• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jerebu Teruk Melanda Kalimantan, Sabah Sarawak Antara Negeri Terkesan

Oleh
Aina Musa
2 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Jerebu Teruk Melanda Kalimantan, Sabah Sarawak Antara Negeri Terkesan

Dijangka berlangsung selama beberapa hari bermula semalam.

Jerebu Teruk Melanda Kalimantan, Sabah Sarawak Antara Negeri Terkesan. Beberapa negara selatan Asean dijangka menghadapi jerebu berikutan sejumlah 353 titik panas dikesan di Kalimantan dan 113 titik panas lagi di Sumatera, Indonesia.

Ketua Pengarah Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata, trajektori asap jerebu dari Kalimantan akan memberikan kesan kepada beberapa negeri di timur Malaysia.

Jerebu Teruk Melanda Kalimantan, Sabah Sarawak Antara Negeri Terkesan. Kredit: Harian Metro

“Output Model HYSPLIT menunjukkan ramalan trajektori jerebu bagi tempoh 72 jam bermula 8 pagi, 30 September (semalam) sehingga 8 pagi, 3 Oktober (Selasa ini).

“Trajektori asap jerebu dari Kalimantan dijangka memberikan kesan jerebu kepada Kuching, Serian dan Samarahan, Sarawak pada pertengahan tempoh ramalan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, berdasarkan kepada imej satelit NOAA-20 semalam yang direkodkan oleh Asean Specialized Meteorological Centre (ASMC), tiada bilangan titik panas bagi kategori High Confidence Level direkodkan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Namun di Kalimantan menunjukkan 353 titik panas manakala di Sumatera terdapat 113 titik panas dikesan,” katanya.

Sementara itu menurut ASMC, kepulan asap sederhana hingga tebal diperhatikan berpunca dari titik panas yang dikesan di bahagian selatan Sumatera dan ia diperhatikan bergerak ke arah barat laut.

“Berdasarkan imej satelit terkini (semalam), titik panas bertaburan dikesan di bahagian selatan Kalimantan dan Sumatera manakala beberapa titik panas dikesan di Sulawesi, Jawa dan Kepulauan Sunda Kecil.

“Di Kalimantan, jerebu asap sederhana hingga tebal diperhatikan meliputi Kalimantan Selatan dan sebahagian besar Kalimantan Tengah. Jerebu juga diperhatikan bergerak ke timur laut dan ke Kalimantan Timur,” katanya.

ASMC berkata, stesen kualiti udara di bahagian selatan dan tengah Sumatera serta di Kalimantan Tengah melaporkan tahap tidak sihat.

Baca lagi artikel menarik:

Kerajaan Mahu Perkenal Kad ID Khas Beli Minyak Paket Undang Reaksi Netizen
Rupanya Pemandu e-Hailing OKU Pendengaran, Wanita Dakwa ‘Dilarikan’ Tarik Laporan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kerajaan Mahu Perkenal Kad ID Khas Beli Minyak Paket Undang Reaksi Netizen Kerajaan Mahu Perkenal Kad ID Khas Beli Minyak Paket Undang Reaksi Netizen
Next Article Seekor Ikan Yang Pelik, Pemancing Teruja Tangkap Ikan ‘Bergigi Manusia’

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?