• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jumlah Rumah Panjang Yang Dikawal Ketat Di Pasai Siong Naik Ke 19 Buah

Oleh
Husna Hazmi
11 Januari 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Daripada 8 rumah panjang dikawal ketat, kini meningkat kepada 19 rumah panjang.

Jumlah Rumah Panjang Yang Dikawal Ketat Di Pasai Siong Naik Ke 19 Buah. Jumlah rumah panjang di kawasan Pasai Siong yang telah dikawal ketat meningkat kepada 19 daripada lapan sebelum ini, melibatkan seramai 2,059 penduduk, menurut Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dr Annuar Rapaee.

Walaubagaimanapun, Dr Rapaee menyatakan bahawa peningkatan jumlah rumah panjang yang dikawal ketat itu tidak bermaksud virus tersebut telah menjangkiti semua rumah panjang tersebut, tetapi untuk membolehkan pihak berkuasa untuk menutupi kawasan yang mempunyai banyak pengesanan kes aktif.

“Ya, jumlah rumah panjang yang terkurung di kawasan Pasai Siong telah meningkat kepada 19 berbanding lapan sebelumnya. Kerana kami ingin merangkumi kawasan yang lebih besar untuk pengesanan kes.

Jumlah Rumah Panjang Yang Dikawal Ketat Di Pasai Siong Naik Ke 19 Buah
Gambar hiasan.Jumlah Rumah Panjang Yang Dikawal Ketat Di Pasai Siong Naik Ke 19 Buah

Penambahan 11 rumah panjang dikawal ketat

“Oleh itu, itu tidak bermaksud semua rumah panjang ini telah dijangkiti oleh virus. Itu hanya ukuran kesihatan standard dalam pengesanan kes aktif untuk memastikan tiada kes positif yang tertinggal,” kata beliau semalam.

Menurut beliau, 11 rumah panjang tambahan yang dikawal ketat bermula semalam adalah:

  • RH DORIS
  • RH PETER
  • RH IBOI
  • RH SIJAH
  • RH JOHN ANTING
  • RH AMBI
  • RH PENSI
  • RH TONY EMAT
  • RH SIKA GAWAN
  • RH LAYANG
  • RH EDMOND SALIB

Pada hari Sabtu, ketua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sibu, Charles Siaw mendedahkan bahawa Sibu telah mencatatkan 37 kes Covid-19 positif dan kemunculan kluster baru, yang digelar Kluster Pasai Siong.

Siaw juga berkata, kes-kes baru itu dikesan melalui hasil pemeriksaan seorang wanita yang pulang ke rumah panjangnya di Rumah Langi Ambau Douglas dari Johor pada 29 Disember lalu.

Berikutan itu, lapan rumah panjang di Pasai Siong telah menerima perintah berkurung pada Sabtu lalu iaitu:

  • JELIAN NAYOR
  • RINGGIT UCHU
  • LANGI AMBAU
  • POM MAJA
  • NYANGGAI ALOK
  • JERAM EMPIN
  • KELLY CHUNDAU
  • NYAMBONG AJON
Jumlah Rumah Panjang Yang Dikawal Ketat Di Pasai Siong Naik Ke 19 Buah
Gambar hiasan.

Bantuan makanan telah dihantar kepada penduduk yang terjejas

Dr Annuar, yang merupakan ADUN Nangka, mengatakan bahawa bantuan seperti makanan telah dihantar kepada penduduk yang terjejas.

Dr Annuar juga berkata, Klinik Kesihatan Lanang dan Klinik Kesihatan SibuJaya menyediakan ujian Covid-19 bagi mereka yang telah menghadiri pengkebumian di Rumah Langi Ambau @ Douglas di Pasai Siong atau pernah ke kawasan itu pada tarikh antara 29 Disember tahun lalu dan 8 Januari 2021.

Beliau juga turut menasihati agar mereka yang menjalani pemeriksaan untuk mematuhi prosedur operasi standar (SOP), termasuk memakai topeng muka dan menjaga penjarakan diantara satu sama lain.

Dia juga meminta untuk menghentikan sikap tidak acuh tak acuh dalam memerangi Covid-19 ini, terutamanya apabila Sibu kini telah diisytiharkan sebagai zon merah.

“Tolong elakkan tempat yang sesak dan jika ini tidak dapat dielakkan, pakai topeng muka. Tinggal di rumah dan keluar hanya bila perlu,” tambah beliau lagi.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sibu Dan Kuching Kini Zon Merah, 24 Kes Positif Dikesan Di Sarawak Hari Ini
Next Article Penularan Kes COVID-19 Di Sibu Akan Bertambah Buruk Sebelum Ianya Bertambah Baik

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?