fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home #innovatesarawak
Artikel Ini Dibawakan Oleh

Cipta Mesin Pintar Untuk Memasak, Startup Sarawak Ini Menang Geran Setengah Juta

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
20 Disember 2020
Cipta Mesin Pintar Untuk Memasak, Startup Sarawak Ini Menang Geran Setengah Juta
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Tahniah anak Sarawak!

Cipta Mesin Pintar Untuk Memasak, Startup Sarawak Ini Menang Geran Setengah Juta. Bayangkan jika anda perlu mengendalikan katering atau restoran besar yang menyajikan beratus, bahkan menjangkau beribu sajian untuk pelanggan setiap hari. Bukankah itu merupakan perkara yang memenatkan? Silap hari bulan, banyak perkara yang anda boleh terlepas pandang terutamanya bab kualiti hidangan.

Namun, sebuah syarikat pemula Sarawak ini telah muncul dengan idea futuristik iaitu dengan mencipta mesin pintar bagi memudahkan urusan dapur dan masakan komersial. Startup berasaskan teknologi yang berasal dari Bintulu ini sememangnya mempunyai misi untuk membawa sistem memasak komersial dan dapur ke era yang lebih mudah dan canggih.

ADVERTISEMENT

Namun, apa yang lebih menarik ialah startup ini juga bakal menjadikan idea tersebut suatu kenyataan apabila telah berjaya memenangi geran untuk meneruskan projek tersebut yang bernilai RM 500,000! Setengah juta tu!

Cipta Mesin Pintar Untuk Memasak, Startup Sarawak Ini Menang Geran Setengah Juta
Cipta Mesin Pintar Untuk Memasak, Startup Sarawak Ini Menang Geran Setengah Juta

Startup asal Bintulu ini memenangi pertandingan ‘business pitching’ berprestij di Malaysia

Startup yang diberi nama VOLUME ini merupakan sebuah syarikat pemula teknologi yang diasaskan oleh Nehemiah Labar Ingan. Beliau bersama pasukannya baru-baru ini telah menyertai TERAJU SUPERB, atau dahulunya dikenali sebagai Skim Usahawan Permulaan Bumiputera yang merupakan program berasaskan pertandingan business pitching. Program ini bertujuan untuk membantu syarikat pemula bumiputera mengembangkan perniagaan mereka, dengan syarat ia mestilah kreatif dan inovatif.

ArtikelBerkaitan

Boleh Kesan Jalan Berlubang, Idea Digital Dari Sarawak Ini Bakal Direalisasikan Untuk Seluruh Negara

6 Usahawan Sosial Hebat Terpilih Untuk Social Impact Accelerator Batch #1

Cipta Mesin Pintar Untuk Memasak, Startup Sarawak Ini Menang Geran Setengah Juta
Nehemiah Labar Ingan, pengasas VOLUME

Melalui program di bawah Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) tersebut, VOLUME telah mengetengahkan idea inovatif mereka iaitu ‘Collaborative Automated Industrial Cloud Kitchen’. Nasib menyebelahi mereka apabila idea serta pelan perniagaan inovatif tersebut telah terpilih menjadi salah sebuah penerima geran yang secara keseluruhannya bernilai sehingga RM 15 juta.

ADVERTISEMENT

Menurut pengasas VOLUME, Nehemiah Labar Ingan, beliau berasa sangat bersyukur kerana dinobatkan sebagai pemenang pertandingan tersebut dan berhasrat untuk mengembangkan startup yang dimilikinya secara global selepas ini. Beliau turut menyatakan penghargaan yang tidak berbelah bahagi kepada TERAJU Sarawak dan TEGAS atas sokongan dan nasihat yang diberikan sepanjang menyertai program tersebut.

Tonton bagaimana inovasi Nehemiah ini berpotensi untuk memudahkan urusan memasak dan dapur komersial :

ADVERTISEMENT

Siri program startup TEGAS di Sarawak jadi batu loncatan Nehemiah

Sebelum menyertai TERAJU SUPERB, VOLUME terlebih dahulu menimba pengalaman dalam beberapa siri program untuk syarikat pemula di peringkat negeri Sarawak seperti TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp 2019 dan TEGAS Startup Lab (TSL) Batch Ketiga untuk tempoh Ogos 2020 sehingga Januari 2021.

TSL merupakan program pecutan 5 bulan untuk syarikat pemula peringkat awal yang bertujuan menghubungkan startup tempatan dengan mentor yang tepat, pelabur, dan pakar industri bagi membina skala yang besar dan menjana pertumbuhan yang cepat. Perjuangan VOLUME dalam siri program TEGAS ini turut disertai oleh syarikat pemula hebat yang lain seperti Borneo Digital, Call Aladdin, Darmadia, dan RealFun Learning Centre.

TEGAS Startup Lab, pelaburan Sarawak untuk lahirkan komuniti startup peringkat global

Dalam pada masa yang sama, pengerusi TEGAS merangkap Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Persekitaran, YB Datu Haji Len Talif turut meluahkan rasa gembira dan bangga dengan pencapaian Nehemiah yang telah memenangi pertandingan berprestij tersebut. Jelasnya, TSL merupakan sebuah pelaburan untuk menghasilkan startup yang berpotensi untuk Perkampungan Digital TEGAS serta memperkasakan usahawan muda di Sarawak ke peringkat global.

TEGAS juga akan terus bekerjasama dengan TERAJU Sarawak untuk membangunkan startup tempatan serta usahawan sosial di negeri ini.

Cipta Mesin Pintar Untuk Memasak, Startup Sarawak Ini Menang Geran Setengah Juta

Tahniah diucapkan kepada VOLUME dan Nehemiah! Teruskan pencapaian luar biasa anda sehingga idea tersebut menjadi sebuah realiti. Mansang terus!

Adakah anda mengenali ekosistem startup di Sarawak? Baca juga artikel ini :

Share79Tweet50SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy