I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Inilah Lagenda Tasik Penyilem, Asal Usul Masyarakat Vaie
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Inilah Lagenda Tasik Penyilem, Asal Usul Masyarakat Vaie

Last updated: 23/12/20 4:53 PM
Kedung BK
Kongsi
11 Min Bacaan
Inilah Lagenda Tasik Penyilem, Asal Usul Masyarakat Vaie
Kongsi

Asal usul orang keturunan Vaie

Inilah Lagenda Tasik Penyilem, Asal Usul Masyarakat Vaie. Setiap komuniti mempunyai kisah asal usul mereka. Bagi masyarakat Vaie, terdapat sebuah cerita rakyat yang menjelaskan asal usul umat mereka yang terdiri daripada ular raksasa dan bagaimana dua adik-beradik menjadi ancestor para kaum Vaie.

Amaran: Cerita ini mengandungi kandungan dewasa.

Inilah Lagenda Tasik Penyilem, Asal Usul Masyarakat Vaie

Bermula dengan persediaan untuk melakukan pengebumian bagi menghormati kematian ketua kampung

Kisahnya bermula dengan 3 kampung di Penyilem yang sedang bersiap untuk melakukan pengebumian untuk menghormati kematian salah seorang ketua mereka. Si mati meninggalkan seorang isteri, Surik, dan cucu mereka iaitu Setuk dan Sulak.

Sulak, atau juga dikenali sebagai ‘Betaw’ ialah abang Setuk, manakala Setuk, juga dikenali sebagai ‘Nya’, ialah adiknya. Mereka berdua berada di bawah jagaan datuk dan nenek mereka sejak ibu bapa mereka meninggal dunia.

Sebagai penyediaan untuk upacara pengebumian, penduduk kampung telah mendirikan sebatang tiang kayu dan meletakkan ketua mereka di atas. Ini adalah cara tradisional masyarakat Vaie untuk menghormati pemimpin mereka pada zaman dahulu.

Pagi sebelum upacara, semua penduduk kampung pergi ke sungai untuk menangkap udang dan ikan dengan jala untuk makan selamat selepas pengebumian. Sementara itu, Surik dan cucu-cucunya tinggal di kampung kerana mereka masih berkabung.

Pada malam itu, seekor ular raksasa muncul di bawah rumah panjang mereka dan memakan semua ayam di kandang penduduk kampung semasa Surik dan cucu-cucunya tidur. Semua ayam ternakan dimakan, dan hanya bulu mereka sahaja tersebar di seluruh kampung. Semasa ini, Surik, Betaw, dan Nya tidak menyedari apa-apa.

Kredit: Smithsonian Institution

Penduduk kampung kembali ke kampung, menyedari semua ayam sudah tiada

Pada keesokan harinya, semua penduduk kampung kembali gembira dengan hasil tangkapan mereka.

Apabila mereka tiba ke rumah panjang, mereka melihat bahawa semua binatang ternakan mereka telah hilang. Segelintir pemuda marah dengan keadaan ini, malah menyalahkan Surik dan cucu-cucunya atas kejadian tersebut.

Bulu-bulu ayam sahaja tertinggal.

Namun, Surik membantah tuduhan mereka kerana ia mustahil untuk mereka bertiga memakan semua ayam itu sendiri.

Walaupun begitu, semua penduduk kampung kekal menuduhi Surik dan cucu-cucunya, dan tercetuslah hujah antara kalangan penduduk kampung. Mereka ingin menghukumkan Surik, Betaw, dan Nya hingga mati.

Tiba-tiba, Surik mengingati bahawa semasa dia tidur, dia telah mendengar suara pernafasan yang berat dan semua ayam berbunyi ketakutan, diikuti dengan kesunyian sepenuhnya. Surik kemudian mengatakan bahawa dia takut melihat apa yang sedang berlaku ketika itu.

Surik hanya mampu dengar sahaja bunyi ‘seram’ itu kerana dia takut melihat sendiri keadaan sebenar. Kredit: DeviantArt

Penduduk kampung segera mencari ‘punca’, temu jejak ular sebesar pokok tapang

Setelah Surik menjelaskan apa didengarinya semalam, semua penduduk kampung terus mencari petanda di sekeliling kampung dengan harapan untuk mendapatkan jawapan.

Akhirnya, mereka menemui jejak ular sebesar pokok tapang di bawah rumah panjang mereka. Mereka mengikutinya ke sebuah kolam berhampiran Tasik Penyilem.

Di sini, mereka melihat di hadapan mereka, seekor ular raksasa sedang tidur setelah memuaskan rasa laparnya.

Ular itu didapati sedang tidur setelah memuaskan kelaparannya. Kredit: One Piece Role-Play Wiki

Penuh dengan kemarahan dan dendam, penduduk kampung menyerang ular itu tetapi tiada hasil. Malah, tiada senjata, pedang, dan sumpit dapat mencederakan ular tersebut.

Hampir berputus asa, mereka terkejut apabila ular tersebut mengatakan,

“Jika kamu ingin membunuh saya, gunakan kayu bemban.”

Mereka segera mencari pokok bemban di sekitar tasik dan apabila menemui sebatang kayu bemban, mereka menusuknya ke dalam ular itu.

Hanya kayu bemban sahaja boleh membunuh ular itu. Kredit: Koleksi Teras Kayu dan Batu

Darah ular tersebut lalu mengalir ke sungai dan akhirnya, ular tersebut berjaya dibunuh. Susulan itu, penduduk kampung memotongnya dan membawanya kembali ke kampung.

Dijadikan makanan untuk upacara

Setelah tiba di rumah panjang, potongan ular itu dimasak manakala kepalanya dipanggang sebagai makanan untuk upacara mereka. Ekornya pula diberikan kepada Surik.

Setibanya waktu malam, upacara dimulakan di Kampung Julan dengan nyanyian atau saod. Sementara itu, Surik dan cucu-cucunya tinggal di bilik mereka, masih dalam kesedihan.

Upacara tersebut diakhiri dengan kenduri di mana daging ular tersebut dijadikan makanan. Namun, semasa mereka semua makan, seorang wanita yang tidak dikenali muncul dan bertanya kepada penduduk kampung di manakah suaminya. Walau bagaimanapun, tiada sesiapa kenali suami wanita terbabit.

Kredit: LiveAbout

Enggan berputus asa, wanita tersebut berjalan ke hujung rumah panjang sehingga dia tiba ke bilik Surik. Pada masa ini, Surik dan cucu-cucunya baru sahaja hendak makan.

Melihat ada tetamu di bilik mereka, Surik mengajak wanita tersebut untuk bermakan dengan mereka. Wanita itu kemudian bertanya adakah Surik telah melihat suaminya.

Alangkah terkejut wanita tersebut apabila dia melihat ekor ular tersebut sedang dimasak.

“Itu suami saya! Adakah kau sudah memakannya?!” tanya wanita itu.

Surik menjawab ‘tidak’, lalu berkata mereka hanya makan udang.

“Jika demikian, cepatlah lari dari sini!” kata wanita itu dalam keadaan marah.

Isteri membalas dendam

Apabila wanita tersebut mengatakan amaran tersebut, dia berubah menjadi seekor ular raksasa. Takut melihat ular tersebut, Surik berlari ke arah cucu-cucunya sambil menjerit,

“Buwaw! Buwaw! Nyipa azah gik tunen telow!” (Lari! Lari! Ular raksasa datang untuk memakan kita!)

Nya dan Betaw terkejut dan berlari bersama nenek mereka. Mereka melompat ke semak di belakang rumah panjang mereka dan tidak menoleh ke belakang.

Semasa mereka melarikan diri, langit menjadi guruh dan kemudian dipenuhi dengan kilat, diikuti dengan hujan lebat. Penduduk kampung panik apabila melihat ular tersebut menuju ke arah mereka. Mereka berlari berselerak ketika ular itu memakan semua orang yang dilihatnya.

Rumah panjang pula mula bergegar dan jatuh, seluruh kawasan mulai banjir, dan Kampung Julan tenggelam, begitu juga dengan dua kampung yang berhampiran. Tiada siapa yang selamat kecuali Surik dan cucu-cucunya.

Wanita tersebut berubah menjadi seekor ular gergasi setelah menyedari suaminya dijadikan hidangan untuk upacara pengebumian itu. Kredit: Pinterest

Mereka yang terselamat hanya mampu berlari melalui semak tebal dalam kegelapan sehingga tiba ke sungai.

Nenek dibaham, cucu-cucu menggunakan tepus untuk menakutkan ular itu

Setiba mereka di sungai itu, Surik menyuruh cucunya memotong tanaman tepus yang mereka lihat. Ketika mereka berjalan di sepanjang tebing sungai, ular terbabit muncul sekali lagi dan tiba-tiba memakan Surik.

Kredit: Dedaun Alam

Betaw dan Nya hanya mampu menjerit dalam ketakutan ketika melihat nenek mereka ditelan. Pada masa itu, Betaw mengambil adiknya dan melompat ke dalam sungai. Sungai ini kemudian digelar ‘Sungai Benaong’ kerana perkataan benaong bermaksud periuk nasi dalam bahasa Vaie. Sungai ini dinamakan itu kerana ketika Betaw melompat ke dalam sungai dengan adiknya, sebuah periuk beras diikat di pinggangnya. Periuk itu lalu tenggelam ke dalam sungai, oleh itu sungai tersebut digelar Sungai Benaong hingga hari ini.

Apabila dua adik-beradik itu tiba di seberang sungai, mereka terus melarikan diri. Ketika mereka berlari, Betaw teringat kata-kata terakhir neneknya apabila dia melihat beberapa tanaman tepus. Dia kemudian memotongnya dan melaluinya.

Ular tersebut yang mengikuti mereka telah kehilangan mereka dari pandangannya. Hal ini kerana tanaman tepus itu telah tumbuh kembali, seolah-olah sudah lama tidak dipotong, sedangkan ular itu pasti ia telah melihat orang melalui jalan itu.

Sementara itu, Betaw dan Nya berjalan ke hilir Penyilem, sehingga mereka tiba di Sungai Binyo. Sekali lagi Betaw melompat ke dalam sungai sambil mendukung adiknya untuk menyeberangi sungai itu. Kali ini, tali pinggang kain Betaw terputus. Ini menjadikan bahagian sungai itu disebut Levhaw Tabhik.

Berjaya melarikan diri dari ular raksasa, adik-beradik menjadi nenek moyang masyarakat Vaie

Apabila adik-beradik itu tiba ke tebing sungai, semangat yang mengambil bentuk rusa tikus berwarna putih, Pabhes Mapuk muncul dan mengajak mereka untuk menaiknya.

Kredit: WPClipart

Adik-beradik itu naik di punggung rusa itu dan tergesa-gesa pergi, berjalan menuju ke bukit. Sementara itu, ular raksasa terbabit masih mengejar mereka dari belakang.

Ketika mereka sampai di sebuah lembah yang dikenal sebagai Teguk Nyaled, rusa tikus itu berhembus seolah-olah sedang mengucapkan mantra atau ‘doa’ untuk memanggil ribuan semut hitam berbisa. Semut lalu muncul dan mnegerumuni seluruh tempat.

Apabila ular itu tiba, ia terancam oleh semut-semut berbisa terbabit dan memutuskan untuk beredar dari situ.

Akhirnya, Betaw dan Nya sudah selamat!

Setelah berakhirnya kejadian bales (sumpahan) itu, mereka membina sebuah pondok untuk dijadikan tempat tinggal dan merkea menetap di atas sebuah bukit.

Bukit ini digelar ‘Bukit Guem’, berhampiran muara Sungai Binyo.

Pada suatu hari, Betaw dan Nya pergi berburu di hutan berhampiran. Semasa mereka sedang menjejak binatang, mereka melihat sepasang tupai sedang mengejar di atas dahan. Betaw telah bersedia untuk menyumpit tupai-tupai itu tetapi sebelum Betaw melepaskan nafasnya, tupai tersebut mula mengawan.

Terkejut dengan apa yang mereka lihat, mereka meniru tindakan tupai tersebut, walaupun mereka adalah saudara kandung.

Sejak itu, mereka melahirkan orang pertama di Penyilem. Mereka ini dipercayai adalah nenek-nenek moyang masyarakat Vaie dan Punan, di mana generasi pertama adalah Ugak Menator dan Ugak Pileh, kemudian Serenay, Serenik, Ubong dan Busang.

Maka, ini ialah kisah Tasik Penyilem yang hampir dilupakan.

Baca lagi cerita rakyat masyarakat Borneo lain:

Kedung BK 23 Disember 2020
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 4 Kedai Makan Terbaik, Yang Anda Mesti Cuba Jika Berkunjung Ke Miri
Next Article Mencari Idea Masakan Lazat, Ini 5 Youtuber Masakan Malaysia Yang Mesti Anda Tonton

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Cerita Borneo

Penemuan Baharu, Satu Lagi Serpihan Roket China Ditemui Di Miri

9 Ogos 2022
Cerita Borneo

Ini Sebab Mengapa Pesilat Non-Muslim Sabah Ini Mahu Bertudung Semasa Bersilat

8 Ogos 2022
Bakal Menjadi Sky Bar Pertama Di Kuching, Hotel Impiana Yang Terbengkalai Kini Diubah Suai
Cerita Borneo

Bakal Menjadi Sky Bar Pertama Di Kuching, Hotel Impiana Yang Terbengkalai Kini Diubah Suai

8 Ogos 2022
Cerita Borneo

Ketahui 5 Makam Yang Terkenal Di Sarawak Dan Kisah Disebalik Mereka

8 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?