• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Jurujual Kereta Dengan Rekod Jenayah Dadah Ditahan Ugut Pelanggan McDonald

Oleh
Farisha
15 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Tiga ditahan kerana didakwa ugut pelanggan McD di Kuantan

Jurujual Kereta Dengan Rekod Jenayah Dadah Ditahan Ugut Pelanggan McDonald. Pihak polis telah menangkap tiga lelaki warganegara tempatan, termasuk seorang anggota tentera kerana disyaki melakukan provokasi dan mengancam pelanggan di sebuah restoran McDonald di Sungai Isap, Kuantan, Pahang.

Menurut laporan akhbar China Press, tangkapan dilakukan pada hari Sabtu petang, kira-kira jam 3.30 petang. Mereka yang ditangkap merupakan seorang jurujual kereta berusia 33 tahun yang mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah, seorang kerani bank berusia 33 tahun, dan seorang anggota tentera berusia 27 tahun yang berkhidmat di Kelantan.

Jurujual Kereta Dengan Rekod Jenayah Dadah Ditahan Ugut Pelanggan McDonald
Jurujual Kereta Dengan Rekod Jenayah Dadah Ditahan Ugut Pelanggan McDonald

Pihak polis turut merampas sebuah kereta Honda, sebuah trak dan alat kawalan jauh daripada suspek.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, pihak polis sedang mengesan suspek selepas menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 40 tahun.

Kumpulan lelaki boikot McDonald keluarkan kata-kata kesat

Berdasarkan laporan, kumpulan lelaki yang menganjurkan kempen memboikot McDonald telah memanggil pengadu, mengeluarkan kata-kata kesat dan melakukan provokasi terhadapnya.

Walaupun pengadu cuba mengelak dengan masuk semula ke dalam premis McDonald, kumpulan itu sekali lagi memprovokasi pengadu apabila dia keluar untuk pulang ke rumah.

Mengancam memukul pengadu

Salah seorang daripada mereka mengambil topi keledar dan mengancam untuk memukul pengadu sebelum isteri pengadu meleraikan keadaan tersebut.

Pengadu kemudiannya membuat laporan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membabitkan kesalahan mengancam nyawa.

Siasatan awal mendapati modus operandi suspek adalah mengancam untuk memukul pengadu dengan topi keledar kerana pengadu memasuki premis McDonald’s.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Isteri Sedang Hamil, Suspek Tembak Di KLIA 1 Miliki 3 Rekod Jenayah Lampau
Kes Ragut Di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Peragut Miliki 9 Rekod Jenayah Berjaya Ditangkap
SUMBER :Malaysiakini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Perkhidmatan Doktor Terbang PDU Beroperasi 6 Daerah Di Sarawak Perkhidmatan Doktor Terbang PDU Beroperasi 6 Daerah Di Sarawak
Next Article Permohonan Dua Biasiswa Sarawak Kini Dibuka Untuk Sesi 2024/2025 Permohonan Dua Biasiswa Sarawak Kini Dibuka Untuk Sesi 2024/2025

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?