• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jambatan Hubugkan Marudi-Miri Dijangka Siap Sebelum Krismas

Oleh
Farisha
3 November 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Jambatan tersebut menggantikan perkhidmatan feri serta bagi memudahkan perjalanan penduduk tempatan

Jambatan Hubugkan Marudi-Miri Dijangka Siap Sebelum Krismas. Sebuah jambatan baharu yang menghubungkan Miri ke Marudi dijangka akan dibuka sebelum sambutan Krismas tahun ini.

Menurut laporan berita daripada Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas), Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pembinaan jambatan tersebut akan menggantikan perkhidmatan feri sedia ada bagi memudahkan perjalanan penduduk di kawasan utara.

Jambatan Hubugkan Marudi-Miri Dijangka Siap Sebelum Krismas
Sumber foto: Suara Sarawak. Jambatan Hubugkan Marudi-Miri Dijangka Siap Sebelum Krismas

“Projek infrastruktur ini bukan sahaja memenuhi keperluan pengangkutan tetapi juga membuktikan komitmen kerajaan Sarawak dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat, terutamanya di kawasan luar bandar.

“Dengan adanya jambatan ini, akan lebih mudah untuk kita berhubung dengan saudara-mara di Marudi dan Baram tanpa bergantung kepada feri,” katanya, menurut laporan media tempatan.

Beliau mendedahkan bahawa kerajaan Sarawak juga mempunyai perancangan jangka panjang untuk membina jalan baharu yang menghubungkan Miri ke Long Terawan, dan ke Limbang, yang akan melalui kawasan di luar tapak Warisan Dunia UNESCO di Mulu.

Beliau berkata laluan strategik ini boleh dihubungkan secara terus ke Brunei Darussalam, mewujudkan rangkaian jalan bulatan yang akan meningkatkan ekonomi tempatan dan pelancongan di Sarawak Utara.

Sementara itu, mengenai perancangan Sarawak untuk menubuhkan syarikat penerbangan sendiri, Abang Johari berkata matlamatnya adalah untuk meningkatkan ketibaan pelancong antarabangsa ke destinasi utama di Sarawak, termasuk Miri, Mulu, dan Niah.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Laluan Alternatif Baharu Ke Kuching, Netizen Tidak Sabar Jambatan Sejingkat-Samarahan Ini Siap
Projek Jambatan Sungai Selampit Bakal Mula Oktober 2024, Dijangka Siap 3 Tahun
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Macam Japan House Viewing, Asrama Cantik Dan Luas UTS Sibu Tular Di TikTok
Next Article Pusat Kesihatan Prima UNIMAS Dibuka 4 November, Tawar Perkhidmatan Kesihatan Untuk Orang Awam

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?