Produk Halal Ditarik Balik
JAKIM Sahkan Beberapa Produk Halal Dari Indonesia Mengandungi DNA Babi, Lihat Senarai Sini. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan penarikan balik beberapa produk makanan dari pasaran Indonesia selepas ia disahkan mengandungi DNA babi (porcine), walaupun sebahagian produk tersebut mempunyai sijil halal.
Penemuan ini diumumkan secara rasmi oleh Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) dan Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia pada 21 April 2025.


11 Batch, 9 Produk Terbabit
Menurut siaran BPJPH, sebanyak 11 batch daripada 9 produk mengandungi DNA babi. Antara produk terbabit ialah:
- Corniche Fluffy Jelly – Marshmallow pelbagai perisa (laici, strawberi, anggur)
- Corniche Teddy Marshmallow – Perisa epal
- ChompChomp Car Mallow – Bentuk kereta
- ChompChomp Flower Mallow – Bentuk bunga
- ChompChomp Mini Marshmallow – Bentuk tiub
- Hakiki Gelatin – Bahan tambahan pembentuk gel
Semua produk ini dihasilkan di luar negara (Filipina, China, Indonesia) dan diimport oleh syarikat pengedar tempatan Indonesia.
JAKIM Ambil Langkah Awal
JAKIM kini menjalankan pemantauan bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) bagi mengenalpasti sama ada produk yang sama berada di pasaran Malaysia. Jika ada, tindakan pengeluaran dari pasaran akan dilaksanakan.
Pengimport yang terlibat diminta segera hubungi JAKIM di [email protected] untuk tindakan lanjut.
Aduan dan Tindakan Pengguna
Pengguna yang menjumpai produk tersebut boleh membuat laporan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) JAKIM di pautan: https://sispaa.spab.gov.my/eApps/system/index.do
Komitmen JAKIM
JAKIM menegaskan hanya produk yang benar-benar mematuhi standard halal akan dibenarkan di pasaran Malaysia. Pemantauan berterusan akan dilakukan untuk memastikan integriti pensijilan halal dipelihara.

