• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jadi Mercu Tanda Bandaraya Kuching, Gereja St Peter’s Parish Bakal Siap Oktober 2024

Oleh
Nazihah AN
19 Jun 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Jadi Mercu Tanda Bandaraya Kuching, Gereja St Peter's Parish Bakal Siap Oktober 2024

Projek tersebut bernilai RM38 juta

Jadi Mercu Tanda Bandaraya Kuching, Gereja St Peter’s Parish Bakal Siap Oktober 2024. Gereja baru St Peter’s Parish yang bakal dibina di kawasan Padungan di Kuching akan menjadi mercu tanda penting dalam landskap kota tersebut setelah siap nanti.

Reka bentuk gereja baru ini didasarkan pada seni bina Gothic dengan tingkap kaca patri dan boleh menampung sekurang-kurangnya 1,500 orang penganut pada satu-satu masa.

Jadi Mercu Tanda Bandaraya Kuching, Gereja St Peter's Parish Bakal Siap Oktober 2024
Jadi Mercu Tanda Bandaraya Kuching, Gereja St Peter’s Parish Bakal Siap Oktober 2024

Senibina gereja Gothic bakal menjadi mercu tanda di Kuching

Gereja dan kawasan sekelilingnya akan mempunyai sebuah dewan serbaguna, pejabat dua tingkat, hostel lapan tingkat, kolombrium dua tingkat, 300 tempat letak kereta dan sebuah plaza.

Tingkap kaca patri menjadi ciri penting yang akan dihasilkan oleh artis Itali Roberto Fasoli dan Ernesto Raducci juga menambahkan keserian kepada bangunan gereja St Peter yang baru ini di kawasan Padungan.

Jadi Mercu Tanda Bandaraya Kuching, Gereja St Peter's Parish Bakal Siap Oktober 2024

Ia dijangka memiliki menara tajam, gerbang ‘ogival’, tingkap mawar, jubin lantai istimewa dan sebuah menara loceng.

Mereka yang berasal dari Milan dan bersama-sama menjalankan F.R. Vetreria Artistica Pte Ltd, telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan kerja-kerja kaca patri pada struktur bangunan baru ini, yang mencerminkan seni bina Gothic secara separa dalam reka bentuknya.

Kerja-kerja pembinaan kini berada pada tahap 70 peratus dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Oktober 2024. Setelah siap, Gereja St Peter yang baru ini akan menjadi salah satu ikon penting di kawasan Kuching dan mempertahankan statusnya sebagai pusat keagamaan yang penting di Sarawak.

Jadi Mercu Tanda Bandaraya Kuching, Gereja St Peter's Parish Bakal Siap Oktober 2024

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

Dah Macam Syurga Buat Kanak-Kanak, Permainan Indoor Terbesar Di Kuching Kini Dibuka Kepada Umum
[VIDEO] Lewat Dapatkan Rawatan, Tular Kanak-Kanak Tunjuk Simptom Gigitan Rabies Undang Prihatin Netizen
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Seorang Dah Ditangkap, Polis Kini Buru Seorang Lagi Warga Indo Lari Dari Lokap Balai Polis Tapah Seorang Dah Ditangkap, Polis Kini Buru Seorang Lagi Warga Indo Lari Dari Lokap Balai Polis Tapah
Next Article Netizen 'Kantoikan' No Plat McLaren Bukan Kepunyaan Opai, Rupanya Milik Orang Sarawak Netizen ‘Kantoikan’ No Plat McLaren Bukan Kepunyaan Opai, Rupanya Milik Orang Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?