fbpx
#innovatesarawak

5 Syarikat Pemula Sarawak Terpilih Untuk TEGAS Startup Lab Batch #3

Tahniah kepada 5 syarikat pemula ini!

5 Syarikat Pemula Sarawak Terpilih Untuk TEGAS Startup Lab Batch #3. TEGAS Startup Lab kembali lagi tahun ini untuk Batch ke-3. Khabarnya, 5 syarikat pemula telah terpilih untuk memulakan perjalanan mereka dalam program TSL untuk 5 bulan yang akan datang.

Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) dengan ini mengalu-alukan penyertaan 5 syarikat pemula ke siri terbaru TEGAS Startup Lab (TSL) Batch 3.

TSL merupakan program pecutan peringkat awal yang berdurasi 5 bulan yang khas untuk menghubungkan syarikat pemula dengan mentor, pelabur dan pakar industri yang tepat. Dengan itu, mereka akan dapat mencapai sasaran serta menjana perkembangan dengan berkesan.

5 Syarikat Pemula Sarawak Terpilih Untuk TEGAS Startup Lab Batch #3

Program pecutan TSL ini dianjurkan selari dengan misi kerajaan Sarawak untuk melahirkan lebih ramai usahawan berasaskan teknologi (technopreneurs) sekaligus mempromosikan inovasi digital dan keusahawanan di dalam negeri.

5 syarikat pemula terpilih dari Kuching, Bintulu dan Miri

TEGAS akan bekerjasama dengan rakan strategik seperti Sarawak Multimedia Authority (SMA), pitchIN dan WatchTowers & Friends (WTF) untuk menjayakan program pecutan yang bermula Ogos hingga Disember 2020.

5 syarikat pemula terpilih dari seluruh negeri Sarawak merangkumi Kuching, Bintulu dan Miri untuk TSL Batch 3 ini. Mereka terdiri daripada Borneo Digital, Volume R&D, Darmadia, Call Aladdin, dan Realfun Learning Centre.

Mereka bakal diberi bimbingan dan latihan oleh usahawan berpengalaman dan pakar industri, akses kepada geran dan pembiayaan, akses ke Hub Inovasi Digital SMA-TEGAS di Kuching, Bintulu dan Miri serta Escape by Etiqa Innovation Hub, Kuala Lumpur. Bukan itu sahaja, syarikat pemula ini bakal mendapatkan akses khas ke Perkampungan Ekosistem Digital Sarawak (SDE).

5 Syarikat Pemula Sarawak Terpilih Untuk TEGAS Startup Lab Batch #3
5 Syarikat Pemula Sarawak Terpilih Untuk TEGAS Startup Lab Batch #3

“Sesi pertama sangat hebat!” – Co-founder Borneo Digital

Salah seorang pengasas bersama syarikat pemula yang menyertai TSL ini berterima kasih kepada TEGAS kerana telah memberi kepercayaan menjadi sebahagian daripada TSL Batch 3.

Malah, sesi pertama yang telah berlangsung sangat membuka mata dan bermanfaat!

5 Syarikat Pemula Sarawak Terpilih Untuk TEGAS Startup Lab Batch #3
Sesi pertama TSL yang diadakan melalui perjumpaan Zoom.

“Saya ingin berterima kasih kepada TEGAS kerana telah memilih syarikat kami sebagai peserta TSL Batch 3 tahun ini. Sesi pertama yang berlangsung hari ini sangat hebat! Tak sabar rasanya untuk mengetahui apa yang bakal disediakan untuk kami pada sesi sepanjang 5 bulan ini,”

A.R Mohamad, pengasas bersama (Co-founder) Borneo Digital

Untuk pengetahuan anda, TSL telah melahirkan beberapa alumni yang semakin terkenal dalam industri masing-masing seperti Trifold X, BeGO, Miracolo, HAUS KCH, The Tuyang Initiative, Ctrl D Studio dan beberapa lagi.

Pengerusi TEGAS, Datu Haji Len Talif Salleh memberitahu bahawa program TSL ini adalah sebuah pelaburan untuk melahirkan lebih ramai syarikat pemula yang berkembang pesat untuk Perkampungan Digital. Bukan itu sahaja, ia berupaya untuk memperkasakan usahawan muda di Sarawak.

Hub Inovasi Digital SMA-TEGAS Kini Tawarkan Pas Co-Working Secara Percuma Selama 3 Bulan

Datu Haji Len yang juga merangkap Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah & Alam Sekitar, juga menjelaskan bahawa kerajaan Sarawak melalui Hub Inovasi Digital SMA-TEGAS (DIH) kini menawarkan pas co-working 3 bulan secara percuma.

Ia merupakan usaha untuk membantu syarikat pemula dan perusahaan sosial Sarawak yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

5 Syarikat Pemula Sarawak Terpilih Untuk TEGAS Startup Lab Batch #3

Bahkan, pihaknya juga turut menawarkan sokongan untuk usahawan secara berkala melalui sesi webinar percuma, program pembangunan berkapasiti atas talian, dan pecutan digital.

Maklumat lanjut tentang TEGAS dan SMA

TEGAS ditubuhkan pada 2012 sebagai sebuah yayasan kebajikan yang mempromosikan STEM, TVET dan keusahawanan di Sarawak. Untuk maklumat lanjut tentang TEGAS, layari laman sesawang www.tegas.org.my dan www.innovatesarawak.com

Sarawak Multimedia Authority (SMA) pula ialah badan kawal selia yang ditubuhkan berdasarkan Seksyen 3, Ordinan Lembaga Autoriti Multimedia Sarawak 2017. Matlamat utamanya adalah untuk mengetuai, memantau dan membantu pembangunan dan pelaksanaan Inisiatif Ekonomi Digital Sarawak. Untuk maklumat lanjut mengenai SMA, layari laman sesawang www.sma.gov.my.

Ketahui program terkini yang lain serta cerita menarik tentang syarikat pemula di Sarawak :

Back to top button