tampon yang dipilih adalah tampon yang kurang menyerap dan anda harus menukarnya dengan lebih kerap.

Cawan haid

Produk ini seperti tampon – ia perlu dimasukkan di dalam vagina untuk menangkap aliran darah haid.

Diperbuat daripada silikon, getah, atau elastomer, cawan haid adalah satu alternatif yang menjimatkan kerana ia boleh digunakan semula! Malah, cawan haid boleh bertahan sehingga beberapa tahun – sebuah kos yang menjimatkan jika dibandingkan membeli produk penjagaan feminin setiap bulan.

Contoh cawan haid. Kredit: Healthline

Seperti produk penjagaan feminin lain, ia datang dalam beberapa saiz jadi anda perlu pilih cawan haid yang sesuai untuk anda. Cawan haid dapat dipakai selama 12 jam dan perlu dicuci untuk diguna semula.

Namun, cawan haid juga mempunyai kekurangan iaitu jika anda seorang yang tidak dapat melihat darah, produk ini tidak sesuai untuk anda kerana anda perlu mencucikannya sebelum menggunakannya kembali. Anda mungkin juga tidak biasa memasukkan cawan haid dalam vagina sekiranya anda seorang beginner tetapi anda akan terbiasa jika anda sentiasa praktis.

Cara penggunaan cawan haid.

Seluar dalam tuala wanita

Seperti tuala wanita, seluar dalam tuala wanita merupakan sejenis ‘pad’ tetapi dalam bentuk seluar dalam.

Contoh seluar dalam tuala wanita. Kredit: Working with Grace

Yang membezakannya dengan seluar dalam biasa adalah ia mempunyai pelbagai lapisan. Jadi, ia menjadikan seluar dalam tuala wanita lebih menyerap daripada tampon atau tuala wanita biasa. Ia juga datang dalam pelbagai variasi selain seluar dalam biasa seperti boxer.

Seluar dalam tuala wanita variasi boxer. Kredit: Justdial

Sebilangan wanita menggunakannya sebagai perlindungan back up terutamanya pada waktu malam.

Seperti tuala wanita biasa, seluar dalam tuala wanita hanya dapat digunakan sekali sahaja. Namun, terdapat juga variasi yang boleh dipakai semula – cuma cuci dan use again!

Contoh seluar dalam tuala wanita yang boleh diguna semula.

Cakera haid

Tak ramai wanita mengetahui pilihan ini. Cakera haid merupakan sebuah cincin bulat dan fleksibel yang akan diletak di pangkal cervix. Ia berperanan untuk mengumpulkan darah haid dalam sebuah beg lembut.

Contoh cakera haid. Kredit: Softcup Menstrual Disc

Ia diperbuat daripada polimer bertaraf perubatan dan hanya perlu dimasukkan dengan jari. Ia kemudian akan mengikut bentuk cervix anda dan boleh dipakai sekali hingga 12 jam. Oleh kerana ia kemungkinan besar tidak akan tergelincir, produk ini sesuai untuk individu yang melakukan aktiviti berimpak tinggi.

Bagi mereka yang ingin melakukan hubungan intim semasa wanita tersebut datang haid, produk ini membolehkan sebuah pasangan untuk melakukan hubungan intim – tidak seperti cawan haid yang memerlukan wanita berkenaan untuk mengeluarkannya.

Salah satu kelemahan penggunaan produk ini adalah pembuangan mungkin lebih messy berbanding cawan haid.

Cara penggunaan cakera haid. Kredit: SHE Period

Buat pilihan yang sesuai untuk anda

Bagi wanita yang ingin mencuba produk yang baru, anda boleh pilih antara produk yang disenaraikan di atas mengikut kesesuaian anda. Mana tahu, salah satunya merupakan pilihan yang terbaik untuk anda!

Pilihan yang sesuai akan memudahkan anda!

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Salah Satu Kluster Baharu Di Sarawak Berpunca Daripada Perhimpunan Sosial Menjelang Hari Gawai Salah Satu Kluster Baharu Di Sarawak Berpunca Daripada Perhimpunan Sosial Menjelang Hari Gawai
Next Article Ratu Skuasy Malaysia Datuk Nicol David Bakal Mempunyai Biopik Yang Akan Menggambarkan Kisahnya Ratu Skuasy Malaysia Datuk Nicol David Bakal Mempunyai Biopik Yang Akan Menggambarkan Kisahnya

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?