Ikuti beberapa langkah mudah ini!
Ini Panduan Tempah Tiket Diskaun Khas AirAsia, Batik Air Dan MAS Untuk Penumpang MYAirline Terjejas. Hari ini, MYAirline telah mengambil tindakan mengejut dengan mengumumkan penggantungan operasi secara mendadak. Tindakan ini telah mengejutkan ramai pihak lebih-lebih lagi kepada penumpang yang terjejas.
Difahamkan, mereka tidak mendapat sebarang notis daripada pihak MYAirline dan penumpang yang terjejas dikatakan masih terkandas di lapangan terbang.

Simpati dengan nasib para penumpang yang terjejas 3 syarikat penerbangan ternama iaitu AirAsia, Batik Air dan Malaysia Airline menawarkan diskaun khas kepada penumpang MYAirline yang terkandas.
Berikut merupakan panduan untuk menempah tiket diskaun khas daripada 3 syarikat ini:
Air Asia
- Pergi ke kaunter AirAsia yang berdekatan dengan anda
- Penumpang yang terjejas boleh menunjukkan pengesahan tempahan penerbangan MYAirline mereka di Kaunter Jualan AirAsia.
- Kaunter Jualan terdapat di KL Sentral di Kuala Lumpur, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Terminal 2) di Sepang, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Lapangan Terbang Antarabangsa Penang, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (Kota Bharu), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Lapangan Terbang Tawau, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueng dan Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok.
- Tambang asas 50 peratus adalah untuk tambang sehala tidak termasuk cukai lapangan terbang, bayaran MAVCOM, surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan. **Tertakluk kepada terma dan syarat lain
Batik Air
- Sertakan salinan tiket MYAirline anda.
- Hantar tempahan melalui e-mel ke [email protected].
- Tawaran ini sah untuk perjalanan hingga 30 November dan ketersediaan tempat duduk adalah bergantung kepada kekosongan.
- Tiket Destinasi Khas: Batik Air menawarkan harga tetap untuk destinasi terpilih iaitu Penang (RM 129), Langkawi (RM159), Kuching (RM 199), Kota Kinabalu (RM 299), Bangkok (Don Muang)
- Maklumat Tambahan: Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran ini, boleh hubungi [email protected].

Malaysia Airline
- Paparkan Tiket MYAirline: Pastikan anda mempunyai tiket MYAirline yang sah sebagai bukti pembelian anda.
- Kunjungi Pejabat Tiket Malaysia Airlines: Untuk mendapatkan tawaran ini, anda perlu mengunjungi salah satu pejabat tiket Malaysia Airlines yang berdekatan.
- Dapatkan Diskaun 55%: Apabila membuat tempahan, tunjukkan tiket MYAirline anda untuk menerima potongan harga sebanyak 55% pada tiket penerbangan di laluan yang terjejas.
- Tarikh Perjalanan: Tawaran ini sah untuk perjalanan sehingga November 2023.
