I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Ini Panduan Memohon Kad Nikah Bagi Pasangan Berkahwin Di Sarawak
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Panduan Memohon Kad Nikah Bagi Pasangan Berkahwin Di Sarawak

Oleh Nur Afifah 6 Januari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Bagi memudahkan urusan pasangan berkahwin sekiranya berlaku apa-apa kecemasan.

Ini Panduan Memohon Kad Nikah Bagi Pasangan Berkahwin Di Sarawak. Mesti anda rasa leceh bila anda harus membawa surat perakuan nikah yang besar setiap kali hendak keluar atau berbulan madu bersama pasangan kan?

Apatah lagi surat perakuan nikah bersaiz agak besar dan perlu dilipat agar dapat dimuatkan di dalam dompet. Bagi mereka yang rajin, surat perakuan nikah ini difotokopi kepada saiz yang lebih kecil dan dibuat kad laminate.

Kredit foto: FB Julie Zarina & Yaya Adellea

Namun kini, anda tidak perlu lagi risau kerana kad perakuan nikah kini boleh dipohon untuk pasangan berkahwin di Sarawak. Alhamdulillah!

Ini langkah-langkahnya

Bagaimana untuk memohon? Senang sahaja. Ikuti panduan selanjutnya yang kami kongsikan dalam artikel ini.

Langkah 1 : Masuk ke laman sesawang Khidmat Islam Sarawak

Langkah 2 : Daftar masuk menggunakan SarawakID anda.

Akaun SarawakID merupakan akaun sama yang anda gunakan untuk mendaftar masuk ke aplikasi SarawakPay, eRecruitment dan portal kerajaan Sarawak yang lain.

Langkah 3 : Klik pada ‘Munakahat’ dan tekan ‘Permohonan Kad Nikah’

Ini Panduan Memohon Kad Nikah Bagi Pasangan Berkahwin Di Sarawak
Ini Panduan Memohon Kad Nikah Bagi Pasangan Berkahwin Di Sarawak

Langkah 4 : Lengkapkan maklumat peribadi anda serta pasangan.

Sebelum itu, jangan lupa untuk membenarkan akses portal tersebut kepada maklumat anda di dalam akaun SarawakID.

Ini Panduan Memohon Kad Nikah Bagi Pasangan Berkahwin Di Sarawak

Kemudian, teruskan untuk mengisi maklumat daerah permohonan, maklumat peribadi, nombor siri serta nombor pendaftaran sijil perakuan nikah anda.

Ini Panduan Memohon Kad Nikah Bagi Pasangan Berkahwin Di Sarawak

Langkah 5 : Muat naik dokumen yang dikehendaki ke dalam portal permohonan.

✅ Gambar berukuran passport suami dan isteri. Sila pastikan gambar yang anda muat naik hendaklah bersaiz kurang daripada 5MB.

✅ Salinan kad pengenalan suami dan isteri

✅ Salinan sijil nikah

Langkah 6 : Sahkan perakuan maklumat dan simpan

Jika anda telah selesai mengisi maklumat anda serta berpuas hati dengan dokumen yang telah anda muat naik, anda boleh menekan punat ‘Simpan dan hantar’.

Namun, sekiranya ada ruangan yang belum anda isi, anda boleh memilih untuk menekan punat ‘Simpan’ untuk anda kemas kini kemudian.

Langkah 7 : Semak status permohonan anda.

Anda boleh pergi menekan butang “Permohonan Saya” untuk menyemak status permohonan anda. Sila pastikan sekali lagi bahawa maklumat penting seperti nama dan nombor siri dan sijil anda betul. Jika adan telah berpuas hati, tekan “Slip Hadir ke Pejabat” untuk mencetak slip ini.

Bawa slip ini ke pejabat Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) bersama salinan dokumen penting seperti salinan kad pengenalan suami/isteri, surat perakuan nikah, serta gambar berukuran passport suami dan isteri untuk pengesahan permohonan anda secara fizikal.

Anda akan menerima notifikasi pada emel sekiranya kad anda telah siap untuk diambil.

Ini Panduan Memohon Kad Nikah Bagi Pasangan Berkahwin Di Sarawak

Siap!

Mudah saja rupanya. Jadi, kepada pasangan Muslim yang sudah berkahwin di Sarawak, tak perlulah anda susah-susah nak laminate surat nikah anda untuk dibawa ke mana-mana.

Selamat memohon!

Ini pula adat perkahwinan terlarang dalam masyarakat Iban:

Jadi Mali, Adat Pernikahan Iban Untuk Pasangan Cinta Terlarang
Wanita Dari Kuching Ini Gembira Netizen Edit Gambar Kahwin Bersama Arwah Ibu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Angkara Kedegilan Dayang Petera, Ini Mitos Kenapa Beras Jadi Kecil Dan Rumit Dituai Angkara Kedegilan Dayang Petera, Ini Mitos Kenapa Beras Jadi Kecil Dan Rumit Dituai
Next Article Hasil Eksperimen Lelaki Ini Bongkar Aktiviti Pengintipan Data Aplikasi TikTok Hasil Eksperimen Lelaki Ini Bongkar Aktiviti Pengintipan Data Aplikasi TikTok

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Event Menarik 19 Mei 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?