• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Semua Jajaran Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Dibuka Hujung Bulan Ini

Oleh
Aina Musa
4 Disember 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Semua Jajaran Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Dibuka Hujung Bulan Ini

Dibuka kepada orang awam hujung bulan ini

Semua Jajaran Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Dibuka Hujung Bulan Ini. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia berdasarkan kemajuan projek itu yang kini mencapai 98 peratus siap.

Pencapaian itu menjamin perjalanan orang ramai untuk balik kampung pada musim perayaan Krismas dan tahun baharu akan lebih lancar.

Semua Jajaran Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Dibuka Hujung Bulan Ini
Semua Jajaran Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Dibuka Hujung Bulan Ini.

Beliau berkata, ketika ini sebanyak 19 daripada 25 seksyen projek lebuh raya itu siap sepenuhnya dan sudah dibuka kepada orang awam.

“Bagi seksyen Bukit Bengunan yang terletak di bawah Pakej Kontrak Kerja 04 dijangka siap sepenuhnya menjelang penghujung Disember ini.

“Lima seksyen lagi iaitu seksyen Sarikei Tatau dan Bintulu, Beluru dan

sepanjang 34.5 kilometer seksyen Lambir akan siap sepenuhnya menjelang suku pertama tahun 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Makan Malam Impian Jadi Realiti Lebuhraya Pan Borneo Sarawak di sini, malam ini.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg.

Nanta berkata, pencapaian projek itu adalah kejayaan semua pihak yang terbabit sejak ia dimulakan pada tahun 2015.

“Sepanjang tempoh masa projek ini berlangsung, banyak cabaran dan dugaan telah dihadapi.

“Beberapa faktor dikenal pasti menyumbang kepada kelewatan penyiapan projek ini, seperti perubahan pendekatan daripada Rakan Pelaksana Projek (Project Dilevery Partner- PDP) ke kaedah konvensional, sekatan aktiviti pembinaan semasa pandemik Covid-19, sekatan kemasukan pekerja asing, kekurangan bekalan bahan pembinaan dan akhirnya menyebabkan peningkatan kos kepada operasi pihak kontraktor,” katanya.

https://www.iloveborneo.my/wp-content/uploads/2021/11/image-41.png.webp

Menurutnya lagi, projek mega yang kini menjadi kenyataan itu sinonim dengan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem yang memperjuangkan agar projek bernilai RM16 bilion itu dilaksanakan dari Telok Melano, Sematan sehingga ke Jalan Pujut Link di Miri sepanjang 786 kilometer.

“Kita tidak dapat menafikan peranan Allahyarham Tok Nan kerana beliau tidak berhenti-henti memperjuangkan projek ini bersama pucuk kepimpinan ketika itu sehingga ianya terlaksana.

“Penghargaan harus juga diberikan kepada mantan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof yang mana beliau kini adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia, kerana projek ini bermula ketika beliau merupakan menerajui Kementerian Kerja Raya yang turut bertanggungjawab menjadi wakil Sarawak di peringkat Persekutuan memperjuangkan projek ini untuk Sarawak,” katanya.

Beliau berkata, kewibaan Fadillah menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahin memberi amanah kepada beliau untuk membantu KKR memastikan bukan sahaja projek Lebuhraya Pan Borneo, malah projek Sarawak-Sabah Link Road (Fasa I dan Fasa II), dan Lebuhraya Trans-Borneo (LTB) dilaksanakan seperti yang dirancangkan oleh kerajaan.

Nanta turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan kerabat baginda kerana berkenaan mencemar duli bersama-sama rakyat Sarawak menyelusuri Lebuhraya Pan Borneo Sarawak pada program Kembara Kenali Borneo.

Baca lagi artikel menarik:

Berita Baik Buat Pizza Lovers, Domino’s Bakal Buka Cawangan Pertama Di Sarawak
Bendera Sarawak Dibuat Dari Manik Masuk Malaysia Book of Records
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Angkara Kedegilan Dayang Petera, Ini Mitos Kenapa Beras Jadi Kecil Dan Rumit Dituai Angkara Kedegilan Dayang Petera, Ini Mitos Kenapa Beras Jadi Kecil Dan Rumit Dituai
Next Article Warga Emas Maut Diseret Lori Tangki Minyak Di Hadapan TUDM Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?