I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Jom Imbas Semula Permainan Tradisional Melayu Yang Pernah Jadi Mainan Kanak-Kanak Zaman Dulu
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jom Imbas Semula Permainan Tradisional Melayu Yang Pernah Jadi Mainan Kanak-Kanak Zaman Dulu

Nazihah Ahmad Napis 8 Jun 2021
Kongsi
6 Min Bacaan
Kongsi

Mari kita flashback dengan rutin harian setiap petang dulu-dulu.

Jom Imbas Semula Permainan Tradisional Melayu Yang Pernah Jadi Mainan Kanak-Kanak Zaman Dulu. Sebelum kita kenal apa itu gajet, memang banyak permainan tradisional yang kita pernah main, lagi-lagi generasi kelahiran tahun 70an hingga 90an, kan? Selepas solat asar, mesti kita akan berkumpul di padang, taman permainan mahupun di halaman rumah untuk bermain bersama rakan-rakan. Kadang-kadang sampai maghrib tak ke sudah main bersama, ada yang tunggu sampai mak panggil balik rumah, haa betul sik?

Masih lagi memikirkan aktiviti apa yang anda boleh lakukan bersama anak-anak dan keluarga anda? Anda boleh menjadikan aktiviti tradisional yang menyeronokkan masa musim PKP ini. Selain menyeronokkan, ianya boleh menaikkan semula adat melayu kita agar tidak ditelan zaman.

Ini adalah senarai permainan tradisional yang boleh anda lakukan di rumah:

Jom Imbas Semula Permainan Tradisional Melayu Yang Pernah Jadi Mainan Kanak-Kanak Zaman Dulu
Jom Imbas Semula Permainan Tradisional Melayu Yang Pernah Jadi Mainan Kanak-Kanak Zaman Dulu

1. Batu Seremban

Batu seremban adalah sejenis permainan di mana ia memerlukan 7 biji batu sederhana kecil yang sering dimain oleh kanak-kanak perempuan. Kebiasaannya permainan ini dimain secara berkumpulan seramai dua hingga lebih dan mereka tetapkan sejumlah mata yang mereka kena capai. Sesiapa yang berjaya atau dapat melebihi mata tersebut maka dialah pemenang.

Jom Imbas Semula Permainan Tradisional Melayu Yang Pernah Jadi Mainan Kanak-Kanak Zaman Dulu
Batu seremban

Selain menggunakan batu, ada yang bermain menggunakan biji getah, guli kaca dan apa-apa bentuk objek yang berbentuk bulat dan kecil. Ada juga yang menggunakan biji kacang yang dimasukkan dalam kain seperti dalam gambar di atas.

Batu seremban ini terdapat dalam beberapa peringkat dan cara sambutan yang berlainan, bergantung kepada berapa biji batu yang digunakan dalam satu permainan. Anda boleh bermain permainan tradisional ini sebagai aktiviti indoor bersama keluarga.

Jom Imbas Semula Permainan Tradisional Melayu Yang Pernah Jadi Mainan Kanak-Kanak Zaman Dulu
Jom Imbas Semula Permainan Tradisional Melayu Yang Pernah Jadi Mainan Kanak-Kanak Zaman Dulu

2. Baling selipar/ Tuju selipar

Permainan ini mungkin masih popular dalam kalangan kanak-kanak kerana kalau dilihat dalam cerita animasi Upin & Ipin, mereka selalu bermain tuju selipar bersama kawan-kawannya di kampung. Walaupun permainan ini tidak sesuai si musim PKP ini, bagi anda yang mempunyai halaman yang besar memang seronok untuk bermain permainan ini.

Jom Imbas Semula Permainan Tradisional Melayu Yang Pernah Jadi Mainan Kanak-Kanak Zaman Dulu
Sumber: Youtube

Tiga belah selipar akan disusun menjadi bentuk piramid, manakala satu lagi selipar akan digunakan untuk membaling pramid selipar tersebut. Permainan ini terbahagi kepada dua kumpulan, seorang wakil dari 1 kumpulan akan membaling selipar bagi meruntuhkan piramid selipar tersebut, dan kumpulan 2 pula perlu menjaga dan menghalang kumpulan 1 untuk membina semula piramid tersebut.

Jom Imbas Semula Permainan Tradisional Melayu Yang Pernah Jadi Mainan Kanak-Kanak Zaman Dulu

Kalau dulu-dulu, ada yang sanggup memakai selipar berwarna putih biru yang legend berjenama ‘Tat Sing’ (keras dan besar) untuk membaling selipar terhadap pihak lawan. Namun kini, memang jarang kita lihat selipar tersebut jual di kedai-kedai.

Jom Imbas Semula Permainan Tradisional Melayu Yang Pernah Jadi Mainan Kanak-Kanak Zaman Dulu

3. Congkak

Congkak juga adalah permainan tradisional Melayu yang biasanya dimain sebagai permainan indoor dan juga pertandingan. Biasanya, permainan ini menggunakan papan kayu yang tebal dan mempunyai 14 lubang dan 2 lubang yang agak besar di hujung papan congkak. Lubang besar di hujung papan tersebut akan dikira sebagai markah bagi pihak main. Lebih banyak buah congkak dikumpul maka dialah pemenang.

Yang penting dalam permainan congkak ini adalah buahnya. Buah congkak selalunya menggunakan biji getah, guli, atau apapa objek yang kecil dan senang digenggam. Setiap 14 lubang akan diisi dengan 7 buah congkak.

Jom Imbas Semula Permainan Tradisional Melayu Yang Pernah Jadi Mainan Kanak-Kanak Zaman Dulu

4. Layang-layang

Sekarang memang banyak yang jual layang-layang dengan pelbagai corak dan kartun pada layang-layang di kedai, berbeza dengan dulu-dulu. Pada tahun 90an, kanak-kanak lebih memilih untuk membuat layang-layang sendiri kerana mementingkan ketahanannya. Betapa susahnya nak cari batang lidi yang keras namun mudah dilentur untuk menghasilkan layang-layang yang tahan lama dan mampu terbang tinggi.

Jom Imbas Semula Permainan Tradisional Melayu Yang Pernah Jadi Mainan Kanak-Kanak Zaman Dulu

Kanak-kanak dulu amat kreatif, ada yang buat layang-layang menggunakan surat khabar dalam pelbagai bentuk untuk menunjuk kepada kawan-kawannya. Ada juga yang siap berlawan layang-layang siapa yang terbang lebih tinggi.

Jom Imbas Semula Permainan Tradisional Melayu Yang Pernah Jadi Mainan Kanak-Kanak Zaman Dulu

5. Ceper/ Penutup Botol

Kalau anda nak tahu, main ceper atau penutup botol ini sungguh popular, ibarat main game online zaman sekarang. Jika dilihat kembali, masih ada rupanya yang bermain ceper. Lagi-lagi di sekolah rendah sampai ada yang kena rampas cikgu. Begitu mencuit hati dan terharu kerana masih ada lagi yang ingat dengan permainan ini.

Bermain ceper ini memerlukan strategi yang bijak, tidak semestinya menggunakan kekuatan sepenuhnya terhadap jentikan ke ceper tersebut. Kalau bermain ceper dengan pemain yang handal, memang bosan untuk menunggu giliran kita hehehe..

Jom Imbas Semula Permainan Tradisional Melayu Yang Pernah Jadi Mainan Kanak-Kanak Zaman Dulu

Permainan ini sungguh menyeronokkan lagi-lagi kalau bermain dengan rakan-rakan dan keluarga. Lagi ramai lagi seronok bermain ceper. Ingat, jangan sampai gaduh kalau main permainan ini, yang dah berumur sikit tu, mengalah lah dengan kanak-kanak yaaa..

Jom Imbas Semula Permainan Tradisional Melayu Yang Pernah Jadi Mainan Kanak-Kanak Zaman Dulu
Jom Imbas Semula Permainan Tradisional Melayu Yang Pernah Jadi Mainan Kanak-Kanak Zaman Dulu

Berasa ditelan zaman, sedihnya kini jarang kita melihat kanak-kanak sekarang bermain permainan warisan budaya tradisional ini. Semasa musim PKP ni, eloklah kita mengajak anak-anak dan ahli keluarga untuk bermain permainan tradisional ini. Selain menghilangkan rasa bosan di rumah, ianya juga boleh membangunkan pemikiran anak-anak dalam memikirkan strategi dalam permainan.

Banyak lagi menarik di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Perairan Miri Kembali Dihendap China, Kali Ini Giliran Kapal Pasukan Pengawal Pantai Pula
Next Article Sebar Berita Palsu Di Facebook Dakwa Vaksin COVID-19 Sarawak Hilang, Suspek Kini Diburu Polis

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?