Inilah 5 Port Penjualan Bunga Jambak Sempena Hari Valentine Di Kuching. Aaa… tahu ada mun Valentine’s Day dah dekat, start lah gerai-gerai bunga buka kat tepi jalan.
Bagi mereka yang rushing nak balik dari kerja untuk sambut hari kekasih ini dengan orang tersayang tetapi tidak sempat untuk buat tempahan bunga di kedai bunga, jangan risau! Anda boleh singgah di tepi jalan untuk membeli bunga jambak buat kekasih, yang penting it’s the thought that matters, kan?
Kebiasaannya, gerai-gerai bunga ini akan buka di mana-mana stesen bas tapi kami akan memberi tumpuan kepada gerai bunga di kawasan tertentu.

MJC New Township
Bagi mereka yang berdiam di berhampiran MJC New Township, Batu Kawah, anda boleh singgah di kawasan ini di mana beberapa gerai bunga akan didirikan di tepi jalan.

Ban Hock
Jika anda berada di kawasan pusat bandar, anda boleh bersinggah di gerai-gerai bunga yang didirikan di tepi jalan kawasan Ban Hock. Gerai-gerai ini akan bermula daripada kedai Lok-Lok sehingga ke hujung jalan.

Taman Sahabat
Memang patut lah dirikan gerai bunga sitok, sebab bunga-bunga yang akan dibeli khas pakai sahabat yang special. Eh!
Sebelum pergi ke wayang atau makan malam dengan pasangan, boleh juga singgah ke sini untuk membeli bunga atau hadiah untuk pasangan, alang-alang naik ke pusat bandar kan? Hehe!

Premier 101
Hati-hati ketika driving di sini sebab kawasan ini mudah sesak terutamanya masa orang balik dari kerja atau masa dinner time. Terdapat banyak kedai makanan yang terletak di sini jadi memang jalan ini akan sesak dengan mudah.
Anda boleh juga gunakan kesempatan ini untuk membawa pasangan anda makan di kawasan ini dan curi-curi beli sejambak bunga dari gerai yang ada disini.

Hospital Timberland
Bukan bunga pakai beri member dalam hospital, aok?
Sekiranya anda di kawasan Batu Tiga, anda boleh singgah ke gerai bunga berhampiran dengan Hospital Timbaland.

Masih Ada Masa Untuk Menempah?
Sekiranya anda berminat untuk menempah gubahan bunga atau coklat (atau bunga DENGAN coklat sekali dalam satu gubahan), anda boleh menempah daripada Wawai Gifts. Mereka boleh menyediakan gubahan bunga coklat dalam pelbagai tema mengikut permintaan pelanggan!

Jika anda lupa untuk menempah bagi pasangan anda, anda masih boleh membeli bunga di mana-mana gerai yang disenaraikan di atas. Sayang lokkk!
Di mana lagi port membeli bunga selain kawasan-kawasan di atas? Komen dan jangan lupa share!