Kerajaan bayar penerima Bantuan Sara Hidup tambahan RM100 dikreditkan dalam akaun bank pada Mei, tambahan RM50 secara e-tunai – Dr Mahathir
Ini Intipati Pakej Ransangan Ekonomi Malaysia 2020, BSH Ditambah RM150 dan Dipercepatkan. Perdana Menteri Interim Malaysia, Tun Dr Mahathir bin Mohamad hari ini mengumumkan pakej ransangan ekonomi malaysia 2020 bagi mengurangkan impak ekonomi akibat wabak covid19 yang sedang melanda dunia. Pakej ransangan ekonomi ini meliputi pelbagai sektor, terutamanya pelancongan yang kini sedang menghadapi kekurangan permintaan akibat kekurangan pelancong yang datang ke negara Malaysia secara amnya. Nilai pakej ransangan ekonomi ini adalah RM20 billion.

Intipati Pakej Ransangan Ekonomi Malaysia 2020 adalah seperti berikut :
1. BNM sedia Kemudahan Jaminan Bantuan Istimewa RM2 bilion kepada PKS pada kadar 3.75 peratus
2. Semua bank dikehendaki memperkenalkan penangguhan bayaran atau penjadualan semula pinjaman
3. BSN peruntuk RM200 juta kemudahan mikro kredit pada kadar 4 peratus
4. Kerajaan akan beri bayaran secara one-off RM600 kepada pemandu teksi, pemandu bas persiaran, pemandu pelancong dan penarik beca yang berdaftar
5. MAHB akan mengurangkan kadar sewa premis kepada penyewa di lapangan terbang, caj pendaratan dan parkir

6. Elaun khas RM400 sebulan buat doktor, kakitangan perubatan, RM200 kepada Imigresen dan kakitangan lain yang terlibat, berkuatkuasa Feb 2020 hingga wabak COVID-19 berakhir.
7. Kementerian Kesihatan belanjakan RM150 juta bagi pembelian peralatan, ubat dan barangan guna pakai dalam usaha pengawalan jangkitan
8. Kerajaan akan menawarkan potongan berganda kepada perbelanjaan majikan ke atas latihan bagi sektor pelancongan
9. RM100 juta geran padanan kepada Pembangunan Sumber Manusia Berhad untuk biayai tambahan 40,000 pekerja daripada sektor pelancongan dan sektor lain yang terkesan
10. Untuk rangsang permintaan domestik, caruman minimum KWSP dikurangkan empat peratus dari 11 kepada 7 peratus
11. Peruntukkan RM50 juta untuk subsidi pembiayaan kursus jangka pendek dalam bidang digital, berkemahiran tinggi, dijangka beri manfaat kepada 100,000 rakyat

12. Kerajaan akan sediakan geran padanan untuk mempromosi pelancongan, dengan peruntukan sebanyak RM500 juta
13. Baucer digital bagi pelancongan domestik sehingga RM100 seorang untuk penerbangan domestik, keretapi dan penginapan di hotel berlesen – PM Interim Dr Mahathir
14. Pelepasan cukai individu sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan pelancongan domestik
15. Bayaran ansuran Bantuan Sara Hidup pada bulan Mei sebanyak RM200 diawalkan ke Mac 2020
16. Kerajaan bayar penerima Bantuan Sara Hidup tambahan RM100 dikreditkan dalam akaun bank pada Mei, tambahan RM50 secara e-tunai
17. Kerajaan longgarkan arahan untuk mengehadkan penggunaan hotel oleh agensi kerajaan

18. Peruntukan RM1 bilion galakkan aktiviti pengeluaran makanan untuk penuhi permintaan domestik dan eksport
19. SKMM akan melabur sebanyak RM3 bilion untuk kerja berkaitan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara
20. BNM sediakan Kemudahan Automasi dan Pendigitalan PKS bernilai RM300 juta
21. BNM sediakan Kemudahan Automasi dan Pendigitalan PKS bernilai RM300 juta
22. 10,000 usahawan tempatan diberi RM1,000 seorang untuk jual produk dan barangan dalam platform e-dagang
23. MDEC diberi peruntukan tambahan RM20 juta untuk program Perkhidmatan e-Dagang Setempat bagi naik taraf Pusat Internet Desa
24. Peruntukan tambahan RM2 bilion laksana segera penyelenggaraan, pembaikan infrastruktur kecil seluruh negara
25. Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia akan mengecualikan yuran penyenaraian LEAP, ACE dan syarikat bermodal pasaran kurang RM500 juta dalam pasaran utama
Tun Dr Mahathir juga menjelaskan bahawa Dewan Rakyat akan bersidang pada 2 Mac 2020 bagi menentukan Perdana Menteri yang baharu. Beliau turut mengatakan Tan Sri Muhyiddin Yasin berkemungkinan menjadi calon Perdana Menteri dari Bersatu. Selain itu, Dr Mahathir turut menjelaskan mengenai Kerajaan Perpaduan, di mana menteri yang dilantik tidak akan mewakili mana mana parti politik.