• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jambatan Batang Saribas Bakal Siap Awal, Dijangka Dibuka Mac Tahun Ini

Oleh
Farisha
22 Januari 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Berita baik, pengguna boleh nikmati perjalanan lebih lancar raya ini

Jambatan Batang Saribas Bakal Siap Awal, Dijangka Dibuka Mac Tahun Ini. Berita gembira buat penduduk kawasan Pusa dan Beladin. Projek pembinaan Jambatan Batang Saribas yang menjadi tumpuan ramai kini menunjukkan perkembangan positif apabila dijangka siap lebih awal daripada jadual asal.

Menurut Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Ir Aidel Lariwoo, jambatan bernilai RM375.5 juta ini dijangka siap sepenuhnya pada Mac tahun ini, lebih awal daripada perancangan asal pada Mei 2025.

Jambatan Batang Saribas Bakal Siap Awal, Dijangka Dibuka Mac Tahun Ini
Jambatan Batang Saribas Bakal Siap Awal, Dijangka Dibuka Mac Tahun Ini. Sumber foto: JKR Sarawak

“Jambatan ini dijangka siap lebih awal daripada jangkaan asal, iaitu pada Mei. Kami berharap ia dapat disiapkan sebelum Hari Raya bagi memudahkan pengguna, dan usaha sedang dilakukan untuk membuka jambatan ini sekurang-kurangnya sebelum sambutan Aidilfitri,” katanya, menurut laporan media tempatan.

Setakat ini, status pembinaan jambatan sepanjang 1.55 kilometer itu telah mencapai 91.12%, melebihi sasaran sebanyak dua peratus. Selain itu, projek Jambatan Batang Saribas 2 juga berjalan mengikut jadual dengan kemajuan sebanyak 51%.

Cabaran & Solusi Hebat

Walaupun berdepan pelbagai cabaran, seperti tanah yang tidak stabil dengan kedalaman mencecah 80 meter, Datuk Ir Aidel menyatakan bahawa projek ini tetap dapat diteruskan dengan menggunakan teknologi terkini dan kepakaran kontraktor tempatan.

Manfaat Jambatan Batang Saribas

Projek ini bukan sahaja menggantikan perkhidmatan feri sedia ada, tetapi juga mempercepatkan perjalanan antara Pusa dan Beladin daripada 30 minit kepada hanya beberapa minit.

Lebih menarik lagi, jambatan ini akan menjadi salah satu komponen penting dalam Projek Jalan Pesisir Sarawak, memberikan laluan alternatif kepada Lebuhraya Pan Borneo Sarawak.

Penduduk tempatan turut bakal menikmati akses yang lebih baik ke sekolah, klinik, hospital, dan pejabat kerajaan. Selain itu, projek ini dijangka merangsang pembangunan ekonomi serta meningkatkan taraf hidup komuniti setempat.

Majlis Penyambungan Akhir Jambatan Batang Saribas yang berlangsung baru-baru ini menandakan satu lagi langkah besar dalam projek ini. Dengan kemajuan yang mendahului jadual, penduduk setempat kini boleh menantikan infrastruktur baharu ini yang bakal mengubah kehidupan mereka.

“Inilah bukti bahawa usaha kerajaan untuk meningkatkan kesalinghubungan di Sarawak adalah realiti. Kami berharap projek ini akan memberi manfaat besar kepada rakyat,” tambah Datuk Ir Aidel.

Sama-sama kita nantikan pembukaan rasmi jambatan ini yang dijangka menjadi hadiah istimewa sempena Aidilfitri.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Netizen Teruja Dapat Guna Jambatan Muara Lassa Buat Kali Pertama
Premier Sarawak Pinjam Motosikal Polis Untuk Rasai Pengalaman Jambatan Marudi Baru
SUMBER :Utusan Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bantuan RM300 Sebulan Untuk Golongan Miskin Di Sabah Bakal Diagihkan Mulai Februari Ini Bantuan RM300 Sebulan Untuk Golongan Miskin Di Sabah Bakal Diagihkan Mulai Februari Ini
Next Article Bekas Pemain Ragbi Sabah Didakwa Bunuh Adik Perempuan, Kes Dibicarakan 7 Julai Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?