• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Juh Balit Raya! Rebut Tempat Duduk PERCUMA Dalam Boeing 737 Baharu Firefly Ini

Oleh
Ismail NA
21 Mac 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Tawaran terhad dalam masa 72 jam sahaja tau.

Juh Balit Raya! Rebut Tempat Duduk PERCUMA Dalam Boeing 737 Baharu Firefly Ini. Selain pesawat Malaysia Airlines dan AirAsia, orang ramai boleh cuba mengambil kesempatan ini untuk mencuba pesawat baharu daripada syarikat penerbangan domestik iaitu Firefly.

Dalam tawaran terbaharu yang baru sahaja dilancarkan hari ini, Firefly mengumumkan tawaran tempat duduk PERCUMA bagi individu yang ingin melakukan perjalanan udara dari Pulau Pinang ke destinasi seperti Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu.

Juh Balit Raya! Rebut Tempat Duduk PERCUMA Dalam Boeing 737 Baharu Firefly Ini
Juh Balit Raya! Rebut Tempat Duduk PERCUMA Dalam Boeing 737 Baharu Firefly Ini

Tawaran ini juga adalah bersempena dengan operasi pesawat Firefly iaitu Boeing 737-800 yang diaktifkan semula untuk penerbangan domestik terutamanya ke Borneo. Boeing 737 Firefly beroperasi ke laluan Kuching dan Kota Kinabalu bermula pada Januari 2011 yang lalu namun menghentikan seketika penerbangan menggunakan B737 ini semasa Perintah Kawalan Pergerakan.

Untuk makluman anda, tawaran ini hanya sah untuk tempoh 72 jam sahaja. Jadi, jika anda merancang untuk pulang ke Kuching, Kota Kinabalu atau pun Johor Bahru dari Pulau Pinang, anda haruslah memanfaatkan tempoh masa ini untuk membuat tempahan. Siapa cepat, dia dapat lah kiranya. Lagi pun, tempat duduk adalah terhad. Maklumlah, musim perayaan tak lama lagi kan.

Tempahan yang dibuat bermula hari ini (21 Mac 2022) sehingga 23 Mac 2022 ini adalah untuk penerbangan bermula 11 hingga 24 April 2022 sahaja.

Menerusi carian di laman sesawang tempahan Firefly, anda hanya perlu membuat bayaran sebanyak RM 49.10 yang merangkumi bayaran cukai lapangan terbang dan bayaran lain-lain. Masih murah lagi ni.

Juh Balit Raya! Rebut Tempat Duduk PERCUMA Dalam Boeing 737 Baharu Firefly Ini
Juh Balit Raya! Rebut Tempat Duduk PERCUMA Dalam Boeing 737 Baharu Firefly Ini
TEMPAH TEMPAT DUDUK PERCUMA FIREFLY ANDA SEKARANG!

Satu kali penerbangan dua hala dari Pulau Pinang ke Kuching dan Kota Kinabalu bermula 11 April

Pada sidang media Firefly pada 3 Mac yang lalu, CEO Firefly mengumumkan bahawa syarikat penerbangan domestik tersebut akan mengaktifkan semula penerbangan terus dari Pulau Pinang ke Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu bermula 11 April 2022. Satu kali penerbangan dua hala akan beroperasi setiap hari untuk laluan Pulau Pinang-Kuching dan Pulau Pinang-Kota Kinabalu manakala dua kali penerbangan dua hala akan beroperasi setiap hari untuk destinasi Pulau Pinang-Johor Bahru.

Kekerapan ini akan ditingkatkan daripada satu kali kepada dua kali sehari (Kuching dan Kota Kinabalu) serta daripada dua kali ke tiga kali sehari (Johor Bahru) bermula 25 April 2022 kelak. Firefly adalah anak syarikat kepada Malaysia Airlines.

Boleh cuba tips traveller ini kalau nak penjimatan lebih ketika membeli tiket Firefly:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kempunan Makan KFC, Tindakan Abang Rider Di Bintulu Yang Sanggup Redah Sungai Untuk Hantar Makanan Dipuji Netizen Kempunan Makan KFC, Tindakan Abang Rider Di Bintulu Yang Sanggup Redah Sungai Untuk Hantar Makanan Dipuji Netizen
Next Article Alternatif Yang Paling Dinantikan, Malaysia Airlines Perkenal Penerbangan Terus Johor Bahru dan Kuching!

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?