• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Resepi Mudah Cucur Cempedak Goreng Kurang Minyak Tapi Garing Yang Anda Mesti Cuba

Oleh
Husna Hazmi
3 Disember 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Jom cuba resepi mudah yang pasti menjadi ini!

Ini Resepi Mudah Cucur Cempedak Goreng Kurang Minyak Tapi Garing Yang Anda Mesti Cuba. Musim buah sudah tiba, pelbagai jenis buah-buahan tempatan kegemaran rakyat Malaysia sudah mula dijual merata-rata tempat. Buah cempedak merupakan buah pilihan ramai kerana rasanya yang lemak manis dan baunya yang harum memang akan memikat selera sesiapa sahaja.

Ini Resepi Mudah Cucur Cempedak Goreng Kurang Minyak Tapi Garing Yang Anda Mesti Cuba
Ini Resepi Mudah Cucur Cempedak Goreng Kurang Minyak Tapi Garing Yang Anda Mesti Cuba. Kredit Gambar: Ahmad Shukri Amiruddin

Cakap sahaja tentang cempedak, mesti cucur cempedak terngiang-ngiang dalam fikiran anda kan? Jadi kali ini, kami akan berkongsi resepi yang ditemui di Mingguan Wanita cara goreng cucur cempedak yang kurang berminyak dan semestinya rangup!

Seorang peniaga cucur cempedak iaitu, Ahmad Shukri Amiruddin berkongsi resepi untuk buat bancuhan tepung cempedak yang garing, rangup dan kurang berminyak.

Banyak resepi boleh digunakan untuk memasak cempedak. Ini resepi yang saya guna untuk berniaga cempedak goreng di warung saya setiap kali musim cempedak. Amat mudah sekali bahan-bahannya.

“Resepi turun temurun dari keluarga, cara orang kampung goreng cempedak supaya cempedak garing, rangup tidak berminyak.

“Yang penting tidak menggunakan soda bikarbonat. Saya sertakan juga beberapa petua.” ujarnya

Ini Resepi Mudah Cucur Cempedak Goreng Kurang Minyak Tapi Garing Yang Anda Mesti Cuba

Resepi Cempedak Goreng

  1. Cempedak (Kalau nak lebih sedap boleh guna Cempedak Madu)
  2. Tepung Beras Sepeket untuk sebiji cempedak
  3. Marjerin atau minyak 3 sudu
  4. Air kapur makan 2 sudu
  5. Garam secukup rasa.
  6. 2 cawan air suam.
  7. Kunyit 1 sudu kecil
Ini Resepi Mudah Cucur Cempedak Goreng Kurang Minyak Tapi Garing Yang Anda Mesti Cuba
Kredit Gambar: Ahmad Shukri Amiruddin

Cara-caranya

  1. Gaul semua bahan-bahan di atas sehingga agak pekat. Jangan terlalu cair.
  2. Panaskan minyak dan boleh goreng cempedak.
Ini Resepi Mudah Cucur Cempedak Goreng Kurang Minyak Tapi Garing Yang Anda Mesti Cuba
Kredit Gambar: Ahmad Shukri Amiruddin

Petua Goreng Cempedak

  1. Jangan rendam cempedak dalam bancuhan tepung. Cempedak akan kembang. Hal ini akan menyebabkan cempedak berminyak. Masa hendak masak baru celup cempedak dalam tepung dan terus goreng.
  2. Jangan goreng cempedak dalam kuantiti yang banyak. Cempedak akan melekat manakala kulit tepungnya akan terkoyak.
  3. Tepung yang cair akan menghasilkan bentuk cempedak yang tidak cantik dan tidak rangup.
  4. Air kapur makan berfungsi sebagai perangup tepung.

Selamat mencuba dan kongsi cempedak goreng anda bersama dengan orang yang tersayang tau, lagi enak jadinya!

SUMBER :Mingguan Wanita
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenali Bak, 'Baby Carrier' Masyarakat Kenyah Yang Unik Dan 'Rare' Di Sarawak Kenali Bak, ‘Baby Carrier’ Masyarakat Kenyah Yang Unik Dan ‘Rare’ Di Sarawak
Next Article Menghidangkan Nasi Lemak Sedap, Anda Harus Cuba Gerai Nasi Lemak Ini Menghidangkan Nasi Lemak Sedap, Anda Harus Cuba Gerai Nasi Lemak Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?