• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Jangan Bakar Pelitup Muka COVID-19 Anda! Ini Kesan Bahayanya Kepada Manusia

Oleh
Nazihah AN
24 Mei 2021
Kongsi
5 Min Bacaan

Pemakaian wajib dalam salah satu prosedur operasi standard (SOP)

Jangan Bakar Pelitup Muka COVID-19 Anda! Ini Kesan Bahayanya Kepada Manusia. Sudah masuk setahun lebih bumi kita dilanda wabak COVID-19, memakai pelitup muka atau face mask juga merupakan sebahagian daripada kehidupan kita. Untuk keselamatan, setiap orang dikehendaki sentiasa memakai pelitup muka ketika berada di luar rumah yang merupakan salah satu prosedur operasi standard (SOP).

Isi Isi Penting
  • Pemakaian wajib dalam salah satu prosedur operasi standard (SOP)
  • Kenapa bakar pelitup muka berbahaya?
  • Jadi apakah sebenarnya kandungan asap setelah pelitup muka dibakar?
  • Buang dengan cara yang disarankan
  • Baca lagi di sini:
Jangan Bakar Pelitup Muka COVID-19 Anda! Ini Kesan Bahayanya Kepada Manusia
Jangan Bakar Pelitup Muka COVID-19 Anda! Ini Kesan Bahayanya Kepada Manusia

Ianya adalah kebaikan bersama dalam usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak COVID-19 di kalangan masyarakat.

Namun, adakah kalian peka dengan cara pembuangan pelitup muka dengan betul? Pelitup muka dibuang merata tempat boleh mengundang pelbagai masalah pencemaran, perparitan tersumbat dan boleh menyebabkan tersebarnya wabak COVID-19. Jangan sesekali membakar pelitup muka kerana ia akan menyebabkan lebih banyak kemudaratan.

Kenapa bakar pelitup muka berbahaya?

Sebelum ini pernah tular satu video di mana satu himpunan masyarakat di bangunan kerajaan Idaho Capitol di Idaho, Amerika Syarikat. Dalam himpunan tersebut, mereka tengah mengadakan demonstrasi membakar pelitup muka oleh golongan anti-pelitup muka dan anti-lockdown. Dalam video tersebut kelihatan orang ramai termasuk kanak-kanak mencampakkan pelitup muka ke dalam tong api.

Parents encouraging kids to burn masks on Idaho Capitol steps pic.twitter.com/VOYfOYqwwt

— Sergio Olmos (@MrOlmos) March 6, 2021

Demonstrasi tersebut telah menimbulkan persoalan kepada umum yang tidak memahami tujuan mereka untuk berbuat demikian. Ada juga yang prihatin terhadap kesihatan kanak-kanak tersebut berdiri berhampiran dengan tong api yang mengeluarkan asap tebal.

Dalam video tersebut dilihat sebahagian pelitup muka yang dibakar topeng pembedahan berwarna biru, yang diperbuat daripada sejenis plastik iaitu Polipropilena. Propilena adalah termoplastik “polimer tambahan”, bahan yang selamat untuk makanan. Ianya banyak digunakan dalam penghasilan plastik pembungkusan makanan. Sama seperti plastik yang lain, popipropilena juga akan mengeluarkan banyak bahan kimia beracun dan berbahaya apabila dibakar.

Jangan Bakar Pelitup Muka COVID-19 Anda! Ini Kesan Bahayanya Kepada Manusia
Jangan Bakar Pelitup Muka COVID-19 Anda! Ini Kesan Bahayanya Kepada Manusia

A couple hundred people, including lieutenant gov and at least three lawmakers at today’s mask burning protest in Boise. pic.twitter.com/gt0i0PIYZN

— Heath Druzin (@HDruzin) March 6, 2021

Jadi apakah sebenarnya kandungan asap setelah pelitup muka dibakar?

Terdapat satu kajian khusus mengenai kesan pembakaran Polipropilena dalam Journal Of The American College Of Toxicology pada tahun 1988. Pembakaran plastik Polipropilena akan mengakibatkan puluhan kimia yang berbeza. Antara beberapa bahan beracun yang terdapat asap tersebut ialah:

  1. Formaldehid- Digunakan untuk memelihara spesimen biologi
  2. Aseton- Sebatian yang berbau kuat, ianya digunakan dalam penghasilan penanggal pengilat kuku
  3. Metanol- Komponen utama anti-pembekuan
  4. Xilena- Bahan makmal yang digunakan untuk penyediaan tisu kajian mikroskopi
  5. Benzena- Bahan bahaya yang ditemui pada ekzos kereta dan asap rokok
  6. Toluena- Bahan yang terdapat dalam thinner (bahan pencair dan penanggal cat)

Sebilangan besar sebatian ini boleh menyebabkan tindak balas seperti kerengsaan mata dan masalah pernafasan. Malah, sebilangan bahan kimia ini juga diklarifikasikan sebagai karsinogen iaitu bahan yang berkaitan dengan pertumbuhan barah.

Walaupun ianya menghasilkan pelbagai bahan yang berbahaya ketika dibakar, mujurlah demonstrasi pembakaran pelitup muka itu dilakukan di tempat terbuka di mana terdapat aliran angin untuk meniup asap beracun tersebut sebelum ianya mampu menyebabkan kerosakan teruk pada kanak-kanak berhampiran di tong api tersebut.

Namun, kemungkinan besar mereka juga terdedah dengan sejumlah patogen berbahaya dari asap tersebut. Tambahan, mereka juga tidak memakai apa-apa perlindungan semasa mengambil pelitup muka yang terpakai.

Buang dengan cara yang disarankan

Di hospital, semua pelitup muka yang terpakai, sama ada pelitup muka bekas pesakit atau kakitangan hospital tersebut akan dibuang ke dalam beg sampah biohazard, dan kemudian akan dibakar di tempat kemudahan khas yang mampu memerangkap dan menyaring asap berbahaya ini.

World Health Organization (WHO) serta Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit mengesyorkan agar pelitup muka yang telah dipakai, tidak dibenarkan untuk digunakan semula. Ianya harus dibuang dengan cara yang betul.

Jangan Bakar Pelitup Muka COVID-19 Anda! Ini Kesan Bahayanya Kepada Manusia
Sumber: WHO

Mana-mana organisasi kesihatan tidak pernah menyarankan orang awam untuk membakar pelitup muka terpakai

Baca lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Akibat Tak Baca Sampai Habis, Jurukecantikan Selamba Dituduh Jual Pelitup Muka Akibat Tak Baca Sampai Habis, Jurukecantikan Selamba Dituduh Jual Pelitup Muka
Next Article Dedikasikan Separuh Gaji Demi Murid, Guru Dari Mukah Dinobatkan Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?