• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Instagram Tambah Ciri Keselamatan Baharu Untuk Lindungi Pengguna Remaja

Oleh
Husna Hazmi
17 Mac 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Instagram telah menambah satu ciri baharu keselamatan pada aplikasi mereka untuk melindungi remaja daripada pemangsa yang tidak diingini.

Instagram Tambah Ciri Keselamatan Baharu Untuk Lindungi Pengguna Remaja. Instagram bakal menambah ciri keselamatan bagi melindungi para remaja daripada menerima mesej yang tidak diingi daripada pengguna dewasa.

Isi Isi Penting
  • Instagram telah menambah satu ciri baharu keselamatan pada aplikasi mereka untuk melindungi remaja daripada pemangsa yang tidak diingini.
  • Dilengkapi dengan amaran bagi mengingati para remaja
  • Instagram sedang membangunkan artificial intelligence
  • TikTok telah mengumumkan akaun pengguna di bawah 16 tahun

Pengguna dewasa kini hanya boleh menghantar mesej kepada pengguna remaja yang mengikuti mereka di Instagram sahaja.

Instagram Tambah Ciri Keselamatan Baharu Untuk Lindungi Pengguna Remaja
Instagram Tambah Ciri Keselamatan Baharu Untuk Lindungi Pengguna Remaja

Dilengkapi dengan amaran bagi mengingati para remaja

Di samping itu, setiap mesej yang dihantar akan dilengkapi dengan amaran bagi mengingati para remaja untuk tidak membalas kepada mesej yang membuatkan mereka merasa tidak selesa.

Walaubagaimanapun, ciri keselamatan ini hanya akan berfungsi jika pengguna akaun Instagram tersebut meletakkan usia sebenar mereka.

Namun malang sekali, para remaja pada masa ini sering menipu data usia mereka bagi mengelak daripada pelbagai halangan daripada akaun sosial media tersebut.

Pada masa yang sama, pemangsa juga boleh menipu usia mereka dengan menyatakan mereka lebih muda daripada usia mereka yang sebenar.

Instagram Tambah Ciri Keselamatan Baharu Untuk Lindungi Pengguna Remaja

Instagram sedang membangunkan artificial intelligence

Instagram berkata mereka sedang membangunkan kecerdasan buatan (artificial intelligence) untuk membantu menangani cabaran pengesahan usia, terutamanya dalam kalangan pengguna yang telah menipu. Had minima bagi pemegang akaun Instagram adalah berusia 13 tahun.

Syarikat media sosial itu turut memaklumkan bahawa, pengguna bawah umur kini boleh mengubah status privasi akaun mereka.

“Jika pengguna remaja itu tidak memilih butang ‘privasi’ setelah membuka akaun, kami akan menghantar notifikasi kepada mereka.

“Notifikasi ini akan menggariskan faedah memilih status ‘private’ dan sentiasa mengingatkan mereka untuk semak tetapan akaun mereka,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Instagram Tambah Ciri Keselamatan Baharu Untuk Lindungi Pengguna Remaja

TikTok telah mengumumkan akaun pengguna di bawah 16 tahun

Pada Januari lepas, syarikat media sosial terhangat pada masa kini iaitu TikTok juga telah mengumumkan akaun pengguna di bawah 16 tahun akan ditukarkan kepada status ‘private’ secara automatic.

Hal ini adalah untuk melindungi mereka yang di bawah umur menjadi mangsa kepada sesetengah golongan dewasa yang tidak bermoral di luar sana. Terdapat terlalu banyak aduan malah pelbagai kes merbahaya melibatkan sosial media yang tidak diingini telah berlaku secara berleluasa kini.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pelajar Sekolah Di Sabah Ini Hadiri Kelas Dengan Pemandangan Gunung Kinabalu
Next Article Ditunda 8 Kali, Kontraktor Projek Sekolah Di Kota Marudu Akhirnya Diganti

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?