I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Inilah Pillars Of Sabah, Tiang Mural Haiwan Eksotik Yang Instaworthy Di Kota Kinabalu
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Inilah Pillars Of Sabah, Tiang Mural Haiwan Eksotik Yang Instaworthy Di Kota Kinabalu

Nur Afifah 3 Februari 2020
Kongsi
4 Min Bacaan
Kongsi

Jadi Port Bergambar Memang Cun Sangat Ni!

Inilah Pillars Of Sabah, Tiang Mural Haiwan Eksotik Yang Instaworthy Di Kota Kinabalu. Seperti yang anda tahu, Kota Kinabalu merupakan sebuah bandaraya yang kaya dengan seni dan destinasi unik yang boleh anda lawati. Bukan itu sahaja, tarikan terbaru di Sabah ini pasti membuatkan anda tidak akan berenggang dengan kamera anda.

Cuba kunjungi Pillars Of Sabah. Sebuah kawasan bangunan tinggal yang diubah menjadi ruang seni yang cantik dan semestinya, instaworthy! Ruang seni ini mempamerkan lukisan mural bertemakan haiwan eksotik yang ada di negeri Sabah.

Inilah Pillars Of Sabah, Tiang Mural Haiwan Eksotik Yang Instaworthy Di Kota Kinabalu
Kredit : FB Pillars of Sabah
Inilah Pillars Of Sabah, Tiang Mural Haiwan Eksotik Yang Instaworthy Di Kota Kinabalu
Inilah Pillars Of Sabah, Tiang Mural Haiwan Eksotik Yang Instaworthy Di Kota Kinabalu. Kredit : FB Pillars of Sabah

Ilham Artis Tempatan Sabah, Sekarang Dah Jadi Pillars of Sabah 2.0!

Projek Pillars of Sabah 2.0 ini merupakan ilham seorang artis tempatan Sabah, Red Hong Yi bersama rakan pereka, Melissa Lo dan pembikin filem, Jared Abdul Rahman. Tujuan utama projek ini adalah untuk menyalurkan kesedaran kepada orang awam tentang spesis terancam di Sabah. Pillars of Sabah edisi yang pertama mula dipamerkan kepada umum pada tahun 2018 dengan lukisan individu yang signifikan dengan negeri Sabah sebelum dicat semula untuk edisi 2.0.

Kredit : FB Pillars of Sabah
Kredit : FB Pillars of Sabah

Untuk pengetahuan anda, tapak ruang seni yang santai ini pada asalnya merupakan tapak bangunan Jabatan Kebajikan yang terbakar pada tahun 1992. Sejak itu, hanya 30 tiang asas yang tinggal menyebabkan kawasan ini terbengkalai lama.

Tiang-tiang yang terbengkalai tersebut ditransformasikan menjadi kanvas seni artis-artis tempatan. Setiap satu daripadanya dilukis dengan spesis haiwan laut dan darat yang diolah dengan elemen realistik. Jika diamati, lukisan berwarna-warni tersebut mengandungi mesej yang menggambarkan kebimbangan terhadap ancaman kepupusan haiwan. Tiang tersebut juga dilengkapi dengan maklumat terperinci tentang haiwan-haiwan terbabit bagi memupuk kesedaran untuk melindungi hidupan liar.

Kredit : FB Pillars of Sabah
Kredit : FB Pillars of Sabah

Lukisan Muralnya Comel-Comel Belaka. Sun Bear Pun Ada Tau!

Inilah Pillars Of Sabah, Tiang Mural Haiwan Eksotik Yang Instaworthy Di Kota Kinabalu
Kredit : FB Pillars of Sabah
Inilah Pillars Of Sabah, Tiang Mural Haiwan Eksotik Yang Instaworthy Di Kota Kinabalu
Kredit : FB Pillars of Sabah

Projek komuniti ini disokong sepenuhnya oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu serta WWF-Malaysia dengan tajaan Nippon Paint Malaysia. Antara haiwan yang menghiasi tiang mural ini ialah tenggiling Sunda, dugong, binturong, badak Sumatera, beruang madu Borneo, penyu hijau, karang, gajah Pygmy Borneo dan banyak lagi.

Kredit : FB Pillars of Sabah
Kredit : FB Pillars of Sabah
Inilah Pillars Of Sabah, Tiang Mural Haiwan Eksotik Yang Instaworthy Di Kota Kinabalu
Kredit : FB Pillars of Sabah
Inilah Pillars Of Sabah, Tiang Mural Haiwan Eksotik Yang Instaworthy Di Kota Kinabalu
30 lukisan mural pelbagai haiwan terancam menghiasi Pillars of Sabah 2.0. Kredit : FB Pillars of Sabah

Ruang seni ini terletak di tapak bangunan Jabatan Kebajikan, Jalan Haji Saman. Untuk memudahkan pencarian anda, tapak ini betul-betul bersebelahan dengan bangunan Bank HSBC, Kota Kinabalu. Jangan lepaskan peluang anda untuk melawat ke sini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup anda. Manalah tahu kunjungan anda yang seterusnya akan diganti dengan seni lukisan mural 3.0 pula kan?

Persediaan Dan Aktiviti Jika Anda Berkunjung Ke Sini

  • Mengambil gambar kenang-kenangan
  • Cas bateri kamera atau telefon bimbit anda secukupnya
  • Bawa payung atau topi
  • Bawa air secukupnya jika anda tidak mahu kehausan
  • Gunakan sunscreen kerana kawasan ini tidak berbumbung

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Pillars of Sabah ini, anda boleh layari laman Facebook dan Instagram mereka.

Jangan lupa like dan share post ini!

Nur Afifah 3 Februari 2020
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Panduan Borang Pengisyitiharan Kesihatan Kemasukan Ke Sarawak
Next Article [VIDEO] Hospital Untuk Pesakit Wuhan Coronavirus Siap Dalam Masa 10 Hari Di China

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Siap Ada Aircond Semula Jadi, Anda Pasti Tenang Bermalam Di Komfy Cottage Kundasang
Tempat Menarik

Siap Ada Aircond Semula Jadi, Anda Pasti Tenang Bermalam Di Komfy Cottage Kundasang

10 Ogos 2022
Tempat Menarik

Sumiran Eco Camp, Destinasi Berkhemah All-in-1 Siap Ada Flying Fox Terpanjang Di Sarawak

7 Ogos 2022
Tempat Menarik

Tanjung Simpang Mengayau Kudat, Tarikan Menarik Di Hujung Tanduk Sabah

7 Ogos 2022
Berikut Adalah 6 Tempat Berkelah Best Di Kuching
Tempat Menarik

6 Tempat Berkelah Best Di Kuching Yang Anda Boleh Terokai

7 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?