Laporan polis telah difailkan terhadap agensi pelancongan tersebut
Jemaah Umrah Sarawak Rugi Puluhan Ribu, Sebuah Agensi Pelancongan Didakwa Gagal Beri ‘Refund’. Bayangkan dah bersedia nak tunaikan umrah, tiba-tiba agensi pelancongan naikkan harga saat akhir dan tak sediakan persiapan yang dijanjikan! Itulah yang berlaku kepada sekumpulan jemaah umrah dari Sarawak, yang kini terpaksa memfailkan laporan polis terhadap sebuah agensi pelancongan berpangkalan di Selangor akibat kegagalan mendapatkan wang mereka semula.
Dilaporkan, Menurut Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Sarawak, mereka menerima aduan daripada mangsa yang sepatutnya menunaikan umrah pada tahun 2023. Namun, dua hari selepas tarikh keberangkatan, jemaah ini terbang ke Kuala Lumpur hanya untuk dikejutkan dengan memo bahawa harga pakej telah dinaikkan!

Gagal menyediakan persiapan yang dijanjikan
Bukan setakat itu je agensi tersebut juga gagal menyediakan persiapan yang dijanjikan, termasuk tiket penerbangan dan keperluan penting untuk ibadah umrah. Akibatnya, kerugian yang dialami mangsa mencecah puluhan ribu ringgit!
Pengerusi MTPN Sarawak, Wynson Ong Teck Ping, mengetuai mangsa untuk membuat laporan polis bagi memastikan siasatan dijalankan dan tindakan sewajarnya diambil terhadap agensi terlibat.

Perlu lebih berhati-hati dan buat kajian mendalam
MTPN turut menasihati pengguna supaya lebih berhati-hati dan buat kajian mendalam sebelum melaburkan wang dalam pakej pelancongan, lebih-lebih lagi yang melibatkan ibadah.
Jika korang ada sebarang aduan, boleh terus hubungi MTPN di 017-710 9299. Jangan biarkan diri jadi mangsa penipuan!

