• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bumiputera Sabah Dan Sarawak Masih Ketinggalan Dari Segi Pendapatan, Ini Sebabnya

Oleh
Farisha
7 Februari 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Bank Dunia dedah Bumiputera Malaysia Timur alami pertumbuhan pendapatan paling perlahan

Bumiputera Sabah Dan Sarawak Masih Ketinggalan Dari Segi Pendapatan, Ini Sebabnya. Kalau sebut pasal ketidaksamaan ekonomi, ramai yang fokus kepada jurang antara kaum. Tapi tahu tak korang, sebenarnya jurang antara kawasan geografi juga memainkan peranan besar dalam ketidaksamaan pendapatan?

Menurut laporan terbaru Bank Dunia, Bumiputera di Malaysia Timur—Sabah, Sarawak, dan Labuan—mengalami pertumbuhan pendapatan yang lebih perlahan berbanding di Semenanjung Malaysia.

Bumiputera Sabah Dan Sarawak Masih Ketinggalan Dari Segi Pendapatan, Ini Sebabnya
Bumiputera Sabah Dan Sarawak Masih Ketinggalan Dari Segi Pendapatan, Ini Sebabnya. Gambar hiasan.

Kenapa Bumiputera di Malaysia Timur Ketinggalan?

Laporan bertajuk A Fresh Take on Reducing Inequality and Enhancing Mobility in Malaysia mendedahkan bahawa Bumiputera di Malaysia Timur mempunyai kadar mobiliti ekonomi yang paling rendah dalam negara. Salah satu faktor utama? Akses terhad kepada perkhidmatan kesihatan dan pendidikan berkualiti.

Kalau dibandingkan dengan kaum lain, Bumiputera di Sabah dan Sarawak memiliki purata pendapatan paling rendah. Yang menariknya, kaum Cina dan India di Malaysia Timur pula menunjukkan prestasi ekonomi yang jauh lebih baik.

Ketidaksamaan Kaum vs. Ketidaksamaan Geografi

Dalam perbincangan mengenai ketidaksamaan ekonomi, orang selalu tengok kepada jurang antara kaum. Tapi, Bank Dunia menyatakan bahawa jurang ini sebenarnya semakin mengecil. Pada tahun 2004, perbezaan purata pendapatan antara kaum menyumbang 15% kepada ketidaksamaan ekonomi negara, tetapi kini dah turun kepada 13%.

Sebaliknya, kalau dilihat ketidaksamaan dari segi kaum dan kawasan, jurang ini menyumbang 20% kepada ketidaksamaan ekonomi keseluruhan. Maksudnya, perbezaan antara negeri atau wilayah lebih besar daripada perbezaan antara kaum.

Apa Penyelesaiannya?

Menurut pakar ekonomi kanan Bank Dunia, Dr. Ririn Purnamasari, kunci utama untuk mengurangkan ketidaksamaan ialah meningkatkan peluang sama rata melalui pelaburan dalam modal insan seperti kesihatan dan pendidikan sejak awal kehidupan.

“Kita kena pastikan kanak-kanak bukan sekadar mendapat pendidikan, tetapi juga bersedia untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi atau mendapatkan latihan kemahiran,” katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa intervensi awal sangat penting bagi menangani jurang ekonomi kerana kekurangan dalam modal insan adalah punca utama ketidaksamaan yang berterusan.

“Walaupun Malaysia sudah banyak maju dari segi ekonomi dan sosial, jurang kualiti dalam perkhidmatan asas masih perlu ditutup,” tambahnya, menurut laporan media tempatan.

Masa Untuk Tindakan

Kalau nak lihat Bumiputera di Sabah dan Sarawak maju seperti yang lain, kerajaan dan pihak berkaitan kena fokus kepada dasar yang lebih menyeluruh. Polisi yang baik bukan sahaja dapat membantu isi rumah yang kurang berkemampuan mengejar purata kebangsaan tetapi juga memberi tumpuan kepada golongan Bumiputera yang masih ketinggalan.

Jadi, persoalannya sekarang, adakah Malaysia bersedia untuk memberikan keutamaan kepada pembangunan modal insan sebagai jalan penyelesaian utama? Atau adakah jurang ekonomi ini akan terus wujud dalam jangka masa panjang?

Kongsikan pendapat korang di ruangan komen.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai gaji minimum RM1,700 tidak cukup untuk Sabah dan Sarawak:

Gaji Minimum RM1,700 Tidak Cukup, Kesatuan Cadang Kenaikan Untuk Sabah Dan Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Senarai Kedai Yang Jual Bahan Untuk Bakers Di Kuching Dan Samarahan Ini Senarai Kedai Yang Jual Bahan Untuk Bakers Di Kuching Dan Samarahan
Next Article Bapa Undang Sebak Netizen Sarawak, Sanggup Redah Banjir Guna Besen Bawa Anak Ke Sekolah Bapa Undang Sebak Netizen Sarawak, Sanggup Redah Banjir Guna Besen Bawa Anak Ke Sekolah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?