Anak kelahiran Sarikei, Jonah Chang yakin mampu dapat emas yang ke-3 kelak
Jaguh Lontar Peluru Negara, Jonah Chang Raih Pingat Emas Ke-2 Di SUKMA. Jonah Chang Rigan menambah satu lagi emas Sukan Malaysia Ke-21 (Sukma XXI) kepada koleksinya dalam acara lontar cakera lelaki pagi ini dengan catatan peribadi terbaik 46.16 meter.
Perak Negeri Sembilan, Riess William Ling Eng Meng, memenangi pingat perak, manakala gangsa dimenangi oleh Rizad Azri Che Radzi dari Perlis. Walaupun dalam keadaan hujan, Jonah berjaya memberi fokus sepenuhnya kepada teknik dan rentak di gelanggang.

“Sebenarnya, ramai yang takut dan cemas untuk bertanding dalam hujan kerana takut dengan keadaan licin dan mereka mungkin akan jatuh.
“Tetapi anda tidak boleh berfikir begitu. Fokus sahaja kepada teknik dan rentak anda. Kemudian, cakera akan kekal di tangan anda dan tidak licin,” kongsinya kepada wartawan selepas kemenangan di Stadium Sarawak, menurut laporan.
Atlet berusia 21 tahun dari Sarikei itu mendedahkan bahawa dia telah mengkaji bagaimana atlet terbaik dunia menangani keadaan cuaca buruk semasa bertanding.
Beliau turut berkata, mempunyai mindset yang betul adalah penting untuk mencapai prestasi terbaik.
Jonah juga mengucapkan terima kasih kepada pasukan sokongan perubatan yang membantu meringankan kesakitan di bahunya, terutama selepas memenangi emas dalam acara tolak peluru semalam dengan rekod Sukan baharu 17.66 meter.
Lelaki bertenaga itu menjangkakan “pertarungan yang sengit” pada Jumaat dalam acara lempar martil, di mana dia akan sekali lagi cuba memecahkan rekod peribadinya.

