Pilihan Pengangkutan Awam yang Murah dan Mampu Milik dari Kuching ke Kawasan Sekitarnya
Jadual Lengkap Bas Merah RM2 Kuching – Laluan, Tambang dan Destinasi. Kalau anda selalu tertanya-tanya “Bas mana nak pergi Bako?” atau “Ada tak bas terus ke Serian dari Kuching?”?
Nah, ini dia cheat sheet khas untuk anda. Dari Open Air Market (Electra House), Kuching, anda boleh naik bas Bus Asia berwarna merah lengkap dengan pendingin hawa, hanya RM2 sahaja sehala. Ya betul, semua laluan ini hanya RM2 satu hala, sebab ia merupakan sebahagian daripada inisiatif subsidi pengangkutan awam oleh Kerajaan Sarawak. Dengan tambang murah ni, memang tak ada alasan untuk tak meneroka Kuching dan kawasan sekitarnya!

Jom tengok laluan-laluan utama yang ada.
1. Laluan Bas Kuching ke Muara Tebas (6A)

🚍 Nombor Bas: 6A
📍 Laluan: Kuching (Electra House) → Bako / Muara Tebas
⏰ Durasi perjalanan sehala: 70 – 75 minit (1 jam 10 minit – 1 jam 15 minit), tambahan 15 hingga 20 minit pada waktu puncak
💰 Tambang: RM2 sahaja
Perjalanan ini untuk siapa?
✔️ Kaki makan yang teringin makan makanan laut segar di Muara Tebas 🍤
2. Laluan Bas Kuching ke Bako (1)

🚍 Nombor Bas: 1
📍 Laluan: Kuching (Electra House) → Bako
⏰ Durasi perjalanan sehala: 70 – 75 minit (1 jam 10 minit – 1 jam 15 minit), tambahan 15 hingga 20 minit pada waktu puncak
💰 Tambang: RM2 sahaja
Perjalanan ini untuk siapa?
✔️ Pencinta alam sekitar yang nak ke Taman Negara Bako 🌿
3. Laluan Bas Kuching ke Serian (3AC)

🚍 Nombor Bas: 3AC
📍 Laluan: Kuching (Electra House) → Serian (Terminal Bas)
⏰ Durasi perjalanan sehala: 107 minit (kira-kira 1 jam 47 minit), sehingga 2 jam 30 minit pada waktu puncak dan jalan sesak.
💰 Tambang: RM2 sahaja
Perjalanan ini untuk siapa?
✔️ Mereka yang nak balik kampung ke Serian 🏡
✔️ Pencinta durian yang nak cari durian Serian di musimnya 🌰
✔️ Pelancong yang nak singgah ke pusat beli-belah utama di Kuching 🛍️
4. Laluan Bas Kuching ke Kota Samarahan (10A)

🚍 Bas No.: 10A
📍 Laluan: Kuching (Electra House) → Kota Samarahan (Summer Mall)
⏰ Durasi perjalanan sehala:
💰 Tambang: RM2 sahaja
Perjalanan ini untuk siapa?
✔️ Pelajar UNIMAS & UiTM Samarahan 📚
✔️ Pengunjung yang nak ke Summer Mall atau Farley Supermarket 🛍️
Tips Berguna Sebelum Naik Bas
✅ Datang Awal – Jangan last minit, sebab bas boleh jalan lebih awal daripada yang dijadualkan.
✅ Sediakan Tunai – Tak semua bas ada sistem e-wallet atau Duit Now, jadi lebih baik untuk sediakan ‘duit pecah’.
✅ Tanya Pemandu – Kalau tak pasti, tanya! Mereka biasanya mesra dan sudi membantu anda menavigasi arah atau bas mana yang patut anda naiki.
✅ Sentiasa Semak Jadual – Bas mungkin mengalami perubahan waktu mengikut situasi semasa, jadi sila rujuk laman rasmi Bus Asia sekiranya bas yang anda tunggu tidak kunjung tiba.
Sekarang adalah masa terbaik untuk mula membiasakan diri dengan pengangkutan awam. Dengan harga RM2 sahaja, anda bukan sahaja menjimatkan wang, malah menyokong inisiatif kerajaan dalam memperkukuhkan sistem pengangkutan awam di Sarawak.
Walaupun ART (Automated Rapid Transit) masih dalam pembinaan, menggunakan bas ini sebagai latihan awal boleh membantu kita memahami sistem pengangkutan awam dengan lebih baik. Kongsi artikel ini dengan rakan-rakan dan keluarga supaya lebih ramai dapat menikmati perjalanan bajet dan mesra alam di Kuching.

