• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Jutawan Terkaya Di Dunia, Elon Musk Sah Membeli Twitter Dengan Nilai USD 44 Billion

Oleh
Ismail NA
26 April 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Beliau berazam untuk melonggarkan polisi Twitter dengan hak kebebasan bersuara.

Jutawan Terkaya Di Dunia, Elon Musk Sah Membeli Twitter Dengan Nilai USD 44 Billion. Sejak beberapa minggu yang lalu, hangat desas desus mengatakan bahawa pengasas Tesla dan SpaceX, Elon Musk berhasrat untuk membeli platform media sosial Twitter.

Isi Isi Penting
  • Beliau berazam untuk melonggarkan polisi Twitter dengan hak kebebasan bersuara.
  • Akaun automasi ‘spam’ bakal dihapuskan, jadikan algoritmanya terbuka untuk orang awam
  • Orang awam bimbang lebih banyak perkara buruk akan berlaku dalam ruang digital
  • Sebelum ini, Twitter menjadi satu-satunya platform yang tidak terganggu dan dibanjiri oleh memes gangguan media sosial lain. Baca selanjutnya di sini:

Ini bermakna entiti media sosial ini bakal menjadi milik sepenuhnya jutawan yang berasal dari Afrika Selatan itu.

Menurut laporan berita antarabangsa, AP News, transaksi pembelian tersebut adalah dianggarkan sebanyak USD 44 bilion. Elon Musk memberitahu sebelum ini bahawa potensi platform tersebut sebagai medium untuk mempraktikkan kebebasan bersuara tidak dikembangkan sepenuhnya.

Jutawan Terkaya Di Dunia, Elon Musk Sah Membeli Twitter Dengan Nilai USD 44 Billion
Jutawan Terkaya Di Dunia, Elon Musk Sah Membeli Twitter Dengan Nilai USD 44 Billion. Sumber foto: DAVID PAUL MORRIS/BLOOMBERG NEWS

Melalui pemilikan penuh ini, Elon bercita-cita untuk mengubah semula landskap Twitter dengan memperkenalkan polisi yang lebih santai.

Akaun automasi ‘spam’ bakal dihapuskan, jadikan algoritmanya terbuka untuk orang awam

CEO Tesla ini juga berazam untuk menjadikan perkhidmatan Twitter lebih baik daripada sebelumnya dengan fitur baharu serta menghapuskan akaun automasi ‘spam’ dan menjadikan algoritmanya terbuka kepada orang awam.

If our twitter bid succeeds, we will defeat the spam bots or die trying!

— Elon Musk (@elonmusk) April 21, 2022

Elon Musk, yang kini berusia 50 tahun turut memberitahu bahawa kebebasan bersuara adalah asas kepada demokrasi, dan Twitter diumpamakan sebagai dataran digital yang penting untuk mewujudkan perdebatan berkaitan masa depan manusia.

Orang awam bimbang lebih banyak perkara buruk akan berlaku dalam ruang digital

Walau bagaimanapun, visi besar Musk ini menjadi kekhuatiran awam tatkala polisi baharunya kelak akan mengundang lebih banyak penyebaran berita tidak sahih, hasad dengki, buli siber – sesuatu yang cuba untuk dibendung oleh pemilik media sosial sejak kebelakangan ini.

Ini termasuklah melonggarkan sekatan sepertimana sekatan yang dikenakan ke atas akaun Twitter Donald Trump beberapa tahun yang lalu.

Jutawan Terkaya Di Dunia, Elon Musk Sah Membeli Twitter Dengan Nilai USD 44 Billion
Sumber foto: NDTV.com

Elon sebelum ini membeli 9% saham Twitter dan menawarkan pembiayaan sebanyak 46.5 bilion USD untuk pembelian Twitter secara penuh. Ini menyebabkan syarikat media sosial berkenaan dihambat tekanan untuk melakukan rundingan secara serius dengan Elon Musk.

Adakah anda bersetuju dengan langkah yang akan dilakukan oleh Elon Musk selepas ini? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Sebelum ini, Twitter menjadi satu-satunya platform yang tidak terganggu dan dibanjiri oleh memes gangguan media sosial lain. Baca selanjutnya di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI : Gempa Bumi Lemah Berlaku Lagi Di Kundasang, Sabah TERKINI : Gempa Bumi Lemah Berlaku Lagi Di Kundasang, Sabah
Next Article Individu Di Sabah Dilaporkan Memenangi Hadiah ‘Jackpot’ Sports Toto Sebanyak RM 13 Juta

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?