• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

IPD Kuching Buru Penunggang Motosikal Buat Provokasi Di Jalan Demak

Oleh
Aina Musa
16 Mac 2024
Kongsi
1 Min Bacaan
IPD Kuching Buru Penunggang Motosikal Buat Provokasi Di Jalan Demak

Video ajak ‘one by one’ tersebut tular di media sosial

IPD Kuching Buru Penunggang Motosikal Buat Provokasi Di Jalan Demak. IPD Kuching telah mengesan seorang lelaki yang menunggang motosikal dan melakukan provokasi kepada pengguna jalan raya lain di Jalan Demak berhadapan pasar raya Mydin Kuching, semalam.

ACP Ahsmon Bajah, Ketua Polis Daerah Kuching, menyatakan bahawa kejadian dipercayai berlaku pada jam 5:20 petang.

IPD Kuching Buru Penunggang Motosikal Buat Provokasi Di Jalan Demak. Sumber: Facebook

“Kami menerima satu laporan polis berkaitan dengan video yang tular tersebut.

“Pihak polis kini mengesan penunggang motosikal terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ahsmon, kes kini masih dalam siasatan di bawah seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Justeru, beliau meminta orang ramai untuk menyampaikan sebarang maklumat berkaitan kepada pihak polis atau balai polis berhampiran.

Sebelum ini, video berdurasi 1.50 minit telah menjadi tular di Facebook. Video tersebut menunjukkan motosikal tanpa nombor pendaftaran yang ditunggang oleh seorang lelaki bersama seorang pembonceng lelaki yang melakukan provokasi terhadap pengguna jalan raya lain.

Baca lagi artikel menarik:

Jual Aksesori iPhone Tiruan, Pemilik Kedai Di Kuching Didenda RM32,000
Pihak Sekolah Dedah Rupanya Tilam Lusuh Bakal Dibuang, Bukan Untuk Kegunaan Pelajar
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article PMX Tular Seluruh Dunia Selepas Lantang Selar Kaunselor Jerman Yang Pertahan Israel PMX Tular Seluruh Dunia Selepas Lantang Selar Kaunselor Jerman Yang Pertahan Israel
Next Article Resepi Mudah Kuih Takir Berlemak Tradisi Sarawak, Hanya Guna 5 Bahan Sahaja Resepi Mudah Kuih Takir Berlemak Tradisi Sarawak, Hanya Guna 5 Bahan Sahaja

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?