• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jumlah Kes COVID-19 Varian Delta Meningkat, 16 Kes Baharu Dikesan Di Kuching

Oleh
Husna Hazmi
14 Julai 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Varian Delta merupakan antara varian yang amat berbahaya dan paling cepat menular.

Jumlah Kes COVID-19 Varian Delta Meningkat, 16 Kes Baharu Dikesan Di Kuching. Varian Delta merupakan varian yang paling berbahaya dan amat digeruni oleh ramai kini dipercayai telah meningkat jumlahnya di Sarawak. Dilaporkan bahawa, 16 kes varian Delta (B.1 617.2) dan kesemua kes tersebut dikesan di Kuching setakat 4 Julai.

Isi Isi Penting
  • Varian Delta merupakan antara varian yang amat berbahaya dan paling cepat menular.
  • Tambahan 16 kes varian Delta telah dikesan di Kuching
  • Selain Varian Delta, satu lagi kes baru dari varian Beta
  • Bagi varian Theta, tiada peningkatan jumlah kes
Jumlah Kes COVID-19 Varian Delta Meningkat, 16 Kes Baharu Dikesan Di Kuching

Tambahan 16 kes varian Delta telah dikesan di Kuching

Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Prof. Dr. David Perera mendedahkan jumlah tersebut semalam dalam laporan terbaru beliau kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau berkata, IHCM telah mengesan varian SARS-COV-2 di Sarawak.

“Sebagai sebahagian dari pengawasan berterusan, saya ingin melaporkan yang setakat 4 Julai, terdapat tambahan 16 kes varian Delta telah dikesan di Kuching,” katanya menerusi satu kenyataan. 

Jumlah Kes COVID-19 Varian Delta Meningkat, 16 Kes Baharu Dikesan Di Kuching

Selain Varian Delta, satu lagi kes baru dari varian Beta

Tambah beliau, selain Varian Delta, satu lagi kes baru dari varian Beta (B.1.351) juga dikesan di Kuching bagi tempoh yang sama.

Varian Delta yang pertama telah dikesan pada 28 Jun 2021 dan telah dilaporkan pada 8 Julai lalu melibatkan seorang lelaki berusia 56 tahun di Kuching. Dengan penambahan terbaru ini, Sarawak kini mempunyai 17 kes varian Delta dan semuanya dikesan di Kuching, jelas Dr. David.

Bagi varian Beta pula, Dr David memaklumkan Sarawak kini mempunyai 35 kes yang dilaporkan di Kuching, tiga di Bau dan masing-masing satu di Lundu, Serian, Simunjan dan Sibu.

“Kita mempunyai tiga lagi kes import yang menjadikan jumlah keseluruhan untuk varian Beta ini adalah sebanyak 45 kes. 

Jumlah Kes COVID-19 Varian Delta Meningkat, 16 Kes Baharu Dikesan Di Kuching

Bagi varian Theta, tiada peningkatan jumlah kes

Manakala bagi varian Theta, tiada peningkatan jumlah kes dan seperti yang dilaporkan terdahulu, Sarawak mempunyai enam kes yang dikesan di Kuching dan tujuh di Kota Samarahan untuk varian ini.

“Begitu juga bagi varian Eta; tiada peningkatan kes. Kita hanya mempunyai satu kes yang merupakan kes Import A,” tambah Dr David lagi. 

Menurut beliau, jumlah terkumpul 76 yang melibatkan Varian Yang Membimbangkan (VOC) dan Varian Yang Perlu Mendapat Perhatian (VOI) telah dikesan di Sarawak dari kes positif COVID-19 setakat 4 Julai.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI: Dine-In Semasa PPN Fasa 2 Di Sarawak Tidak Dibenarkan Buat Sementara Waktu
Next Article Kedai Gunting Rambut Boleh Dibuka, Berikut Adalah Senarai Sektor Yang Dibenarkan Beroperasi Mulai Hari Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?