“America is unprepared, we are not protected!”
Jururawat Letak Jawatan Di US Kerana Tidak Ada Alat Perlindungan PPE. “US Belum Bersedia, Jururawat Tidak Dilindungi,” Luah Bekas Jururawat Dari Amerika Syarikat. Terkini, sebuah video tular dalam Facebook dimana seorang perempuan yang merupakan bekas jururawat di salah satu hospital di Amerika Syarikat meluahkan kehampaan beliau mengenai frontliners yang tidak dilindungi oleh sebarang personal protective equipment (PPE).
Terpaksa berhenti kerja sebab lebih mementingkan nyawa keluarga di rumah
Menurut video tersebut, bekas jururawat itu, Imaris, menjelaskan sebab beliau memilih untuk berhenti kerja sebagai salah seorang frontliner.
“Hari ini saya turun ke kerja, saya disuruh untuk menjaga seorang pesakit Covid-19 dalam unit ICU yang sudah ditukar menjadi unit Covid-19 yang ditetapkan. Tiada seorang pun jururawat menggunakan topeng muka ketika memberi laporan kepada kakitangan hospital yang lain.”
Imaris berkata lagi beliau terpaksa menggunakan topeng muka N95 dan memberitahu pengurus beliau bahawa beliau faham hospital kini kekurangan bekalan tetapi biarlah beliau gunakan topeng beliau sebagai perlindungan.
“Saya ada keluarga yang bertunggu saya di rumah. Dan berdasarkan situasi terkini, situasi akan semakin parah. America is not prepared, nurses are not protected.”
Beliau bertambah lagi beliau memilih untuk berhenti kerja demi keselamatan keluarga beliau dan untuk mempertimbangkan saudara-mara lain yang mempunyai masalah kesihatan kerana kemungkinan besar mereka tidak akan diberi ventilator sekiranya terjangkit Covid-19.
“Ketika saya turun ke kerja, saya bersangka rakan-rakan sekerja saya akan menggunakan topeng muka N95 tetapi seorang jururawat ataupun staff hospital yang lain tidak menggunakan sebarang perlindungan.”
Hospital di seluruh negara Amerika Syarikat menghadapi kekurangan bekalan
Oleh kerana hospital di seluruh negara US menghadapi kekurangan bekalan perlindungan, para frontliner di semua hospital berada dalam risiko tinggi untuk dijangkit virus Covid-19.
President National Nurses United, Zenei Cortez, meluah betapa risau beliau dengan keadaan di dalam hospital.
“Saya bukan takut mengendali pesakit Covid-19. Yang saya takut adalah saya akan turun ke kerja dengan keadaan belum bersedia, tanpa sebarang perlindungan. Walaupun kami mempunyai topeng muka, topeng tersebut bukan sesuai untuk situasi ini.”
Beliau bertambah lagi, uniform yang digunakan oleh mereka tidak cukup panjang untuk menjaga pesakit Covid-19. Disebaliknya, beliau berkata Centre for Disease Control and Prevention (CDC) hanya menasihat mereka untuk menggunakan bandana atau kain sebagai topeng.
“Kami berharap kepada CDC untuk melindungkan kami, para frontliners. Tetapi mereka telah gagal melaksanakan tugas mereka.”
Kata beliau lagi, disuruh menggunakan kain sebagai topeng ibarat menyuruh bomba untuk memadamkan api dengan pistol air mainan.
Menurut panduan CDC, penggunaan kain sebagai perlindungan tiada kepastian
CDC telah mengeluarkan perutusan kepada para staff kesihatan untuk mempertimbangkan mengguna kain sebagai topeng ketika menjaga pesakit Covid-19 namun langkah ini hanya dikira sebagai langkah terakhir dan tidak dikira sebagai PPE kerana keupayaan mereka untuk melindungi jururawat tidak diketahui. Mana-mana jururawat yang mempertimbangkan pilihan ini perlu mengambil langkah penjagaan rapi yang baik.
Setakat video tersebut dimuat naik, Presiden Donald Trump telah menolak untuk memohon sepenuhnya Defense Production Act. Sekiranya akta ini dimohon sepenuhnya, WH akan dibenarkan untuk membuat dan mengedar bekalan yang diperlukan sementara hospital di seluruh Amerika Syarikat berusaha untuk mendapatkan bekalan perlindungan seperti topeng muka dan PPE lain.