I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Jumpa Telur Lalat ‘Berkampung’ Pada Sate, Perkongsian Wanita Ini Buat Warga Kuching Geli-geliman
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jumpa Telur Lalat ‘Berkampung’ Pada Sate, Perkongsian Wanita Ini Buat Warga Kuching Geli-geliman

Oleh Aina Syafiqah Musa 16 Januari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Jumpa Telur Lalat 'Berkampung' Pada Sate, Perkongsian Wanita Ini Buat Warga Kuching Geli-geliman

Boleh menyebabkan keracunan makanan yang kronik

Jumpa Telur Lalat ‘Berkampung’ Pada Sate, Perkongsian Wanita Ini Buat Warga Kuching Geli-geliman. Sebut sahaja telur lalat pasti ramai dalam kalangan kita yang tahu bahawa ini merupakan salah satu penyebab kepada keracunan makanan. Bukan sahaja menyebabkan keracunan makanan malah lihat sahaja ada telur ini pada makanan sudah cukup membantutkan selera kita. Menggelikan bukan?

Jumpa Telur Lalat ‘Berkampung’ Pada Sate, Perkongsian Wanita Ini Buat Warga Kuching Geli-geliman. Sumber: Linda Karem

Tidak dapat dibayangkan kalau tiba-tiba terjumpa telur ini pada makanan lagi-lagi dalam keadaan lapar. Terbaharu, tular di laman sosial Facebook apabila seorang wanitamendakwa terjumpa telur lalat pada makanan yang dibeli beliau.

Dibeli di gerai tepi jalan

Dalam perkongsian itu, beliau mendakwa telah menjumpai telur lalat ‘berkampung’ pada sate yang dibeli beliau di gerai tepi jalan.

Tidak dapat dibayangkan perasaan wanita ketika itu. Lihat pada perkongsian itu pun sudah sangat menggelikan.

Bukan itu sahaja, beliau juga mendakwa sate yang dibelinya itu sudah pun berbau basi. Beliau menjangka sate tersebut sudah pun dipanaskan berkali-kali oleh penjual itu kerana tekstur sate itu dikatakan keras dan agak liat.

Walhal, jika difikirkan logik tekstur hati ayam sepatutnya lembut tetapi akibat dipanaskan berkali-kali teksturnya menjadi keras.

Tambahnya, tahi lalat itu dilihat sudah pun kering kerana dipanaskan semula.

Ini reaksi netizen

Namun, dalam perkongsian itu juga beliau mendedahkan hantarannya itu bukan berniat untuk menjatuhkan ‘periuk nasi’ penjual tersebut. Sebaliknya, beliau kecewa dengan tahap kebersihan dan sikap sekadar menggaut keuntungan daripada peniaga itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa geli dengan kejadian tersebut. Paling menyedihkan, ada segelintir netizen berkongsi kejadian sama semasa membeli makanan di gerai itu.

Berkongsi kisah yang sama, ada yang mendakwa mereka ‘terkena’ dengan sate yang sudah pun basi dan berlendir.

Ada juga yang berpesan untuk lebih berhati-hati apabila membeli makanan di gerai tepi jalan.

Baca lagi artikel terkini di sini:

Ingatkan Meme, Gambar Buaya Tular Naik Bot Ini Rupanya Bangkai Buaya Ditemui Di Bako
Port Makan Baru Di Kuching, Teppanyaki Guys Kini Buka Di Vivacity Megamall
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ingatkan Meme, Gambar Buaya Tular Naik Bot Ini Rupanya Bangkai Buaya Ditemui Di Bako
Next Article Penderma Budiman Di Sabah, Mendiang Cospermas Gugkang Derma Kornea Kepada Insan Memerlukan Penderma Budiman Di Sabah, Mendiang Cospermas Gugkang Derma Kornea Kepada Insan Memerlukan

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?