• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Netizen Puji Inisiatif Masjid Jamek Sarawak Bina Sudut Kanak-Kanak Dalam Ruangan Solat

Oleh
Aina Musa
12 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Netizen Puji Inisiatif Pihak Masjid Jamek Sarawak Bina Taman Permainan Dalam Ruangan Solat

Syabas buat pihak Masjid Jamek Sarawak atas inisiatif murni ini

Netizen Puji Inisiatif Masjid Jamek Sarawak Bina Sudut Kanak-Kanak Dalam Ruangan Solat. Masjid Jamek Negeri Sarawak yang terletak di Jalan Petra Jaya telah mewujudkan satu inisiatif yang menarik perhatian dengan menyediakan ruangan khas buat kanak-kanak di dalam masjid untuk menjadikan rumah Allah itu mesra kanak-kanak.

Inisiatif yang dilaksanakan ini bukanlah yang pertama kali dilakukan oleh Masjid Jamek tersebut. Namun, kali ini mereka memperkenalkan ruangan permainan yang dilengkapi dengan alat permainan berwarna-warni yang menarik perhatian kanak-kanak.

Netizen Puji Inisiatif Masjid Jamek Sarawak Bina Sudut Kanak-Kanak Dalam Ruangan Solat
Netizen Puji Inisiatif Masjid Jamek Sarawak Bina Sudut Kanak-Kanak Dalam Ruangan Solat. Sumber: Facebook

Ruangan permainan ini direka dengan selamat dan mesra terhadap keperluan kanak-kanak. Ia menyediakan ruang yang luas bagi kanak-kanak untuk bermain tanpa rasa terbatas.

Yang menariknya, ruangan permainan ini turut dijaga oleh kaki tangan Masjid Jamek sendiri, memastikan keselamatan dan keselesaan kanak-kanak terjamin ketika berada di sana.

Inisiatif ini membolehkan ibu bapa untuk lebih fokus dalam melaksanakan ibadah mereka tanpa perlu bimbang tentang keselamatan dan keselesaan anak-anak.

Syarat-syarat untuk meninggalkan anak-anak di ruangan permainan ini juga mudah:

  1. Minimum Umur: 2 tahun
  2. Maksimum Umur: 6 tahun

Bagi anak-anak yang masih menyusu, ibu bapa disarankan untuk menyediakan bekalan susu, air panas, dan botol susu anak-anak terlebih dahulu. Sementara itu, bagi yang masih menggunakan lampin, disarankan untuk menyediakan bekalan lampin dan wet wipes.

Usaha ini mendapat pujian dari netizen yang menganggap inisiatif ini sebagai sokongan besar kepada ibu bapa yang mempunyai anak kecil tetapi ingin menumpukan perhatian kepada ibadah mereka sepanjang bulan ramadan.

Diharapkan lebih banyak lagi masjid-masjid lain dapat mengambil inisiatif serupa dalam mewujudkan ruang yang mesra kanak-kanak bagi jemaah yang memerlukan.

Baca lagi artikel menarik:

Ini 5 Juadah Yang Ditunggu-Tunggu Orang Sarawak Ketika Bulan Ramadan
Tular Lelaki Di Kuching Ini Kahwini Dua Isteri Sekaligus, Jadi Tumpuan Netizen
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 5 Juadah Yang Ditunggu-Tunggu Orang Sarawak Ketika Bulan Ramadan Ini 5 Juadah Yang Ditunggu-Tunggu Orang Sarawak Ketika Bulan Ramadan
Next Article Lelaki Bukan Islam Hanya Boleh Kahwin Satu Menurut JPN Lelaki Bukan Islam Hanya Boleh Kahwin Satu Menurut JPN

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?